PAVILION BUKIT JALIL TAWAR PELBAGAI HIDANGAN HALAL DAN MUSLIM FRIENDLY

Sempena kempen “Pavilion Taste” yang dianjurkan sehingga 13 November nanti, orang ramai boleh datang dan menikmati lebih daripada 40 hidangan Halal dan mesra muslim di restoran-restoran di dalam pusat beli belah ini.

Untuk memberi kelainan sempena kempen ini, Pavilion Bukit Jalil memberi tawaran lebih 50 makanan dan minuman daripada restoran-restoran yang terlibat dalam kempen.

Makanan dan minuman ini adalah TERHAD dan diberikan kepada pelanggan yang terawal. Jadi layari media sosial Pavilion Bukit Jalil dan dapatkan makanan dan minuman ini sehingga 13 November ini.

Hidangan Negara Asian

Bagi yang meminati makanan Korea, bolehlah menikmati hidangan ayam goreng di Kyochon 1991. Ayam goreng Kyochon boleh dinikmati dalam perisa cili mahupun bawang putih yang memikat selera.

Lokasi: Kyochon 1991: Aras 3, Pink Zone

Peminat makanan Jepun pula, bolehlah berkunjung ke Kagura Ramen. Disini, anda boleh memilih daripada enam jenis sup untuk menikmati bersama-sama ramen. Sekali rasa, pasti anda ingin lagi!

Lokasi: Kagura Ramen, Tokyo Town: Aras 2, Orange Zone

Dan jika anda datang dalam kumpulan yang ramai, Suki-Ya boleh jadi pilihan kerana ia menyediakan hidangan bufet. Anda boleh pilih apa sahaja yang anda inginkan, pelbagai aneka perapan ayam serta daging, makanan laut, cendawan dan banyak lagi. Anda boleh nikmati hotpot istimewa bersama empat pilihan sup yang enak seperti shabu shabu, miso, sukiyaki dan kimuchi. Menariknya, anda boleh ambil seberapa banyak perapan daging dan ayam di sini.

Lokasi: Suki-Ya, Aras 5, Orange Zone

Tidak berapa gemar hidangan berasaskan sup? Anda boleh kunjungi ke BBQ Town yang menawarkan hidangan secara barbeku. Sama seperti Suki-Ya, ia turut menyediakan hidangan secara bufet dengan pilihan daging Australia, kambing, ayam, udang, sushi dan sayur-sayuran bersama shabu-shabu. Di sini juga disedakan hidangan sup ayam yang direneh bersama-sama rempah dan herba selama enam jam. Ayam goreng akan diberikan pada setiap meja sebagai hidangan permulaan.

Lokasi: BBQ Town: Aras 4, Pink Zone

Pelbagai pilihan penghilang dahaga

Jika anda inginkan kopi enak lagi istimewa, boleh membuat pilihan ke 117 Coffee Bar atau JP & CO. Hidangan kopi di sini dibuka seawal pukul 10 pagi hingga 10 malam. 117 Coffee Bar meingkatkan pengalaman merasai kopi tradisional manakala JP & CO pula lebih kepada sisi moden. Dari lemon twist brew hingga ke sparkling Americano, ia juga menyediakan kopi ais latte yang berlainan dari sedia ada di pasaran.

Lokasi:

117 Coffee Bar: Aras 5, Pink Zone
JP & CO: Aras 2, Orange Zone

Bagi yang kurang minuman berkafein, minuman yogurt dengan ais kisar dari Yogurt Cow sesuai bagi anda. Pelbagai pilihan ditawarkan namun menjadi tarikan utama adalah Purple rice serta mango & pamelo jadi tumpuan.

Lokasi: Yogurt Cow: Aras 5, Pink Zone

Pemanis mulut sebagai pengakhiran

Meskipun zaman sudah banyak berubah, namun ais kacang atau ABC masih tetap jadi pilihan ramai. Buktinya, Kwong Wah Ice Kacang masih unggul menyediakan hidangan ini selama 65 tahun lamanya! Dan di Pavilion Bukit Jalil, ia masih menjadi pilihan kebanyakan pengunjung yang gemar hidangan pemanis mulut ini bila-bila masa.

Lokasi: Kwong Wah Ice Kacang: Aras 3, Pink Zone

Jika ingin sesuatu yang moden dan berlainan, boleh singgah ke The Grass untuk menikmati Signature Grass Jelly Iced Dessert ataupun menikmati ais krim di Inside Scoop. Sekurangnya kedinginan aiskrim dengan 70 perisa daripada coklat Valrhona ini dapat mengurangkan suasana panas. Perisa durian dan terbaharu Gong Cha Taro aiskrim dengan white pearl pasti memberi pengalaman baru dalam menikmati aiskrim.

Lokasi:

Inside Scoop: Aras 3, Pink Zone
The Grass: Aras 4, Pink Zone

Selain itu, anda boleh cuba roti di Buns by Mel, The Food Merchant. Pelbagai jenis roti disediakan di sini.

Lokasi: The Food Merchant: Aras 1, Orange Zone

Untuk maklumat lanjut, layari:

Leave a comment