Kemampanan memainkan peranan penting dalam ekosistem marin dan penurunannya yang ketara memberi kesan buruk terhadap lautan.

Menerusi kempen “An Ocean of Goodness in Every Capsule”, bagi setiap pembelian produk BLACKMORES Minyak Ikan Omega-3, RM1 akan didermakan oleh BLACKMORES kepada Persatuan Pemuliharaan Penyu Malaysia. Persatuan ini merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan dan tidak berkeuntungan pertama yang mendedikasikan tenaga terhadap usaha pemuliharaan penyu air tawar di Malaysia.

“Kami amat berbesar hati atas sokongan yang diberikan oleh BLACKMORES. Derma yang disalurkan ini bakal membantu pihak kami untuk meneruskan usaha untuk melindungi penyu laut di Malaysia,” ujar Dr Chen Pelf Nyok, Pengasas Bersama dan Pengarah Eksekutif Persatuan Pemuliharaan Penyu Malaysia.
Sebagai sebahagian kempen ini, BLACKMORES juga menjalinkan kerjasama dengan Watsons, peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka di Malaysia untuk menganjurkan roadshow di Concourse LG, Mid Valley Kuala Lumpur bermula 24 hingga 30 Julai 2023.

Pengunjung yang datang berpeluang untuk mempelajari dengan lebih lanjut tentang manfaat Minyak Ikan Omega-3. Ahli Watsons juga berpeluang untuk membeli rangkaian produk BLACKMORES dengan promosi yang berpatutan.
“Kerjasama kami bersama BLACKMORES untuk mempromosikan produk minyak ikan Omega-3 mesra alam adalah seiring dengan janji kami untuk mempromosikan usaha mampan dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, ia juga memberi kami peluang untuk berkongsi dengan pelanggan kami tentang nilai kemampanan di samping memberikan mereka akses kepada produk Minyak Ikan Omega-3 yang berkualiti tinggi.” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk kesihatan semulajadi BLACKMORES pelanggan boleh melayari blackmores.com.my

Leave a comment