Ini selari dengan bulan September merupakan Bulan Kesedaran Kesakitan global, masa untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat terhadap kesakitan dan pengurusannya. Keadaan sakit memberi kesan kepada ramai individu dengan 30% populasi dunia mengalami kesakitan kronik. Ini bermakna mereka hidup dalam keadaan yang sentiasa dalam kesakitan atau rasa sakit yang berulang-ulang bagi tempoh lebih dari tiga bulan1,2.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan impak kesakitan neuropatik (NeP) dan keperluan penghidap diabetes yang tidak dipenuhi, Viatris telah menjalankan satu tinjauan baharu 3 yang melibatkan 963 orang pesakit dari Itali, Sepanyol, Malaysia, Mexico dan Korea Selatan.
“Di Viatris, kami komited dalam menyokong individu yang hidup dengan neuropati periferal diabetik yang menyakitkan kerana kesakitan kronik yang berkaitan memberikan impak yang signifikan terhadap kualiti kehidupan pesakit. Oleh itu, kami meneruskan usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengesanan awal penyakit dan akses kepada rawatan yang betul serta mengambilkira keperluan dan cabaran yang masih dialami individu yang menghidapi keadaan ini,” kata Jeff Bote, Pengurus Negara Viatris Malaysia.
Kesakitan neuropatik (NeP) didefinasikan sebagai kesakitan yang disebabkan oleh lesi atau penyakit sistem saraf deria somato. Walaupun keadaan ini merangkumi 20-25% daripada kesakitan kronik, namun ia juga paling kurang didiagnosis dengan pesakit tidak mendapat rawatan yang sesuai4-7. Salah satu punca NeP yang paling biasa adalah neuropati periferal diabetik (DPN) iaitu komplikasi kronik diabetes yang paling lazim kerana ia menyebabkan kerosakan saraf yang membawa kepada kesakitan di bahagian kaki dan tangan.
1 dalam 4 penghidap diabetes boleh mengalami neuropatik periferal diabetik (pDPN) yang menyakitkan8. Keadaan ini menjejaskan keupayaan individu untuk melaksanakan aktiviti harian dan memberikan impak yang besar kepada kualiti kehidupan mereka dari perspektif emosi dan praktikal. Individu yang menghidap diabetes dan NeP menggambarkan kesakitan yang dialami di bahagian kaki atau bawah badan bagai ‘bahang panas daripada api’, ‘rasa menyucuk pin dan jarum halus’, ‘kejutan elektrik daripada ribut petir’, ‘seperti ditikam pisau’ dan ‘umpama ratusan semut merayap sehingga terasa menjengkelkan’. Pesakit juga berasa risau, resah dan takut akan keadaan yang dialami.
Buat masa ini, hampir separuh bilion individu mengalami diabetes di seluruh dunia dan kes penyakit ini dijangka meningkat sebanyak 51% menjelang tahun 20247. Komplikasi berkaitan NeP juga menjadi satu kebimbangan yang kian meningkat.
Kesedaran dan harapan pesakit berkenaan simptom mereka
Menurut tinjauan tersebut, 68% pesakit di Malaysia mendakwa mereka sedar akan kaitan antara simptom kesakitan dan diabetes sebelum diagnosis mereka. Walau bagaimanapun, dari permulaan simptom awal, pemikiran utama yang terlintas di fikiran pesakit adalah kaitan dengan keadaan sedia ada yang lain (25%); harapan kesakitan itu akan berlalu (39%); kaitan dengan proses penuaan (40%) dan kesakitan itu adalah sementara (36%).
Pengalaman diagnosis
Secara purata, majoriti responden di seluruh dunia menghubungi seorang doktor dalam tempoh 4 bulan daripada tanda-tanda dan simptom pertama dan menerima diagnosis mereka dalam masa 6 bulan daripada bermulanya simptom mereka. Di Malaysia, pakar penjagaan kesihatan yang bertanggungjawab untuk diagnosis tersebut adalah pakar endokrinologi untuk 68% responden tetapi pengamal kesihatan am dan pakar kesakitan memainkan peranan penting kepada 7% dan 5% responden masing-masing. Sungguhpun demikian, kesilapan dalam diagnosis masih merupakan satu isu dengan 63% responden di Malaysia mendakwa mereka menerima diagnosis yang tidak betul sebelum yang terakhir.
Neuropati periferal diabetik (pDPN) yang menyakitkan menjejaskan mood dan keupayaan pesakit untuk melaksanakan aktiviti harian. Hidup dengan pDPN memberikan impak yang besar terhadap aspek berbeza kehidupan individu, baik daripada segi emosi mahupun praktikal, seperti yang disahkan oleh hampir separuh pesakit yang ditemu ramah yang mengatakan kualiti kehidupan mereka amat atau terkesan sepenuhnya oleh keadaan yang dialami. 75% pesakit di Malaysia menyatakan mereka perlu membuat penyesuaian jadual kerja, sementara 61% terpaksa mengambil tempoh yang panjang untuk tidak hadir ke tempat kerja.
37% responden di Malaysia mendakwa pDPN memberi impak terhadap mood keseluruhan mereka; keupayaan untuk bersukan (48%) dan kualiti tidur mereka (37%). Walaupun berhadapan dengan impak yang signifikan, hanya 1 dalam 5 pesakit di peringkat global merasakan mereka dapat bercakap dengan bebas mengenai keadaan mereka. Di Malaysia, sebab utama 51% pesakit tidak berkongsi kesakitan yang dialami adalah kerana takut didiskriminasi, diikuti oleh ketakutan menghadapi masalah di tempat kerja (46%) atau berasa malu (38%).
Dengan perkembangan pDPN, diagnosis dan rawatan awal adalah penting
Menerima rawatan yang sesuai dan bertepatan masa untuk NeP adalah penting bagi membantu mengawal penyakit dan menambah baik kualiti kehidupan. Secara keseluruhannya, 58% pesakit di Malaysia yang mengambil bahagian dalam tinjauan ini mengambil ubatan preskripsi, yang mana 23% menyatakan mereka amat atau berasa berpuas hati secara keseluruhannya dengan rawatan yang diterima. Di Malaysia, rawatan-rawatan lain yang dijalani pesakit termasuk pengambilan supplemen tambahan (55%), fisioterapi (48%) dan ubatan herba (33%). Secara umum, 48% pesakit berasa mereka menerima sokongan daripada insan tersayang dan 51% telah menyesuaikan diri untuk hidup dengan keadaan yang dialami.
Walaupun pesakit menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan penjelasan yang diterima berkenaan kesakitan kronik yang berkaitan diabetes serta berkenaan pilihan rawatan dan hasil yang berkaitan, 44% pesakit di Malaysia masih merasakan mereka tidak mampu pulih sepenuhnya daripada keadaan yang dihadapi dan 42% berpandangan bahawa mereka bukan lagi individu yang sama seperti sebelum. Walaupun kebanyakan simptom selalunya akan berkurangan dengan peredaran masa, kurang dari separuh (44%) pesakit yang ditinjau mendakwa mereka sedang mangalami kesakitan yang teruk.
Dengan manfaat pengalaman lalu, 1 dalam 3 pesakit di seluruh dunia akan mendapatkan khidmat nasihat tentang simptom mereka lebih awal dan tidak mengambil ringan mengenainya serta menjelaskan keadaan mereka kepada doktor dengan lebih baik. Secara umum, dari aspek sokongan yang pesakit rasa mereka perlukan, 36% di Malaysia berkata mereka ingin mendapatkan lebih banyak maklumat berkenaan pengurusan harian kesakitan kronik yang berkaitan dengan diabetes, diikuti oleh 43% yang mahukan kesedaran lebih tinggi dalam kalangan masyarakat umum mengenai beban kesakitan kronik yang berkaitan diabetes. Selain itu, 47% merasakan bahawa mereka perlu mendapat akses terhadap sokongan psikologi.
Rujukan:
⦁ Tesfaye S, et al., OPTION-DM trial group. Comparison of amitriptyline supplemented with pregabalin, pregabalin supplemented with amitriptyline, and duloxetine supplemented with pregabalin for the treatment of diabetic peripheral neuropathic pain (OPTION-DM): a multicentre, double-blind, randomised crossover trial. Lancet 2022; 400: 680–90 Diterbitkan secara dalam talian pada 22 Ogos 2022 https://doi.org/10.1016/S0140-6736(22)01472-6
⦁ Temu ramah dalam ralian ELMA Research kepada NEP berkaitan sampel penghidap diabetes di Sepanyol, Itali, Mexico, Malaysia dan Korea Selatan, dipromosi Viatris, 2023
⦁ Jensen TS, Baron R, Haanpää M, et al. A new definition of neuropathic pain. Pain. 2011;152(10):2204-2205
⦁ Westaway KP, Alderman CP, Frank OR, et al. Optimising therapy for patients with neuropathic pain. Journal of Pharmacy Practice and Research. 2014;44(1):44-47.
⦁ Gore M, Dukes E, Rowbotham DJ, Tai KS, Leslie D. Clinical characteristics and pain management among patients with painful peripheral neuropathic disorders in general practice settings. Eur J Pain. 2007;11(6):652-664.
⦁ Bouhassira D. Neuropathic pain: definition, assessment, and epidemiology. Rev Neurol (Paris). 2019;175(1-2):16-25.
⦁ IDF Diabetes Atlas 9th edition 2019. Boleh didapati di: ⦁ https://www.idf.org/index.php?option=com_attachments⦁ &⦁ task=download⦁ &⦁ id=2104:WDD2019-Global-PR_Final – Diakses pada Februari 2023
About Viatris
Viatris Inc. (NASDAQ: VTRS) is a new kind of healthcare company, empowering people worldwide to live healthier at every stage of life. We provide access to medicines, advance sustainable operations, develop innovative solutions and leverage our collective expertise to connect more people to more products and services through our one-of-a-kind Global Healthcare Gateway®. Formed in November 2020, Viatris brings together scientific, manufacturing and distribution expertise with proven regulatory, medical, and commercial capabilities to deliver high-quality medicines to patients in more than 165 countries and territories. Viatris’ portfolio comprises more than 1,400 approved molecules across a wide range of therapeutic areas, spanning both non-communicable and infectious diseases, including globally recognized brands, complex generic and branded medicines, a portfolio of biosimilars and a variety of over-the-counter consumer products. With a global workforce of approximately 37,000, Viatris is headquartered in the U.S., with global centers in Pittsburgh, Shanghai and Hyderabad, India. Learn more at viatris.com and investor.viatris.com, and connect with us on Twitter at @ViatrisInc, LinkedIn and YouTube.

Leave a comment