CHICKING BUKA CAWANGAN PERTAMA DI MALAYSIA

“Dengan pembukaan cawangan pertama ini di Malaysia, selain menyajikan lebih daripada 20 hidangan enak lagi halal kepada rakyat Malaysia, kami juga membuat tawaran kepada pelabur-pelabur yang berminat menjadi Francaisi ChicKing. Kami mengalu-alukan kedatangan orang ramai ke restoran terbaru kami ini yang dibuka sehingga pukul 2 pagi setiap hari. Malah kami juga menyediakan Menu Rahmah pada harga RM5 di sini” ujar Datuk Mohd Ridzuan Abdullah selaku Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia atau ringkasnya IKHLAS merangkap Penasihat Korporat Malabar Junction Global Resources (MJGR – syarikat pemegang francais ChicKing di Malaysia).

Turut hadir pada majlis pembukaan restoran ayam goreng itu adalah Pengerusi dan Pengasas ChicKing, Encik A.K Mansoor; Encik Ajman Mohamad, Pengarah Urusan MJGR; Encik Mujib Rahman, Pengarah Operasi MJGR; Encik Abdul Kader Syed Mohamed, Pengarah Pemasaran MJGR serta ahli-ahli Lembaga Pengarah, Encik Abdul Nasser, Encik Mohammad Badushah dan Encik Mujib Rahman.

Credit: Chicking Malaysia FB

Chicking yang pertama kalinya ditubuhkan oleh A.K Mansoor pada tahun 2000 telahpun membuka lebih daripada 265 cawangan di 35 buah negara seperti Amerika Syarikat, Kenya, Ireland, Oman, Australia, New Zealand dan banyak lagi.

Kelainan Chicking adalah ia menyajikan hidangan Fusion, Barat dan tradisional Arab yang enak mengguna herba dan rempas ratus berkualiti, dibawa khas dari UAE dan resipi yang diolah agar sesuai dengan cita rasa masyarakat Malaysia.

Credit:Chicking Malaysia FB

Antara ‘signature dish’ Chicking adalah Ayam Original, Ayam Goreng (Pedas), Ayam Grill yang sesuai dipadankan bersama Nasi Briyani, Chicken Strips. Mexita, Crunchy Supreme Burgers, Royal Wraps, Taco Wrap dan Chicken Bites

Manakala side dishes yang menarik adalah Jejari kentang berperisa Tandoori, Pinoy BBQ, Hot Wings, Double Crunchy, Soho Rice dan banyak lagi hidangan yang enak.

ChicKing mensasarkan pembukaan 100 cawangan di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.

Leave a comment