EMOFLON® RAWAT PENYAKIT BUASIR

SERVIER MALAYSIA kini melancarkan emoflon®, salap yang dapat merawat simptom yang berkaitan dengan penyakit buasir dan komplikasinya (seperti ekzema, rekahan pada dubur), bagi memenuhi keperluan pesakit dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

emoflon® bebas kortison dan bebas lidocaine untuk memenuhi keperluan pesakit buasir. Ia juga mudah digunakan dengan mod tiga tindakan, bahan aktif emoflon®, sucralfate, yang bertindak untuk membentuk penghalang mekanikal. Penghalang ini membolehkan emoflon® untuk meliputi dan melindungi epidermis secara berkesan, menyediakan penjagaan kepada kulit yang radang dan gatal, serta membantu menggalakkan penjanaan semula kulit.

Ia juga mengurangkan kekeringan kulit yang membantu proses penyembuhan luka dan merendahkan risiko berlakunya rekahan pada dubur (koyakan kecil pada tisu nipis dan lembap yang melapisi dubur) serta kecederaan akibat membuang air besar. Hasilnya, penyembuhan luka yang baik boleh berlaku dengan penggunaan emoflon®.

Bahan aktif fizikal dalam emoflon® yang dipanggil sucralfate bertindak untuk membentuk
penghalang mekanikal bagi menggalakkan penyembuhan luka

emoflon® disapu di sekitar dubur selepas membuang air besar, atau disapu sedikit ke dalam rektum menggunakan aplikator yang disediakan. Penggunaan yang disyorkan ialah sekali atau dua kali sehari, sehingga empat minggu dan perlu digunakan pada buasir yang tidak berdarah.

Satu kajian di pelbagai pusat di Itali, EMOCARE, telah dijalankan antara 16 Disember 2019 dan 5 Julai 2020. Kajian berkenaan menyediakan data kehidupan sebenar, menilai kesan emoflon® terhadap kualiti hidup dan kekerapan simptom dalam 290 peserta yang mengalami penyakit buasir dalam tempoh 7 hari daripada permulaan kajian dan mereka direkrut dari 36 farmasi komuniti.1

Selepas tempoh 14 hari, 39.4% peserta melaporkan mereka tidak lagi mengalami simptom buasir. Kualiti hidup peserta telah meningkat dengan ketara dan simptom berkurangan dengan ketara daripada garis dasarnya. Namun peningkatan yang paling ketara dalam kalangan peserta ialah pengurangan kesakitan (72.1%), bengkak (68.3%), gatal (53.3%) dan pendarahan (46.7%).1

Sebahagian besar peserta (>92%) mendapati penggunaan emoflon® sangat mudah, mudah atau tidaklah mudah tetapi tidaklah susah. Lebih setengah peserta (53.3%) menggunakan aplikator yang disediakan dan hampir kesemua peserta (94.4%) mendapati konsistensi salap sucralfate ini ‘benar-benar’ atau ‘agak’ sesuai untuk digunakan.1

Kini dengan adanya emoflon®, pesakit mempunyai pilihan rawatan yang berkesan dan mudah digunakan, dihasilkan untuk membantu mereka menikmati kualiti hidup yang lebih baik dengan merawat buasir ini.1

Pesakit perlu membaca Arahan Penggunaan dengan teliti sebelum menggunakannya. Ia tidak boleh digunakan jika pesakit hipersensitif terhadap lanolin atau bahan-bahan lain yang terkandung di dalam produk ini. Ia juga tidak boleh digunakan pada buasir yang berdarah. Pesakit dinasihatkan supaya merujuk dengan Pakar Penjagaan Kesihatan mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Bagaimana ia berlaku

Tisu buasir adalah kelompok tisu vaskular, otot licin dan tisu penghubung yang berada di saluran dubur. Setiap orang mempunyai tisu buasir ini.

Penyakit buasir berlaku apabila ada perubahan patologi, yang menyebabkan kerosakan pada lapisan buasir dan mengakibatkan salur darah vena pada dubur dan bahagian bawah rektum membengkak.

Pakar perunding bedah am dan kolorektal, Dato’ Dr. Meheshinder Singh, Dr. Akhtar Qureshi dan Dr. Paul Selvindoss, yang hadir pada sesi tutorial media pada 17 November lalu, berkongsi ilmu mendalam tentang penyakit buasir serta rawatan yang ada bagi memenuhi keperluan pesakit.

Kadar kelaziman dan kesan penyakit buasir

Penyakit buasir tampil dengan simptom seperti kesakitan, gatal, pijar dan pedih, ketidakselesaan pada dubur, pendarahan dan prolaps (bonjolan yang terjulur).

Buasir yang sakit boleh memberi impak negatif kepada kualiti hidup seseorang pesakit. Ini termasuklah rasa tidak selesa apabila duduk dan berdiri lama, semasa bekerja, berjalan, bersenam dan membuang air besar. Bahkan, ia juga menjejaskan hubungan anda dengan pasangan. Bagaimanapun, dengan rawatan, seseorang itu boleh menikmati kehidupan yang normal.

Jumlah orang yang terkesan dek penyakit ini sebenarnya lebih ramai daripada yang kita sangkakan. Satu tinjauan antarabangsa menunjukkan satu dalam 10 orang mengalami penyakit buasir.2 Oleh itu, sangat penting untuk kita mengetahui punca dan simptomnya supaya ia dapat dicegah atau diuruskan dengan lebih baik.

Memahami penyakit buasir

Penyakit buasir boleh dibahagikan kepada dua jenis. Buasir yang terbentuk di dalam rektum dipanggil buasir dalaman dan biasanya ia tidak menyakitkan tetapi ia cenderung untuk berdarah. Jenis kedua yang terbentuk di bawah kulit di sekitar dubur dipanggil buasir luaran dan ia boleh menyebabkan kesakitan.

Kehadiran darah pada mangkuk tandas selepas anda membuang air besar adalah antara simptom utama penyakit buasir. Malah anda juga boleh melihat darah merah terang pada tisu tandas atau najis selepas buang air besar, berasa gatal dan sakit pada dubur terutama apabila duduk, berasa sakit semasa membuang air besar dan bonjolan yang menyakitkan di sekitar dubur.

Sebarang bentuk ketegangan yang meningkatkan tekanan pada perut anda atau bahagian bawah badan boleh memburukkan keadaan. Buasir boleh terbentuk disebabkan tekanan pelvik akibat pertambahan berat badan, terutama semasa hamil, duduk terlalu lama di tandas atau meneran terlalu kuat untuk menolak najis yang tersekat kerana sembelit.

Penyakit buasir ini boleh dicegah dengan melakukan perubahan gaya hidup. Ini termasuklah menambah lebih serat dan cecair ke dalam diet anda, selain mengurangkan pengambilan makanan pedas dan alkohol. Kerap bersenam dan tingkatkan penjagaan kebersihan dubur. Malah anda dinasihatkan untuk pergi ke tandas sebaik sahaja anda terasa hendak buang air besar. Jangan meneran atau menahan nafas ketika buang air serta elakkan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan sembelit atau cirit-birit. Matlamatnya adalah untuk mengurangkan simptom anda.

Untuk pengetahuan, penyakit buasir boleh dikelaskan kepada empat gred mengikut tahap prolaps buasir (bonjolan buasir yang terjulur).

Antara rawatan yang ada sekarang adalah rawatan oral (ubat), pelega setempat (krim dan salap) atau prosedur perubatan.

Nota

emoflon® rectal ointment is a class B medical device. Registered Under Act 737.
Advertisement Reference No. : MDA/ IKLAN/ 2023/ 252
Medical Device Name & Registration No. : EMOFLON TM RECTAL OINTMENT (GB8897822-96928)
Advertisement Approval No. : MDAMD 0244/2023

Rujukan
Giua C, et al. The effect of sucralfate-containing ointment on quality of life in people with symptoms associated with haemorrhoidal disease and its complications: the results of the EMOCARE survey. Acta Biomed. 2021; 92(1).
Sheikh P, et al. The prevalence, characteristics and treatment of hemorrhoidal disease: results of an international web-based survey. J. Comp. Eff. Res. (2020) 9(17), 1219–1232.

Mengenai Servier
Ditubuhkan untuk menyediakan khidmat kesihatan, Servier merupakan kumpulan farmaseutikal global yang ditadbir oleh sebuah Yayasan dengan aspirasi memberi impak sosial yang bermakna kepada pesakit dan demi dunia yang lestari. Berlandaskan model tadbir urus yang baik, ia mampu menjalankan tugas sambil mendokong visi jangka panjang: komited untuk menghasilkan perkembangan terapeutik bagi memenuhi keperluan pesakit. Dedikasi 21,400 kakitangan Kumpulan yang bersama-sama melaksanakan tugas yang diamanahkan menjadi sumber inspirasi Kumpulan ini setiap hari.

Servier diiktiraf sebagai peneraju global dalam bidang kardiologi. Kumpulan ini juga berhasrat untuk menjadi pengamal bidang onkologi yang terkenal, dengan memberi fokus dan berinovatif dalam menangani kanser yang sukar dirawat. Bagi merealisasikan matlamat ini, Kumpulan memperuntukkan lebih 50% daripada perbelanjaan R&D untuk tujuan onkologi.

Sains neuro dan penyakit keradangan imun adalah pemacu pertumbuhan masa depan. Dalam kedua-dua bidang ini, Servier memberi tumpuan kepada bilangan penyakit yang terhad bagi membolehkan pemprofilan pesakit dibuat dengan lebih tepat agar dapat menawarkan maklum balas terapeutik bersasar menerusi perubatan tepat.

Berpangkalan di Perancis, Servier terus mengukuhkan kehadirannya di lebih 150 negara. Di Malaysia sendiri, Servier sudah beroperasi sejak tahun 1997.

Maklumat lanjut boleh didapati di:

Leave a comment