KEMPEN KOMUNITI PENYAYANG 2023 AYAM BRAND PERKASA 1,000 KANAK-KANAK

Setiap rumah amal yang mengambil bahagian akan turut menerima produk-produk Ayam Brand™ yang kaya dengan protein, kalsium, Omega-3 dan serat termasuk Tuna Mayones Ayam Brand™, Kacang Panggang dalam Sos Tomato Ayam Brand™ dan Soya Kepingan Lepa Ayam Brand™.

Di Klang Valley, seramai 398 kanak-kanak dari Persatuan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Rumah Charis, Yayasan Chow Kit, Trinity Community Children Home Society, Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Persatuan Rumah Kanak-Kanak Ini Di Sayangi (K.I.D.S), Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary, Rumah Kebajikan Dan Anak Yatim dan Saudara Baru An-Najjah dan Pusat Jagaan Rumah Juara mengambil bahagian dalam bengkel ‘Tambah Sihat Bersama Ayam Brand™’ yang diadakan di Menara KPJ Kuala Lumpur.

“Risiko malnutrisi berganda dan miopia dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia memerlukan sokongan daripada semua pihak termasuk organisasi seperti Ayam Brand™. Inilah sebab Ayam Brand mengambil pendekatan untuk membantu. Secara ideal, kanak-kanak perlu mendapatkan makanan berkhasiat sejak mereka lahir. Ayam Brand™ mempunyai sejarah yang panjang dalam menyumbang produk berkhasiat dan sihat kepada komuniti, malah kami akan meneruskan komitmen ini. Sungguhpun demikian, walaupun kami percaya bahawa penyediaan produk kami merupakan satu penyelesaian segera, tetapi untuk jangka panjang, mendidik kanak-kanak untuk membuat pilihan makanan yang lebih sihat merupakan satu keutamaan. Produk ikan kami kaya dengan protein, kalsium, Omega-3, serta vitamin dan mineral yang memberi manfaat kesihatan kepada kanak-kanak termasuk kesihatan mata mereka”.

“Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™, yang kini memasuki tahun ke-16, telah menyumbang lebih 2.1 juta hidangan sihat dan menyediakan makanan berkhasiat kepada lebih 27,293 individu di 610 rumah kebajikan dan NGO.”

Cik Teoh Wei Ling, Pengurus Pemasaran A. Clouet (Malaysia) Sdn. Bhd.

Selain makanan, kanak-kanak dari rumah amal ini turut diberi pemeriksaan kesihatan mata dan pemberian cermin mata perskripsi percuma oleh Focus Point Group. Pasukan daripada Focus Point Group turut berada di lokasi untuk memeriksa kesihatan mata semua kanak-kanak.

Wakil-wakil daripada rumah kebajikan terlibat menyatakan penghargaan mereka atas sokongan berterusan Ayam Brand™ serta impak transformasi terhadap kehidupan kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

“Kami sentiasa tertunggu-tunggu Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™. Bagi kami, produk Ayam Brand™ adalah enak, berkhasiat dan memberikan variasi yang kelainan berbanding hidangan harian kami. Kami amat menghargai sokongan yang diberikan. Selain itu, kami juga menantikan kempen ini kerana ia menyeronokkan, berilmu, penuh maklumat dan menarik minat serta mencetuskan semangat kepada kanak-kanak untuk sentiasa sihat dan menjaga pemakanan mereka. Kami amat mengalu-alukan sumbangan cermin mata preskripsi kerana segelintir kanak-kanak di rumah ini mengalami miopia. Tambahan pula, cermin mata juga agak mahal. Sumbangan ini pasti akan membantu mereka melihat dengan lebih jelas pada masa hadapan”

Jamaluddin Bin Wahab, Pengurus Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras

Ayam Brand™ dengan usaha sama KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) juga telah mengadakan bengkel pemakanan sihat bagi membimbing kanak-kanak ini mengenai pilihan makanan yang lebih berkhasiat berdasarkan konsep 3S (Suku-suku Separuh) Pinggan Sihat Malaysia.

Di bengkel ini, kanak-kanak berpeluang untuk mempelajari cara membuat pilihan makanan yang lebih sihat menerusi sesi menarik dan penuh bermaklumat bersama Pn Nabihah Hannan Razaleigh, Pakar Pemakanan KPJ Tawakkal Kuala Lumpur Specialist Hospital. Beliau telah berkongsi tentang Pinggan Sihat Malaysia serta memperkenalkan kepentingan Omega-3 dalam penjagaan kesihatan mata. Kemudian, setiap kanak-kanak mempraktikkan pengetahuan baharu mereka dengan menyediakan snek sihat yang mengikuti konsep Suku-suku Separuh dibantu oleh pasukan KPJ dan Ayam Brand™.

“Pengambilan makanan berkhasiat adalah penting bagi kesejahteraan menyeluruh kanak-kanak, khasnya pengambilan protein untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Antara sumber protein yang baik adalah ikan berlemak seperti tuna, saba, sardin dan mackerel yang mengandungi sumber Omega-3 yang baik, yang penting untuk perkembangan otak dan kesihatan mata kanak-kanak. Memandangkan tubuh tidak boleh menghasilkan Omega-3, kita perlu mendapatkannya daripada sumber makanan. Setiap individu perlu mempertimbangkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 2 hidangan ikan berlemak setiap minggu”

Pn Nabihah Hannan Razaleigh

Kanak-kanak terbabit juga mengambil bahagian dalam permainan padanan memori dan baling bola yang membenarkan mereka melatih daya pengingatan serta koordinasi tangan-mata sebagai satu cara untuk memperkukuhkan lagi apa yang dipelajari pada bengkel tersebut. Setiap ahli dalam pasukan yang memenangi permainan tersebut menerima pingat, manakala peserta lain menerima hadiah saguhati.

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand™ mempunyai 7.1 kali lebih tinggi kandungan Omega-3 berbanding sajian yang menggunakan ikan sardin yang ditangkap segar. Selain itu, Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand™ mengandungi 7.6 kali lebih tinggi Omega-3 berbanding sajian sama masakan ikan mackerel yang ditangkap segar.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai:

Leave a comment