Farmasi yang dimiliki oleh Kumpulan Alpro, syarikat induk rantaian farmasi preskripsi terbesar di Malaysia – Alpro Farmasi, dan Sugi Holdings Co. Ltd, sudahpun mempunyai 1,600 cawangan.

Dengan keluasan kira-kira 3,888 kaki persegi, ia menawarkan pelbagai produk kesihatan, kecantikan, keperluan dapur serta kediaman dan banyak lagi.

Pembukaannya di Malaysia menjadi peristiwa penting bagi kerjasama yang ditandatangani pada 2022, dimana Alpro Farmasi berjanji untuk memperkenalkan perkhidmatan dimensi baharu dalam penjagaan kesihatan yang melangkaui tawaran farmasi konvensional bagi menyokong kesihatan masyarakat setempat dengan lebih baik.
“Pembukaan besar- besaran Alpro スギ Farmasi hari ini adalah hasil daripada usaha keras kami selama lebih setahun dan komitmen kami untuk menyediakan perkhidmatan farmasi berkonsep baharu yang menyampaikan kesihatan, kepercayaan, keselamatan kepada pengguna.
Sementara kami berusaha untuk membuka lebih banyak farmasi penjagaan kesihatan Jepun di dalam negara, pada masa yang sama juga kami merancang untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh Asia Tenggara seperti Brunei, Singapura dan Indonesia”
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alpro, Ph. Low Swee Siong

Cawangan Alpro スギ Farmasi kedua dijadualkan dibuka di Paradigm Mall, Johor Bahru. Kedua-dua farmasi ini akan melakukan pelancaran ‘Siaran Serentak’ produk kesihatan dan kecantikan ‘Made in Japan’ yang terkenal dan produk penjagaan rumah dan juga penjagaan bayi.
Wakil Pengarah dan Presiden Sugi Holdings Co. Ltd, Katsunori Sugiura, berkata,
“Kami teruja melihat kerjasama kami dengan Kumpulan Alpro menjadi kenyataan. Ini hanyalah permulaan perjalanan kami untuk berkongsi penjagaan kesihatan Jepun yang terbaik di Asia Tenggara.”
Mengenai Farmasi Alpro
Bermula dengan permulaan yang sungguh sederhana bersama satu-satunya outlet farmasi di bandar kecil Port Dickson pada tahun 2002, Farmasi Alpro kini adalah rangkaian farmasi komuniti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan penjagaan kesihatan yang komprehensif melalui lebih daripada 250 buah cawangan termasuk Alpro Pharmacy, Alpro Clinic, Alpro Physio dan Alpro Baby, sama ada melalui dalam talian atau luar talian, di seluruh negara. Farmasi Alpro mempunyai lebih daripada 650 profesional kesihatan yang terdiri daripada para doktor, ahli farmasi, pakar pemakanan, dietitian, fisioterapi dan pelbagai profesional kesihatan yang lain.
Berkhidmat kepada lebih dari 2 juta keluarga di Malaysia, Farmasi Alpro adalah sebuah farmasi komuniti pertama dan satu-satunya di negara ini yang menyediakan insurans liabiliti produk yang bernilai sehingga RM1 juta untuk melindungi bekalan ubat-ubatan asli. Dengan lebih daripada 500,000 preskripsi diisi setiap tahun, Farmasi Alpro juga merupakan rangkaian farmasi preskripsi yang terbesar di Malaysia.
Sila layari https://www.alpropharmacy.com untuk maklumat lanjut.

Leave a comment