Selain menyumbangkan beras, JATI melalui JATI Foundation dan syarikat pengeluarnya Serba Wangi Sdn Bhd turut menyumbang RM3,000 dana tambahan dalam bentuk kewangan kepada setiap rumah kebajikan yang terpilih.

JATI dalam satu kenyataan menyatakan bahawa, sumbangan mereka ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial pihaknya kepada mereka yang memerlukan. Hal ini juga secara tidak langsung adalah sejajar dengan objektif utama sambutan ulang tahun ke 30 JATI iaitu ingin meraikan kejayaan ini bersama semua peringkat masyarakat.

Justeru, pihak JATI berharap dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat mengembirakan mereka yang menerima.

JATI melalui JATI Foundation dan syarikat pengeluarnya Serba Wangi Sdn Bhd juga akan terus komited dalam melaksanakan pelbagai inisiatif bantuan dan sumbangan seperti ini dari masa ke semasa.

Untuk makluman, sambutan ulang tahun ke 30 JATI yang telah diadakan pada 16 Mei lepas di Lot 10 Kuala Lumpur telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari para pengunjung. Sambutan yang diadakan selama tujuh hari bermula 16 Mei 2023 sehingga 22 Mei 2023 turut menawarkan pelbagai aktiviti dan promosi yang menarik.
Mengenai Jati Foundation
Jati Foundation merupakan satu pertubuhan yang ditubuhkan pada 2009 berpengkalan di Kedah. Matlamat utama penubuhannya adalah untuk menyalurkan bantuan kemanusian kepada golongan sasar yang memerlukan. Sejak penubuhannya, Jati Foundation sentiasa komited menghulurkan bantuan dari pelbagai aspek antaranya termasuklah bantuan pendidikan, sumbangan dana dan juga bantuan barangan keperluan harian.
Antara sumbangan yang pernah diberikan oleh Jati Foundation adalah bantuan dana bulanan secara tetap kepada rumah kebajikan terpilih sebanyak RM10,000 setiap bulan, membantu baik pulih rumah penduduk kampung di Baling, Kedah, bantuan alat pembelajaran di SJK(T) Palanisamy Kumaran, Sungai Petani pada 2020 yang dianggarkan berjumlah RM 15,000 dan lain-lain lagi.
Usaha ini juga akan sentiasa diteruskan dan dipanjangkan kepada semua golongan yang terlibat, sejajar dengan matlamat dan aspirasi pertubuhan ini.
Mengenai Serba Wangi Sdn. Bhd.
Sejak penubuhannya pada 1993, Serba Wangi Sdn. Bhd. telah berkembang menjadi salah satu pemborong beras terkemuka di negara ini. Menjadikan beras sebagai produk asas, konsep perniagaan ini merangkumi pengilangan, pemprosesan, pembungkusan dan juga pengedaran pelbagai jenama produk beras termasuklah “JATI” sebagai jenama utama.
Memfokuskan secara holistik dalam perniagaan beras, produk terkenal Serba Wangi Sdn. Bhd. di pasaran termasuklah Kapal Layar, Carnation, Songhe Noble Pine Crane, Songhe Lotus, Fres-Harves, dan ecoBrown’s.
Mengorak langkah, pada tahun 2019, Serba Wangi Sdn. Bhd. telah melancarkan jenama baharu dikenali sebagai Jati Signature, yang merupakan jenama beras premium sebagai hadiah kepada semua pengguna atas sokongan setia mereka selama ini.
Untuk berita terkini, aktiviti dan promosi Jati Malaysia, sila ikuti Jati Malaysia di Facebook (facebook.com/jatiMalaysia) dan Instagram.

Leave a comment