RECKITT ANJUR SIDANG KEMUNCAK KERJASAMA JANGKITAN PERNAFASAN GLOBAL BUAT PERTAMA KALI DI MALAYSIA

Himpun pelbagai pertubuhan yang terlibat dalam bidang kesihatan

Persidangan penting ini yang pertama kali seumpamanya diadakan di rantau ASEAN, menghimpunkan pertubuhan antarabangsa, institusi penyelidikan, pihak berkuasa penjagaan kesihatan dan anggota profesional penjagaan kesihatan pelbagai negara untuk bekerjasama dalam usaha mengurangkan Kerintangan Antibiotic (AMR) dan mempromosi cara betul penggunaan antibiotik dalam Jangkitan Salur Pernafasan Atas (URTI) dan pengurusan sakit kerongkong.

Sidang kemuncak, bertema “Mengoptimunkan Penjagaan Pesakit dalam Lanskap Antibiotik Yang Berubah”, dihadiri lebih 100 ahli profesional penjagaan kesihatan, bertujuan menangani cabaran berat yang dibawa oleh URTI, iaitu salah satu punca utama penggunaan antibiotik cara berlebihan, dan ketahanan berpanjangan dalam kalangan komuniti. Di Asia Tenggara terutamanya telah berlaku lonjakan kes pada tahun-tahun kebelakangan ini, justeru amat penting isu ini ditangani secara bekerjasama. Intervensi berlatarkan URTI akan menjadi tumpuan GRIP.

Pihak kami berbangga menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak GRIP pertama ASEAN dan kami mengiktiraf peranan penting GRIP dalam mengendalikan rawatan URTI. Panel pakar kami telah banyak memberi kefahaman atas krisis global ini, mengutarakan pencerahan dan penyelesaian untuk menangani isu-isu secara langsung. Harapan kami semoga libat urus pihak kami yang dilakukan secara berterusan menerusi program-program seumpama ini akan menggalakkan kerjasama dalam kalangan ahli profesional penjagaan kesihatan, penyelidik, pembuat dasar, dan pertubuhan kesihatan awam untuk berkongsi amalan terbaik, dan memudahcara pertukaran ilmu pengetahuan. Dengan memudahcara dialog dan kerjasama antara pelbagai pihak berkepentingan maka GRIP sedang membina barisan hadapan yang mantap dalam pengurusan URTI”

Tiffany Tang, Pengarah Urusan Kesihatan, Reckitt Malaysia & Singapura

Perbincangan memikirkan cara penyelesaian yang terbaik

Sidang Kemuncak ini telah menarik pakar-pakar pelbagai disiplin URTI mengikuti ceramah yang membuka minda dan perbincangan panel, untuk memikirkan cara penyelesaian terhadap isu AMR dari segenap segi. Juga sidang kemuncak ini menjadi pemangkin pembentukan Kerjasama Jangkitan Pernafasan Malaysia (MRIP) yang diketuai pakar-pakar tempatan.

Semasa sidang kemuncak itu, Professor Dr Zamberi Sekawi, Ahli Mikrobiologi Klinikal Perunding, dari Universiti Putra dan Professor Sabiha Essack, Professor Sains Farmaseutik, dari University of KwaZulu-Natal, Afrika Selatan bercakap tentang ancaman AMR di peringkat global dan impaknya ke atas lanskap rawatan tempatan patogen pernafasan dan juga tentang situasi penggunaan antibiotik masa kini di Malaysia, serta menegaskan setiap tahun lebih RM150 juta dibelanjakan di hospital untuk merawat jangkitan ketahanan yang meragut lebih 3500 nyawa setiap tahun.

Tokoh pakar tempatan, Professor Dr Baharudin Abdullah, Perunding Ahli Otorhinolaringologi di Universiti Sains Malaysia pula membincangkan amalan tempatan semasa dalam pengurusan sakit kerongkong, rawatan alternatif daripada preskripsi antibiotik, menganjurkan kelegaan gejala kerana tidak banyak bukti menunjukkan antibiotik adalah perlu dan 80% pesakit akan sembuh dalam seminggu.

Kesan akibat tiada kesedaran

Kerintangan Antibiotic (AMR) yang semakin meningkat, menimbulkan berbagai cabaran kepada sistem penjagaan kesihatan di seluruh dunia dan diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai di antara 10 krisis kesihatan global yang utama.

Kalangan pakar di seluruh dunia menegaskan bahawa tanpa kesedaran berterusan terhadap penggunaan antibiotik secara bertanggungjawab, maka menjelang tahun 2050, jangkitan ketahanan antibiotik boleh menyebabkan 10 juta kematian setahun. Cara guna berlebihan, cara guna tak betul dan preskripsi antibiotik cara berlebihan telah memburukkan keadaan, sehingga mengakibatkan penyakit berpanjangan dan lebih teruk, kadar kematian meningkat, dan kos penjagaan kesihatan lebih tinggi. Hal ini telah menguatkan tekad kalangan anggota profesional penjagaan kesihatan memainkan peranan penting untuk mendidik pesakit tentang cara betul penggunaan antibiotik.

Sejarah kewujudan GRIP dan tujuan diwujudkan

Diwujudkan pada tahun 2012, GRIP diwakili oleh sekumpulan pakar terdiri daripada doktor, ahli farmasi, ahli akademik dan pakar penyakit berjangkit dari 13 buah negara untuk membangkitkan kesedaran menerusi impak komuniti tempatan, bahawa ketahanan antibiotik menjejaskan kesihatan kita semua. Menerusi kekuatan jalinan kerjasama merentasi kerangka 5P, berpaksikan Kerjasama dan merangkumi Dasar, Pencegahan, Pemberi Preskripsi, Farmasi dan Pesakit, maka GRIP berusaha mengubah paradigma penggunaan antibiotik dalam URTI dan mempunyai matlamat untuk menggerakkan perubahan perilaku yang positif.

Sidang kemuncak dapat menampilkan perspektif daripada ahli-ahli profesional tempatan dan pakar-pakar GRIP global tentang sikap dan perilaku terhadap penggunaan antibiotik, bahkan menekankan kebanyakan golongan dewasa muda berusia antara 18 hingga 34 berkemungkinan besar akan menggunakan antibiotik bagi URTI (64%) secara tak betul kerana yakin antibiotik adalah berkesan bagi sakit kerongkong (58%), boleh membunuh virus (55%) dan boleh melegakan gejala (65%). Program disusuli dengan perbincangan panel apabila semua penceramah menyentuh betapa pentingnya menterjemahkan ilmu pengetahuan kepada tindakan dan mengoptimumkan penjagaan pesakit yang mengatakan sungguhpun Malaysia berada di landasan betul untuk meringankan kesan AMR, namun begitu pihak-pihak berkepentingan perlulah dilengkapi dengan sarana dan ilmu pengetahuan, oleh itu kerjasama antara pihak awam dan sektor swasta amatlah penting.

“GRIP faham akan keperluan mendesak rawatan alternatif bagi jangkitan pernafasan; selesema, influenza, sakit kerongkong dan batuk, seperti pelega gejala, contohnya Strepsils. Sehubungan ini, GRIP terlibat secara aktif dalam bidang penyelidikan dan kerjasama untuk mengenal pasti dan membangunkan terapi yang dapat secara berkesan melegakan gejala agar dapat menggalakkan pengurusan sakit kerongkong secara lebih baik, yang hanya memerlukan kelegaan gejala dan bukannya antibiotik”

Adrian Shephard, Pengarah Pemasaran Perubatan Global Reckitt Benckiser

Dr Koh Kar Chai, Presiden Persatuan Alumni Manipal International University berkata,

“Penggunaan antibiotik cara bertanggungjawab sangatlah penting supaya keberkesanannya dapat dikekalkan. Kerjasama pelbagai disiplin dalam kalangan sektor adalah jalan terbaik untuk memacu perubahan bermakna dalam sistem penjagaan kesihatan dalam negara, memastikan antibiotik kekal menjadi sarana berkesan melawan jangkitan.”

Kejayaan Sidang Kemuncak GRIP Malaysia menjadi suatu titik penting dalam rawatan URTI serantau. Reckitt Malaysia tetap komited dalam misi libat urus awam secara berterusan untuk menambahbaik kesihatan dan kebersihan komuniti dan akan terus menggerakkan daya usaha seperti GRIP untuk mencetuskan impak positif terhadap kesihatan awam.

Dapatkan maklumat lanjut di Reckitt.com
*Reckitt adalah nama dagangan kumpulan syarikat Reckitt Benckiser

Tentang Kerjasama Jangkitan Pernafasan Global (GRIP)
https://www.grip-initiative.org/ – suatu platform kerjasama antara pakar yang komited dalam usaha melawan ketahanan jangkitan antimikrob menerusi kesedaran dan anjuran berasaskan bukti. Mereka telah membangunkan kerangka perubahan dan sumber untuk menyokong ahli profesional penjagaan kesihatan dan pesakit. Ahli-ahli GRIP mewakili dokor, ahli farmasi, ahli akademik dan pakar penyakit berjangkit dari 13 negara.

Leave a comment