KEMPEN ‘GOLDEN TICKET’ KEMBALI SEMULA DENGAN TIKET “SUPER GOLDEN” TAWAR GANJARAN SEHINGGA RM10,000

Bermula dari 2 sehingga 25 Jun 2023, Kumpulan Suria KLCC yang merupakan destinasi utama untuk membeli-belah, kini kembali dengan Kempen ‘Golden Ticket’ buat kali yang keempat lanjutan daripada sambutan hebat yang diperkenalkan kepada pengunjung sejak tahun 2020

Kempen yang sememangnya dinanti-nantikan setiap tahun berlangsung menerusi TIGA peringkat.

Peringkat pertama bermula dengan Majlis Media pada 2 Jun, diikuti oleh Tebusan ‘Golden Ticket’ yang bermula pada 3 sehingga 24 Jun dan akan berakhir dengan Majlis Penghargaan Pembeli yang akan diadakan pada 25 Jun.

Acara tebusan ‘Golden Ticket’ dijalankan di Suria KLCC ‘Centre Court’ yang mana 100 kotak misteri siap tersedia untuk pelanggan memilih kotak yang sesuai. Setiap kotak mengandungi sekeping ‘Golden Ticket’ bernilai RM5,000 manakala kotak misteri yang lain mengandungi sekeping ‘Purple Ticket’ bernilai RM50.

Pentas utama akan mengadakan sambutan yang meriah diiringi musik kemenangan untuk membangkitkan perasaan kegembiraan bagi setiap cabutan ‘Golden Ticket’ yang berjaya ditebus. Pemenang ‘Golden Ticket’ juga berpeluang menyertai sesi fotografi dan setiap dari gambar pemenang akan dilayarkan di skrin digital berputar yang ditempatkan di ‘Centre Court’ dan juga di setiap skrin digital yang tersedia di sekitar pusat beli-belah.

Pelanggan yang berbelanja RM500 dan ke atas dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah ini seterusnya dapat menikmati ganjaran melalui tebusan e- Baucar yang dimenangi.

Satu sesi cabutan bertuah untuk setiap hari minggu akan diadakan di antara jam 12 tengah hari sehingga 8 malam, manakala dua sesi cabutan bertuah akan diadakan setiap hujung minggu yang mana sesi pertama akan diadakan di antara jam 10 pagi sehingga 2 petang manakala sesi kedua di antara pukul 5 petang sehingga 9 malam. 100 keping tiket akan ditambah pada setiap sesi manakala lebihan tiket yang tidak dicabut dan akan digabungkan bersama tiket yang lain pada keesokan hari.

50 orang pelanggan yang paling banyak berbelanja semasa tempoh tebusan ‘Golden Ticket’ akan diundang untuk menyertai Majlis Penghargaan Pembeli pada 25 Jun. Majlis sambutan ini akan dilengkapi dengan jamuan koktel yang akan menghidangkan pelbagai juadah ‘canapés’, tidak ketinggalan penampilan DJ yang akan membuat persembahan secara langsung. Sebagai tanda penghargaan dari warga kerja Suria KLCC, seorang pelanggan setia yang bertuah berpeluang untuk memenangi ‘Super Golden Ticket’ yang bakal memberi ganjaran e-Baucar hebat yang bernilai RM10,000 tanpa perlu menambah nilai perbelanjaan. Sementara itu, pelanggan terhormat yang lain akan menerima sekeping e-Baucar yang bernilai RM50 sebagai token penghargaan.

“Kempen ‘The Golden Ticket’ adalah upacara tradisi tahunan yang amat berprestij dan sentiasa menantikan kehadiran pelanggan terhormat. Sepanjang keberlangsungan kempen sejak tiga tahun lepas, kempen yang sangat bermakna ini telah memberi ganjaran hebat kepada pelanggan setia dan telah mencatat nilai melebihi RM1 juta untuk baucar beli-belah yang berjaya diberikan. Melihat dari sasaran impak ekonomi, kebanyakkan rakan perniagaan Suria KLCC telah mencatat peningkatan dari sudut jumlah pelanggan dan jualan terus,” ujar Andrew Brien, Ketua Pegawai Esekutif, Suria KLCC Sdn Bhd.

Pusat beli-belah Alamanda, Putarajaya

Kempen ‘Golden Ticket’ juga diadakan di pusat beli-belah ini, dan berlangsung dari 26 Mei sehingga 18 Jun. Kempen ini juga menjanjikan pelbagai tawaran dan ganjaran menarik buat pelanggan.

Seiringan degan Kempen ‘Golden Ticket’ di Suria KLCC, pelanggan yang berbelanja berbelanja RM500 dan keatas dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi baucar beli-belah Alamanda.

Sebanyak 101 tiket akan dicabut untuk setiap hari yang mana setiap cabutan akan membawa cabutan ‘Golden Ticket’ yang utama dan bernilai RM1,000 bersama 100 cabutan ‘White Ticket’ yang bernilai RM50.

Lebihan tiket yang tidak dicabut akan digabungkan bersama tiket yang lain untuk cabutan keesokan harinya bagi meningkatkan jumlah tiket yang tersedia. Setiap pelanggan hanya berpeluang memenangi sebuah hadiah untuk setiap hari, selagi stok masih ada.

Pusat beli-belah Mesra, Terengganu

Pusat beli-belah ini menjayakan Kempen ‘Golden Ticket’ selama 30 hari bermula dari 2 sehingga 31 Julai 2023.

Melihat kepada sambutan yang amat memberangsangkan pada kempen tahun lepas, konsep yang sama masih dikekalkan. Para pelanggan yang berbelanja RM300 dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih berpeluang untuk menyertai kempen cabutan bertuah untuk memenangi baucar Beli- Belah yang bernilai RM1,000 atau RM30.

Resit tulen daripada mana-mana kedai terpilih di Pusat Beli-Belah Mesra perlu disertakan semasa pendaftaran penyertaan kempen.

Untuk info lanjut, sila layari:
⦁ Suria KLCC – ⦁ http://www.suriaklcc.com.my⦁ / ⦁ http://www.facebook.com/SuriaKLCCMall
⦁ Alamanda – ⦁ http://www.alamanda.com.my⦁ / ⦁ http://www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
⦁ Mesra Mall – ⦁ http://www.mesramall.com⦁ / ⦁ http://www.facebook.com/MyMesraMall

Leave a comment