TEROKA ‘JOY-KECERIAAN MUSIM PERCUTIAN’ DI THE COFFEE BEAN & TEA LEAF®MALAYSIA

“Tahun ini, kami di CB&TL akan menjadikan ‘Joy – Keceriaan Musim Percutian’ sebagai mesej musim percutian kami, kerana ia satu emosi yang mampu kita capai, namun pada masa sama, dianggap sukar difahami. Walau bagaimanapun, kami sedar emosi ini sering dialami secara semula jadi.

Jadi, kami ingin menggalakkan semua untuk menghayati detik-detik berharga yang berlalu dengan pantas ini, dengan minuman unik yang dibuat sendiri dengan penuh teliti, serta pelbagai makanan lazat bagi meneroka ‘Keceriaan Musim Percutian’. Marilah kita sama-sama menjadikan musim ini benar-benar luar biasa, baik secara kreatif, ditemani rakan dan keluarga tersayang, mahupun dengan diri sendiri”

Ketua Pemasaran & Inovasi The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, Fiona Rodrigues

Bagi mencetuskan ‘Keceriaan Musim Percutian’, CB&TL telah membawa kembali gandingan pudina dengan coklat yang digemari ramai iaitu:

  • Double Chocolate Peppermint Ice Blended® (kecil RM17.90/ biasa RM19.90)
  • Double Chocolate Peppermint Latte (panas/ais) (kecilRM 16.90/ biasa RM18.90)
  • Gibraltar Peppermint Latte-panas/ais (biasa RM15 .90)
  • Peppermint Cream Cold Brew Coffee (kecil RM14.50/ biasa RM16.50)
  • Double Chocolate Peppermint Cocoa-panas/ais (kecil RM15.90/ biasa RM17.90

Apa tunggu lagi, alamilah setiap cawan yang membahagiakan!

Bagi anda yang teruja dengan perisa unik dan berani mencuba sesuatu yang baru, CB&TL turut membawakan perisa rempah ratus yang mengujakan untuk menutup tirai tahun ini!

Gandingan coklat dan cili kami pasti akan membawa dimensi rasa baharu, yang menyemarakkan semangat anda untuk musim perayaan ini!

Ia termasuk:

  • Chili Chocolate Ice Blended® (kecil RM17.90/ biasa RM19.90
  • Chili Chocolate Latte-panas/ais (kecil RM16.90/ biasa RM18.90)
  • Cold Brew Black with Chili Cream Cap (kecil RM14.50/ biasa RM16.50)

Kebahagiaan perut yang kenyang memang tiada bandingannya!

CB&TL juga teruja untuk mempersembahkan pelbagai hidangan musim percutian bagi memenuhi selera anda. Idamkan snek yang ringan dan lazat?

Rasailah Cinnamon & Raisin Swirl dan Panettone Frost kami. Di samping itu, Lil’ Joy Cookie, Jolly Breadman, dan Jingle Wonderland pasti akan menceriakan hati kanak-kanak serta anda yang berjiwa muda!

Sudah tentu kami tidak melupakan para penggemar kek sempena musim percutian ini! Jadi, kami telah menyajikan pelbagai kek yang berilhamkan tradisi antarabangsa dan tempatan sepert:

Snow-kissed Chestnut Tart & Minted Frost
Happy Holiday Log
  • Winter Speculoos adalah penghormatan kepada biskut shortbread berempah Belgium
  • Minted Frost menyatukan keunikan pandan dengan kek coklat mint
  • Happy Holiday Log
  • Cozy Carrot Log
  • Snow-kissed Chestnut Tart, menu yang terbaharu!

Sambutan musim percutian tidak sah tanpa hidangan makan malam yang enak-enak belaka! Kami menyajikan Grandma’s Chicken Sandwich, Grandpa’s Pepperoni Pizza, Magic Elf Pie berasaskan tumbuhan, dan Smoked Duck Aglio Olio untuk melonjakkan musim percutian anda ke aras baharu! Sementara itu, Tom & Pep Salad yang segar dan ringan adalah cara terbaik untuk memulakan atau menamatkan hidangan Musim Percutian anda.

Pelbagai promosi yang menarik

Bukan itu sahaja, lebih keseronokan musim percutian sedang menanti anda – kami telah menyediakan setengah juta kopi hitam pada hanya RM2 untuk didapati sepanjang musim ini!

Nantikan promosi menjelang pertengahan November ini, di mana anda boleh membelanjakan sekurang-kurangnya RM10 dalam satu transaksi dan menerima baucar untuk kunjungan seterusnya, yang melayakkan anda untuk:

  • 12oz Today’s Brew
  • 12oz Americano (panas/sejuk)
  • Gibraltar Americano (panas/sejuk),
  • 12oz Cold Brew Black

Semuanya pada hanya RM2** – gandingan sempurna untuk hidangan Musim Percutian kami!

** Tertakluk pada terma & syarat, sementara stok masih ada.

Sip & Explore with The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia Edisi Musim Percutian

Berbekalkan kejayaan Sip & Explore yang memberangsangkan pada Musim Panas lalu, CB&TL sangat teruja untuk mengumumkan kembalinya siri aktiviti berpaksikan komuniti ini bersempena sambutan perayaannya!

CB&TL komited untuk memupuk rasa ingin tahu dan membangkitkan semangat penerokaan dalam komuniti tempatan, di samping meraikan bakat tempatan kita. Jadi, sempena musim percutian ini, CB&TL tidak sabar untuk menyebarkan keceriaan musim perayaan melalui pelbagai pengalaman yang mengujakan, dengan menjemput rakyat Malaysia untuk menzahirkan kreativiti mereka, bersantai dengan persembahan muzik langsung, mengalami keajaiban penceritaan, atau memulakan pengembaraan percutian mereka.

Ikuti laman Instagram The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti Sip & Explore yang bakal berlangsung sepanjang November dan Disember ini – yang akan membuka tirai dengan Sip & Shine pada:

  • hari Sabtu, 18th November, 2:30PM – 4:30PM, di The Coffee Bean & Tea Leaf® @ Tree Square Mall, Pulau Pinang.

Untuk lebih maklumat tentang tawaran, berita dan promosi terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, layari:

Lembaran Fakta The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia – Menu Musim Percutian 2023

Cozy Carrot Log

Cozy Carrot Log kami menyemarakkan semangat musim percutian, mencetuskan memori tidak dapat dilupakan, dan menghangatkan hati anda dengan sentuhan lobak merah, vanila dan keju krim yang sempurna.

Dijual sebiji (RM208.00/1.6kg) atau dalam kepingan (RM15.90/setiap keping).

Happy Holiday Log

Musim percutian tidak sah tanpa menikmati log coklat ikonik kami, yang sarat dengan coklat mousse dan coklat ganache untuk menyerikan semua majlis pertemuan semula sempena musim perayaan ini.

Dijual sebiji (RM159.00/1.6kg) atau dalam kepingan (RM15.90/setiap keping).

Snow-kissed Chestnut Tart

Snow-kissed Chestnut Tart kami adalah satu ‘pencarian harta karun’ yang sarat dengan buah berangan, pecan dan badam yang lazat-lazat belaka – semuanya menunggu untuk diterokai bermula dari lapisan forsting yang ‘bersalji’.

Dijual sebiji (RM149.00/1.2kg) atau dalam kepingan (RM14.90/setiap keping).

Winter Speculoos

Winter Speculoos kami yang berilhamkan biskut shortbread berempah Belgium, merupakan penghormatan kepada tradisi pastri musim percutian. Lapisan biskut, karamel dan keju krim menyerlahkan semangat musim ini dan menjadikannya begitu istimewa.

Dijual sebiji (RM60.00/1.6kg) atau dalam kepingan (RM14.90/setiap keping). Juga tersedia dalam saiz kecil (RM60.00/0.78kg).

Minted Frost

Berita ceria buat pencinta pudina dan coklat! Minted Frost kami diwarnai kismis emas dan kacang macadamia, serta menampilkan sentuhan pandan yang unik!

Dijual pada RM15.90 setiap keping.

Jingle Wonderland

Alamilah keajaiban Jingle Wonderland kami, sebuah ‘perkampungan gingerbread’ indah yang dihasilkan dengan tangan. Nikmati setiap gigitan yang menceriakan!

Dijual pada RM180.00 setiap satu (1.1 kg).

Jolly Breadman

Ideal untuk kanak-kanak dan anda yang berjiwa muda! Jolly Breadman bersedia mengukir senyuman dengan butang gula berwarna-warni, senyuman coklat gelap dan putih, dan rempah ratus gingerbread!

Dijual pada RM8.50 setiap satu.

Lil’ Joy Cookie

Ukir senyuman pada wajah orang tersayang dengan menghadiahkan mereka Lil’ Joy Cookies!

Dijual pada RM7.50 setiap satu.

Panettone Frost

Semarakkan musim perayaan ini dengan roti tradisional Itali. Diisi dengan kismis, kranberi dan kulit oren yang cukup memikat selera.

Dijual pada RM7.50 setiap satu.

Cinnamon & Raisin Swirl

Swirl Cinnamon & Raisin kami pasti akan membangkitkan selera anda! Lebih menarik, kami telah memasukkan kismis-kismis besar ke dalamnya, bagi merancakkan lagi tunas rasa anda!

Dijual pada RM7.50 setiap satu.

Grandma’s Chicken Sandwich

Hidangan klasik ini menampilkan dada ayam salai yang disalut dengan sos selasih lemon buatan sendiri yang unik, salad dan tomato segar, diapit secara sempurna antara kepingan roti kentang.

Dijual pada RM23.00 setiap satu.

Grandpa’s Pepperoni Pizza

Keceriaan musim percutian boleh datang dalam bentuk piza berasaskan tortilla yang rangup dan menambat selera! Kaya dengan pepperoni ayam, buah zaitun dan bawang, manakala lada benggala yang berwarna hijau dan merah terang meningkatkan lagi kemeriahan perayaan!

Dijual pada RM26.00 setiap satu.

Tom & Pep Salad

Tomato segar, campuran mesclun, pepperoni ayam dan keju krim – disiram dengan sos balsamik yang menyegarkan! Ideal sebagai hidangan sampingan atau hidangan utama yang ringan.

Dijual pada RM19.80 setiap satu.

Magic Elf Pie

Inti Magic Elf Pie kami diperbuat daripada daging berasaskan tumbuhan dan sayur-sayuran campuran yang sedap – sesuai sebagai hidangan snek bagi menceriakan perayaan anda!

Dijual pada RM15.00 untuk 2 unit.

Leave a comment