PAKAR BEDAH BARIATRIK, DR MUSTAFA MOHAMMED TAHER DIIKTIRAF YANG TERBAIK DI ASIA PACIFIC 2023

Pengiktirafan sebagai salah seorang pakar bedah Bariatrik terbaik di Asia Pacific telah diterima oleh beliau pada majlis Anugerah Kesihatan dan Pelancongan Global yang diadakan baru-baru ini di Kuala Lumpur.

Berjaya melakukan lebih daripada 2,000 pembedahan Bariatrik

Dr Mustafa yang merupakan Pakar Bedah GI dan Bariatrik berjaya melakukan pembedahan Bariatrik di klinik swasta sepanjang tempoh 3 tahun yang lalu. Pembedahan Bariatrik bukan sahaja berjaya membantu pesakit mengurangkan berat badan tetapi membantu merawat masalah kencing manis dan darah tinggi disamping membantu masalah tidur yang teruk, kemandulan,asma,serangan panik, kemurungan,sakit lutut, sakit belakang,dan anti sosial.

Rata-rata pesakit yang mendapatkan rawatan Bariatrik ini menghidap pelbagai penyakit antaranya mengalami masalah obesiti dan berat badan yang berlebihan sehingga menimbulkan kesukaran buat mereka disamping pelbagai komplikasi kesihatan yang menjejaskan kehidupan seharian mereka.

Penubuhan Kumpulan Sokongan oleh pesakit Bariatrik

Pesakit-pesakit Bariatrik Dr Mustafa telah mengambil inisiatif sendiri untuk menubuhkan satu kumpulan sebagai sokongan kepada Dr Mustafa. Kumpulan sokongan ini diketuai oleh Chef Bob@Alfie Sabri, yang sebelum ini bergerak mengguna kerusi roda selama 3 tahun dan menggunakan keluli untuk menyokong kakinya akibat masalah obesiti yang sangat teruk. Chef Bob telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 130kg dalam tempoh setahun selepas pembedahan dan kini menjalani kehidupan normal semula.

Dapatkan konsultasi dan info mengenai pembedahan Bariatrik

Pembedahan Bariatrik telah membantu menyelamatkan ramai pesakit di Malaysia dan juga di luar negara. Maka tidak hairanlah ramai yang datang berjumpa Dr Mustafa bagi mendapatkan nasihat demi kesihatan yang lebih baik. Ramai juga yang datang mendapatkan maklumat mendalam mengenai pembedahan Bariatrik.

Bagi Dr Mustafa, pertemuan dengan orang ramai yang ingin mendapatkan khidmat-nasihat mengenai pembedahan Bariatrik adalah selaras dengan misi beliau yang ingin melihat lebih ramai orang menjalani kehidupan yang sihat. Beliau juga ingin memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa obesiti merupakan penyakit yang sangat berbahaya jika tidak dirawat dengan segera.

Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Dr Mustafa dan pembedahan Baritrik boleh mengikuti Instgram beliau @dr.mustafamt atau hubungi Puan Rafeah di talian +60162330678

Leave a comment