BERJAYA FOOD PERKENAL STAR KOMBUCHA

“Kami amat gembira untuk memperkenalkan STAR KOMBUCHA di Malaysia, seterusnya membolehkan rakyat negara ini merasai pengalaman menikmati kombucha premium. Rakyat Malaysia semakin memberi perhatian kepada gaya hidup yang lebih sihat dan kesejahteraan yang holistik. Dengan rasa unik, kepatuhan pada standard kualiti tertinggi dan komitmen terhadap kesejahteraan, STAR KOMBUCHA dijangka menjadi minuman kegemaran ramai ”

Nicholas Nyeow, Pengurus Besar Berjaya Food Trading Sdn Bhd

Rangkaian STAR KOMBUCHA menawarkan rasa menyeronokkan yang diadun dengan teliti agar bersesuaian dengan citarasa rakyat Malaysia. Pilihlah rasa Beri Biru (Blueberry), Mangga (Mango), Markisah (Passion fruit) dan Laici (Lychee), setiap satu menawarkan rasa unik dan menyegarkan.

Dengan kawalan kualiti yang ketat, STAR KOMBUCHA dibru di fasiliti berteknologi tinggi menggunakan teh hitam dan hijau organik, tebu mentah, buah-buahan segar, dan SCOBY (kultur simbiotik bakteria dan yis) yang disahkan oleh FDA. Diseduh dengan penuh teliti selama 30 hari dalam jumlah kecil dengan bahan-bahan semulajadi terbaik yang terdapat di seluruh dunia, STAR KOMBUCHA menawarkan kombucha yang ringan berkarbonasi, sesuai untuk pengguna dari pelbagai segmen. Selain itu, STAR KOMBUCHA diiktiraf halal oleh JAKIM, memenuhi citarasa pelbagai pengguna.

Profil rasa yang konsisten serta gabungan sempurna dengan jus buah sebenar telah membolehkan STAR KOMBUCHA menerima pengiktirafan Aurora International Taste Challenge pada tahun 2023. STAR KOMBUCHA mengandungi gula semulajadi daripada buah-buahan segar, menghasilkan kombucha yang kurang manis dengan hanya 8g gula bagi setiap hidangan. STAR KOMBUCHA bukan sahaja minuman semulajadi yang menyegarkan. Ia mempunyai kandungan probiotk dan antioksidan. Bahan-bahan ini ideal dalam menggalakkan kesihatan sistem penghadaman, memperkukuhkan sistem imun dan membantu pengurusan berat badan. Hanya dapatkan minuman ini untuk menikmati pelbagai manfaat kesihatan yang ditawarkan!

Dengan harga yang ditawarkan daripada RM8.90 sehingga RM9.90 setiap tin, STAR KOMBUCHA memastikan terdapat pilihan sempurna untuk setiap selera. Menambah tarikannya, STAR KOMBUCHA didatangkan dalam tin aluminium yang 90% boleh dikitar semula, menjadikan ia pilihan yang lebih mesra alam untuk semua. Pembungkusan yang mudah ini memastikan anda boleh menikmati manfaat STAR KOMBUCHA pada setiap masa.

Anda boleh mendapatkan STAR KOMBUCHA di pasar raya terkemuka dan kedai-kedai serbaneka utama seperti AEON, AEON BiG, AEON MaxValu, B.I.G, Emart24, ISETAN, Kenny Rogers ROASTERS, Pandamart, Paris Baguette, 7-Eleven, Starbucks, Village Grocer dan sebagainya. Sama ada anda di rumah, tempat kerja mahupun di luar, STAR KOMBUCHA amat mudah dinikmati.

Untuk merasai pengalaman terbaik STAR KOMBUCHA, pastikan ia sejuk sebelum diminum. Kongsikan kepuasan dan kesegarannya bersama keluarga dan rakan-rakan anda. STAR KOMBUCHA bukan hanya satu minuman; ia adalah satu pilihan kesejahteraan yang membawakan kegembiraan dan kesihatan dalam setiap hirupan.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi platform media sosial rasmi STAR KOMBUCHA di:

Leave a comment