HARUMAN AROMA KOPI MEMENUHI PERSEKITARAN DI “KAMPUNG BUATAN MALAYSIA”

Kampung Buatan Malaysia adalah inisiatif khas oleh ZUS Coffee dengan gabungan bersama jenama-jenama tempatan yang gah seperti Farm Fresh, Inside Scoop, Julie’s, SYOK dan BOH.

Adanya jenama-jenama tempatan ini, membuktikan bahawa jenama dan produk Buatan Malaysia adalah jenama yang cukup hebat sama seperti jenama antarabangsa.

Selain itu terdapat juga jenama tempatan lain yang sedang meningkat naik yang turut sama berganding bahu memeriahkan acara ini.

Sambil menikmati secawan kopi panas, tetamu dan pengunjung yang datang juga dapat menikmati pelbagai juadah di Lorong Makan ZUS yang menggabungkan rasa tempatan dan antarabangsa.

Selain itu, 23 jenama tempatan yang mempromosikan fesyen, tatarias, barangan hiasan rumah dan banyak lagi boleh didapati di ruangan atas Kampung Buatan Malaysia.

Bagi mereka yang ingin mengenali lebih lanjut mengenai ZUS Coffee, “ZUS Time Tunnel” akan menceritakan tentang perjalanan ZUS Coffee sebagai jenama tempatan yang memberikan produk berkualiti tinggi kepada Malaysia. Sebahagian daripada perjalanan ZUS Coffee itu turut diselitkan sokongan ZUS Coffee terhadap jenama tempatan lain melalui gabungan bahan dalam mencipta satu cawan kopi.

Bukan itu sahaja. Bersempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia, ZUS Coffee telah mencipta hidangan kopi dan teh kegemaran rakyat Malaysia melalui produk baharu iaitu “Tarik Series”. ZUS Kopi Teh Tarik and ZUS Teh Tarik ini diperbaharui dengan kelembutan ‘Velvet Crème’ ZUS Coffee. Satu gabungan rasa tempatan lemak manis yang mengikut citarasa rasa tempatan.

Kempen Buatan Malaysia juga mengetengahkan kolaborasi ZUS Coffee dengan BOH untuk “Tarik Series,”, dan juga kolaborasi dengan Inside Scoop untuk aiskrim edisi terhad yang diilhamkan oleh minuman ZUS Coffee. Kolaborasi ini menunjukkan kejayaan yang boleh dicapai apabila jenama Malaysia bersatu dan bekerjasama.

Sambil menikmati keindahan Kampung Buatan Malaysia, pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan oleh artis-artis terkenal tempatan seperti Syamel, Kaka Azraff, dan Andi Bernadee. Acara ini juga bakal diserikan dengan persembahan warisan budaya Malaysia melalui tarian Muhibbah yang menggabungkan budaya dan kaum yang berbeza.

Bagi memperkasakan lagi konsep dan tema kempen ‘Buatan Malaysia’, ZUS Coffee telah menghasilkan video kempen yang bertajuk “ZUS Coffee On Trial: Buatan Malaysia?”. Dibintangi wajah-wajah ternama seperti pelawak Kavin Jay dan Ryan Howlett, Arieff Yong, serta jenama tempatan yang terkenal seperti Farm Fresh, Inside Scoop, BOH, dan Julie’s. Video ini bertujuan mempamerkan kebanggaan sebagai buatan Malaysia.
Dengan ini, semua dijemput untuk bersama-sama memeriahkan lagi Kampung Buatan Malaysia pada 9 September 2023.

Mari bersama kita memartabatkan buatan Malaysia!

Mengenai ZUS Coffee

ZUS Coffee ingin mengubah persepsi tentang kopi spesialiti, menjadikannya sesuatu yang mampu dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Dengan harga yang berpatutan, kami membuka pintu kepada dunia kopi berkualiti tinggi bagi setiap individu. Komitmen kami ialah untuk sentiasa menyediakan pengalaman kopi terbaik, menjadikan setiap detik bersama ZUS Coffee sebagai saat yang tak terlupakan.

Sila kunjungi cawangan ZUS Coffee terdekat atau secara dalam talian di www.zuscoffee.com

Ikuti media sosial ZUS Coffee untuk maklumat lanjut:

Muat Turun Aplikasi ZUS sekarang:

Leave a comment