RANGKAIAN STRAWBERRIES & CREAM ICE BLENDED® IMBAU ZAMAN MANIS KANAK-KANAK

Rangkaian Strawberries & Cream Ice Blended® akan berada di semua kafe The Coffee Bean & Tea Leaf bermula 7 Julai 2023!

Dengan rona merah jambu yang memikat hati bersama tekstur yang lembut, minuman campuran ais ini pasti akan memberi kelegaan kepada anda dalam cuaca Malaysia yang panas terik. Malah, warnanya yang ceria amat cantik untuk Instagram anda!

“Sama seperti Mint Chocolate Chip Ice Blended® popular kami yang telah dibawa kembali ke kafe kami, kami ingin menginspirasikan rakyat Malaysia untuk menemui semula ‘Keterujaan Zaman Kanak-Kanak yang Sebenar’ melalui Strawberries & Cream Ice Blended® kami,” kongsi Fiona Rodrigues, Ketua Pemasaran dan Inovasi, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia.

“Berbekalkan warisan kami selama tiga dekad, minuman ini dihasilkan dengan tangan sehingga sempurna, dengan rasa dan kualiti kami yang terulung – menggabungkan perisa kegemaran yang kita semua kenali dengan sentuhan yang menyegarkan. Kami sangat teruja untuk memperkenalkan minuman Musim Panas baharu ini, baik untuk mereka yang sekadar ingin memuaskan keinginan, ataupun ibu bapa yang ingin berkongsi detik istimewa dengan anak-anak mereka.”

Setiap teguk Strawberries & Cream Ice Blended® memberikan kemanisan buah-buahan dengan potongan buah-buahan yang sebenar, ditambahkan lagi dengan tekstur yang lembut. Lebih menarik lagi, hanya menggunakan teh hitam bermutu tinggi yang telah direndam selama 5 jam sebagai asasnya.

Strawberries & Cream juga boleh dinikmati dalam format Strawberries & Cream Cold Brew Tea, tersedia dalam format manis ataupun ‘sparkling’.

Keluaran baharu yang menyegarkan ini juga boleh digandingkan dengan tambahan baharu dalam menu bermusim kami*!

Strawberry Tart

Daripada Summer Strawberry Tart sehinggalah Strawberry Haze, Buttermilk Chicken Sandwich, serta Caesar Salad yang dibawa kembali untuk memenuhi selera penggemar.

Untuk menyemarakkan lagi sambutan Musim Panas, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia turut memperkenalkan misi “Strawberry Stampcard”, di mana anda akan mendapat setem untuk setiap misi yang diselesaikan, dan berpeluang memenangi Vintage Strawberry tumbler edisi terhad** selepas anda menyelesaikan kesemua enam misi!

  • ** Tertakluk pada terma & syarat
  • Strawberries & Cream Ice Blended®-(kecil RM18.90, biasa RM20.90)
  • Strawberries & Cream Cold Brew Tea (kecil RM17.90, biasa RM19.90)
  • *Untuk menu penuh, sila rujuk helaian fakta di hujung siaran akhbar

Sip & Explore bersama The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia
Selain minuman Strawberries & Cream kami yang lazat, kami juga teruja untuk memperkenalkan ‘Sip & Explore bersama The Coffee Bean & Tea Leaf®’, iaitu satu siri aktiviti menarik yang telah dirancang untuk merangsang kreatif dalaman anda, memberi inspirasi kepada deria anda, dan menjadikan musim panas anda satu pengalaman tidak dapat dilupakan. Tidak kira jika anda lebih gemar bersendiri atau bergaul dengan orang sekeliling, ‘Sip & Explore’ pasti akan menyerikan hujung minggu anda, sambil anda menikmati minuman yang menyegarkan!

Sip & Snap bersama smashpop (Jason Goh)
⦁ Georgetown, Penang Jumaat, 7 Julai 2023, 10:30AM
⦁ Kuala Lumpur Sabtu, 15 Julai 2023, 10:30AM
⦁ Taiping, Perak Sabtu, 2 September 2023, 10:30AM

Sip & Snap bersama Pojie (Mohd Shahril Fawzy)
⦁ Melaka Sabtu, 22 Julai 2023, 10:30AM
⦁ Johor Bahru Sabtu, 5 Ogos 2023, 10:30AM
⦁ Kuala Lumpur Sabtu, 19 Ogos 2023, 10:30AM

Sip & Paint bersama Vivian Lee
⦁ The Coffee Bean & Tea Leaf®, Gurney Walk, Penang Ahad, 9 Julai 2023, 11:00AM
⦁ The Coffee Bean & Tea Leaf®, Pearl Point Shopping Mall, PJ Ahad, 30 Julai 2023, 11:00AM
⦁ The Coffee Bean & Tea Leaf®, Mid Valley Southkey, Johor Ahad, 6 Ogos 2023, 11:00AM

Sip & Sing bersama Liesl-Mae dan Lost Spaces
⦁ The Coffee Bean & Tea Leaf®, Bangsar Village, Kuala Lumpur Sabtu, 19 Ogos 2023, 8:00PM

Sip & Sing bersama Claudia Tan dan Talitha Tan
⦁ The Coffee Bean & Tea Leaf®, Shoplex Mont Kiara, Kuala Lumpur Sabtu, 26 Ogos 2023, 8:00PM

Daftarlah untuk acara-acara menarik ini melalui pautan: coffeebean.com.my/sipandexplore dan meneroka serta mencipta pengalaman yang luar biasa bersama The Coffee Bean & Tea Leaf®!

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran baharu, berita dan promosi daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, layari:

  • halaman Facebook (www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage)
  • laman Instagram (@coffeebeanMY)
  • TikTok (@coffeebeanMY),
  • laman web rasmi di http://www.coffeebean.com.my

Menu Tambahan Musim Panas 2023

Summer Strawberry Tart

Strawberi liar dan ceri merah menonjolkan semangat musim panas, disaluti dengan kulit tart mentega yang rangup lagi sedap!

Dijual sebiji (RM 159 / 1.3kg), atau dalam kepingan (RM15.90/sekeping).

Strawberry Haze

Musim panas yang sempurna terdiri daripada ‘kepulan awan’ mousse strawberi yang gebu, coklat putih yang cair dalam mulut, serta kacang hazel yang dipanggang sehingga rangup! Memberikan kenikmatan dalam setiap gigitan.

Dijual sebiji (RM 60 / 0.5kg), atau dalam kepingan (RM15.90/sekeping).

Buttermilk Chicken Sandwich

Sos buttermilk pedas dan lemak berkrim yang disiram pada paha ayam panggang, dihidangkan dalam sandwic roti kentang. Pasti membuat air liur anda meleleh!

Dijual pada harga RM25 setap satu.

Caesar Salad

Salad romaine & telur digaul dengan sos Caesar istimewa kami, ditambah lagi dengan crouton mentega bawang putih dan keju parmesan parut.

Dijual pada harga RM19.80 setiap satu.

Summer Strawberry Merchandise

Kiri ke kanan:
Latte Strawberry (RM98), Vintage Strawberry (hanya boleh dimenangi melalui ‘Summer Stampcard’), Tangier Strawberry (RM88), Tetouan Strawberry (RM78), Tonsberg Strawberry (RM108), Polar Strawberry (RM108)

Leave a comment