SUNSHINE BREAD PERKENAL RANGKAIAN ROTI BERKRIM SIGNATURE DENGAN PERISA BAHARU

Selain tinggi kalsium, kedua-dua roti berkrim ini menjadi pilihan kerana ia senang dimakan, lazat serta berkhasiat.

Roti berkrim perisa Coklat Belgian dibakar dengan menggunakan coklat berkualiti tinggi dari Belgium yang menjanjikan kenikmatan dalam setiap gigitan manakala roti berkrim perisa Krim Keju & Susu Hokkaido pula dihasilkan menggunakan krim keju dan susu Hokkaido premium yang terkenal dengan aromanya yang mewah dan memikat serta rasa yang penuh berkrim, pastinya menawan hati setiap pencinta keju dan ​​susu Hokkaido.

Kedua-dua roti berkrim SIGNATURE Sunshine yang padat dengan kalsium, dapat membantu dalam memperkuatkan tulang dan gigi serta ditambah dengan tepung gandum wholemeal untuk memberi sumber protein, zat besi, serabut diet, vitamin B1 dan B2 yang baik. Oleh itu, rangkaian roti berkrim SIGNATURE ini merupakan pilihan roti yang lebih sihat, yang terbaik bagi mereka yang sibuk.

“Sunshine Bakeries telah menghasilkan rangkaian roti berkrim SIGNATURE dengan mengambil kira kepentingan & kegemaran pelanggan. Rangkaian SIGNATURE perisa Coklat Belgian serta Krim Keju & ​​Susu Hokkaido bukan sahaja merupakan snek yang lazat dengan rasa yang mewah; malah adalah komitmen kami untuk memenuhi kehendak pelanggan yang menginginkan pilihan roti berkrim yang lebih sihat, lebih mudah untuk dinikmati. Oleh itu, kami berharap pelanggan akan menggemari perisa baharu daripada Sunshine Bakeries ini dan dapat menikmati rangkaian roti berkrim SIGNATURE pada bila-bila masa dan di mana sahaja.”

Michael Chew-Ketua Pegawai Eksekutif Sunshine Bread Sdn Bhd

Rangkaian Roti berkrim SIGNATURE Sunshine Bakeries ini memperluaskan lagi pilihan perisa enak dalam rangkaian roti berkrim sedia ada iaitu Mentega Gula, Coklat Hazelnut, Biskut & Krim, dan Vanila Berkrim yang juga dihasilkan daripada bahan-bahan berkualiti terbaik yang diperoleh daripada seluruh dunia.

Selain itu, Sunshine Bakeries juga menawarkan pilihan roti yang lebih sihat dan digemari oleh pelanggan seperti Roti Mil Penuh 100% Australian Oat, Roti dengan Germa Gandum dan Bran, Roti Putih Soft White, dan Roti Pandan Homestyle, yang dihasilkan dengan penuh teliti, padat dengan 100% kebaikan dan mengandungi 0% lemak trans, 0% pewarna tiruan, 0% perisa tiruan serta 0% kolesterol.

Rangkaian Roti berkrim SIGNATURE Sunshine dijual pada harga RM1.50 setiap satu.

Mulai hari ini, orang ramai sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan boleh mendapatkan roti sihat Sunshine Bakeries di pasar raya dan kedai serbaneka termasuk di AEON, AEON Big, BHPetromart, Giant, Jaya Grocer, Lotus’s, myNews, Petron Treats, Panda Mart dan cawangan Shell Select di Negeri Sembilan serta Lembah Klang.

Mengenai Sunshine Bakeries
Sunshine meneruskan semangat dan ketelitian yang sama dalam penghasilan roti sejak penubuhannya pada tahun 1930. Hasilnya, generasi demi generasi terus mempercayai dan menikmati roti Sunshine bersama keluarga serta insan tersayang. Teguh berdiri selama 90 tahun bukanlah usaha yang mudah, justeru itu kami kekal komited dalam memberikan kualiti dan nutrien terbaik untuk pelanggan.

Leave a comment