Menyedari kira-kira 50% lelaki berumur 50 tahun ke atas mengalami masalah keguguran rambut dan peningkatan kes lelaki yang mula mengalami masalah rambut gugur pada usia yang muda., 50 Megumi telah memperkenalkan rangkaian produk 50 Megumi Men baharu yang khas diformulasi untuk menangani keguguran rambut di kalangan kaum lelaki.

Majlis pelancaran telah diadakan di Cohiba Atmosphere, Kuala Lumpur, di mana sesi perkongsian oleh pakar-pakar perubatan mengenai masalah keguguran dan penjagaan rambut telah diadakan bersama jemputan yang hadir.
Doktor perubatan dan figura terkenal, Dr Shazril Shaharuddin menegaskan bahawa pemahaman terhadap faktor penyumbang keguguran rambut amatlah penting.

“Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan keguguran rambut pramatang di kalangan kaum lelaki. Walaupun sebahagiannya adalah genetik, namun ada juga faktor-faktor lain yang berkait rapat dengan gaya hidup dan tabiat kita, seperti tekanan, tidur, senaman serta tabiat pemakanan. Mengetahui faktor-faktor ini serta cara pengendalian rambut gugur secara berkesan turut memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan rambut yang sihat dan lebat.”
50 Megumi adalah jenama penyelesaian keguguran rambut yang terkemuka di Jepun dengan lebih 10 juta produk terjual di seluruh dunia. Maka, berbekalkan kepakaran dalam menangani masalah keguguran rambut, rangkaian baharu ini menampilkan dua produk syampu dan satu esen rawatan rambut yang direka khas untuk menyuburkan kulit kepala, meningkatkan pengaliran darah, menguatkan akar rambut dan merangsang pertumbuhan rambut, di samping memberi pengalaman yang menyegarkan.

“Keguguran rambut bukan sahaja menjejaskan paras rupa kita, malah ia turut mengubah persepsi kita terhadap diri sendiri dan identiti kita. Ini dapat mengundang keresahan dan kemurungan, khususnya di kalangan lelaki yang bergelut dengan impak sosial dan emosi akibat keguguran rambut. Itulah sebabnya kami menghasilkan rangkaian 50 Megumi Men baharu— satu penyelesaian yang membantu mengembalikan semula rambut dan keyakinan diri anda,” menurut Aaron Wong, Pengurus Jenama Kanan 50 Megumi.
Keberkesanan rangkaian 50 Megumi Men ini dapat dilihat dalam tempoh yang singkat!
Dengan penggunaan harian yang konsisten, pengguna boleh mencapai pengurangan keguguran rambut sebanyak 45% dalam tempoh empat bulan. Sebotol esen dapat bertahan sehingga 40 hari jika digunakan sebanyak 2 kali sehari, menjadikannya satu penyelesaian yang mudah dan menjimat kos untuk pengurusan keguguran rambut di kalangan lelaki.
Esen rambut ini hanya perlu diaplikasikan secara langsung pada kulit kepala .Ia membantu merangsang folikel rambut, meningkatkan kesihatan keseluruhan kulit kepala, dan mewujudkan persekitaran yang optimum untuk rambut yang sihat. Teksturnya yang ringan dan tidak melekit menjadikannya sesuai untuk lelaki dengan gaya hidup sibuk, kerana ia tidak menjejaskan penggayaan rambut serta tidak perlu dibilas dengan air.
50 Megumi Men Anti-Hair Loss Shampoo Fresh membersihkan kulit kepala dan rambut dengan wangian pudina menyegarkan bagi menghilangkan minyak rambut berlebihan dan memberi kesegaran kepada akar rambut manakala 50 Megumi Men Anti-Hair Loss & Scalp Care Shampoo pula mengandungi Hinokitiol, bahan anti-kelemumur berasaskan tumbuhan yang dapat menangani kelemumur secara berkesan.
Setiap produk dalam rangkaian 50 Megumi Men dirumus khas dengan 50 bahan terpilih yang merangkumi kosmetik moden, herba tradisional dan bahan semula jadi yang sesuai dengan keperluan unik lelaki untuk mencegah keguguran rambut.
“Di 50 Megumi, kami percaya alam semula jadi menawarkan penyelesaian yang terbaik untuk masalah rambut. Itulah sebabnya kami menggunakan bahan-bahan herba semula jadi yang telah terbukti dapat membantu menyuburkan, menguatkan, dan mengalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. Semua bahan herba ini kaya dengan antioksidan, vitamin, mineral, dan minyak pati yang membantu mengembalikan kesihatan dan kecantikan rambut anda,” kata Aaron.
Rangkaian 50 Megumi Men baharu kini boleh didapati di cawangan-cawangan peruncit terpilih di seluruh negara, termasuk Guardian dan platform atas talian iaitu Shopee, Lazada. Rangkaian baharu itu berada dalam julat harga dari RM50 hingga RM150.
Untuk maklumat lanjut tentang 50 Megumi, sila layari:
Tentang 50 Megumi
50 Megumi merupakan produk anti-keguguran rambut yang terkemuka di Jepun dan Hong Kong dengan lebih 10 juta produk terjual. Rangkaian Anti-Hair Loss jenama ini dirumus dengan 50 bahan semula jadi yang dipilih khas bagi mengurangkan keguguran rambut dengan berkesan, meningkatkan jumlah rambut dan menguatkan akar rambut. Pengguna dapat melihat hasil yang ketara dengan penggunaan konsisten selama 4 bulan. 50 Megumi percaya bahawa kekuatan dan keyakinan diri datang daripada rambut yang sihat. Justeru itu, misi mereka adalah untuk membantu wanita and lelaki dari semua peringkat umur mencapai rambut yang lebat dan cantik bagi menghadapi rintangan yang paling mencabar dalam kehidupan.

Leave a comment