Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Mohamed Amin Yahya, Pengarah Kanan, dan Jeffri Munir, Timbalan Pengarah Kanan Domestik & Acara, di Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan bersama-sama barisan media, penganjur, dan rakan kongsi.

Dato’ Brian Lim, Pengasas, MMIC Entertainment Group di Pameran Ulang Tahun Ke-20 NARUTO TV Animation Malaysia berkata:
“Kami sangat berterima kasih atas kasih sayang dan sokongan yang ditunjukkan oleh peminat yang berdedikasi. Kesabaran dan semangat yang dipamerkan oleh peminat-peminat ini sepanjang penglibatan mereka dalam dalam dunia NARUTO itu benar-benar menggembirakan.
Kami tidak sabar untuk berkongsi pengalaman pameran ini dengan rakyat Malaysia. Kami mempunyai pasukan yang berdedikasi untuk memastikan peminat mempunyai masa seronok dan ini semua adalah hasil kerjasama rakan kongsi sokongan kami, Biz Trend Media, Sozo, I am Start Entertainment, Pavilion Bukit Jalil, dan Book My Show”
Satu persembahan istimewa iaitu Wadaiko (gendang Jepun) telah dipertunjukkan sewaktu acara perasmian. Selepas itu tetamu-tetamu jemputan khas dan wakil media berpeluang memasuki ruang pameran ini.

Peminat yang hadir juga dapat menikmati peluang menjadi kumpulan yang terawal di Malaysia memasuki ruang pameran dan ini secara tidak langsung menandakan populariti dan pengaruh budaya Jepun semakin diminati dan meningkat di Malaysia.
Meraikan 20 Tahun Bersama NARUTO

Seawal pagi, peminat NARUTO dari seluruh pelusuk Malaysia telah hadir memakai Cosplay yang bersesuaian dengan watak kegemaran mereka. Kedatangan peminat-peminat ini disambut oleh Kurama, Rubah Sembilan Ekor, salah satu watak paling berkuasa dalam siri tersebut. Kehadiran Kurama di pintu masuk Pameran Ulang Tahun ini telah menjadikannya sebagai tempat bergambar yang pastinya tidak dilepaskan oleh peminat-peminat ini.

Pameran ulangtahun ke-20 siri anime NARUTO membuat penampilan sulungnya di Malaysia sebagai sebahagian daripada jelajah Asianya; pameran tersebut, yang kini dibuka kepada orang ramai akan berlangsung dari 7 Oktober hingga 31 Disember 2023.

Menjanjikan pengembaraan yang mengasyikkan ke dunia NARUTO, Pameran Ulang Tahun Ke-20 Animasi NARUTO TV Malaysia menghidupkan siri anime melalui pengalaman termasuk set 3D, galeri alatan ninja, dan pengalaman VR yang menggembirakan generasi NARUTO seterusnya membolehkan mereka berinteraksi dengan watak kegemaran mereka dari alam semesta NARUTO dan BORUTO.
“Menghadiri acara pembukaan dan pameran ulangtahun ke-20 NARUTO bersama rakan-rakan dan keluarga saya adalah impian yang menjadi kenyataan bagi saya sebagai peminat tegar NARUTO. Malaysia mempunya komuniti anime yang besar dan saya teruja untuk melihatnya berkembang dengan lebih banyak acara seperti ini.
“Melihat watak kegemaran saya dihidupkan terasa seperti pengalaman sekali dalam seumur hidup. Perhatian terhadap perincian, daripada adegan yang dicipta semula kepada pengembaraan VR yang mengasyikkan terasa seperti perayaan sebenar legasi NARUTO dan saya berterima kasih kepada telah menjadi sebahagian daripadanya. Selamat ulangtahun ke-20 Naruto!” kata Miisa, peminat siri anime NARUTO.
Pameran ini memberi peminat peluang untuk membayangkan semula lapan adegan ikonik, menghidupkan semula semangat ninja melalui kesan cahaya dan bunyi yang menakjubkan.

Peminat juga dihiburkan dengan lawatan selama 45 minit ke 21 zon tema ikonik anime NARUTO di kawasan pameran seluas 10,000 kaki persegi.

Butiran Tiket
Tiket boleh didapati secara dalam talian atau di pintu hadapan pameran. Harga tiket adalah pada harga:
- RM68 atau RM98 bagi pakej (Tiket Pameran + Tiket VR)
- RM28 atau RM48 untuk pakej (Tiket Pameran + Tiket VR)-Bagi kanak-kanak berumur bawah 12 tahun
Harga yang tertera tidak termasuk yuran tempahan sebanyak RM4.
Pameran ini dibawakan oleh Biz Trends Media, MMIC Entertainment Group, Sozo, I am Start Entertainment, Pavilion Bukit Jalil, dan Book My Show dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (Malaysia) dan rakan kongsi, yang termasuk:
⦁ Rakan Kongsi Media: TV9, TV3, 8TV, FlyFM, 8FM, Tonton
⦁ Rakan Kongsi Hiburan: TikTok
⦁ Rakan Kongsi Percutian: Klook
⦁ Rakan Kongsi Minuman: Liquid Marketing
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://my.bookmyshow.com/e/N20EXMYS atau hubungi mmic_entertainment@outlook.com

Leave a comment