
Majlis pelancaran Good Virtues Co. x Rico Rinaldi telah diadakan bagi meraikan gabungan kolaborasi jenama kecantikan dan jenama fesyen terkenal di Jio Space.

“Sebagai peneraju jenama penjagaan diri halal di Malaysia, Good Virtues Co. menggunakan brand tagline ‘Celebrate Your Noor’ dalam kolaborasi bersama Rico Rinaldi ini. Tagline ‘Celebrate Your Noor’ dari Good Virtues Co. bermaksud meraikan kecantikan dalaman dan luaran dalam kalangan wanita muslim. Kecantikan yang sebenar bukan sekadar penampilan luaran tetapi turut merangkumi kualiti diri individu seperti keikhlasan hati dan keyakinan diri. Good Virtues Co. memahami bahawa kecantikan dan fesyen tidak boleh dipisahkan dan merupakan kolaborasi sinergi bersama Rico Rinaldi menyokong keperluan wanita.
Kami juga berbesar hati dapat bekerjasama dengan Watsons iaitu rakan kongsi jualan kami sejak dahulu lagi bagi menyebarkan mesej positif ini kepada khalayak yang lebih meluas. Kami ingin meraikan kepelbagaian Wanita Muslim dari pelbagai lapisan masyarakat dan menyedarkan nilai “Kecantikan dari Dalam” yang terungkap melalui kolaborasi tiga jenama terkemuka,”
Lum Chong Heng, Pengarah Komersial City Chemo Manufacturing Sdn Bhd.
Dalam majlis itu juga, satu peragaan fesyen telah diadakan bagi menampilkan koleksi modest wear atau pakaian bergaya sopan yang menyerlahkan gabungan kecantikan dalaman dan luaran.

Good Virtues Co. x Rico Rinaldi berkonsepkan fashion modest wear diperagakan melalui sentuhan motif moden dan warna earth tone. Koleksi ini diinspirasikan daripada produk packaging, Good Virtues Co., iaitu motif floral yang disokong oleh Watsons Malaysia sebagai rakan kongsi jualannya sejak dahulu lagi yang turut memainkan peranan penting dalam memastikan usaha kolaborasi tiga jenama terkemuka ini mampu mencapai khalayak yang lebih meluas.

Kolaborasi ini meraikan konsep ‘You’re beautiful inside and out’ yang merangkul wanita dari pelbagai latar belakang dan pengalaman. Ia menggalakkan setiap wanita untuk berasa yakin dan menekankan kecantikan dalaman serta luaran tanpa mengira saiz badan, mahupun warna kulit kerana setiap wanita mempunyai kecantikan mereka yang tersendiri. Jadi, koleksi ini menawarkan pelbagai gaya dan sesuai dikenakan dalam majlis berbeza mengikut pilihan peribadi masing-masing. Tidak kira sama ada pemakai menggayakannya ketika keluar bersama rakan-rakan, menghadiri acara rasmi mahu pun ketika bersantai, pasti koleksi modest wear ini sesuai digayakan di mana sahaja.

“Kerjasama dengan Good Virtues Co. merupakan satu peristiwa penting kerana ini adalah jenama penjagaan diri pertama yang bekerjasama dengan Rico Rinaldi. Kolaborasi ini adalah sebuah perjalanan kreatif menggabungkan kepakaran modest fashion khusus buat wanita Muslimah yang juga merupakan pelanggan utama Good Virtues Co. Kami menekankan mesej ‘Beauty from Inside Out’ dengan reka bentuk yang diilhamkan daripada packaging dari jenama Good Virtues Co. sekaligus memberikan sentuhan motif musim panas. Kami berhasrat dapat bersama-sama menjadi inspirasi buat industri fesyen bagi meraikan idea bahawa kecantikan sebenar hadir dari dalam,”
Rico Rinaldi, Pereka Fesyen
Good Virtues Co. boleh didapati secara eksklusif di lebih 700 cawangan Watsons seluruh Malaysia sejak tahun 2015 malah menjadi antara pilihan produk penjagaan diri, kecantikan dan dandanan yang popular di kalangan generasi muda wanita muslim.

Watsons Malaysia adalah jenama O+O No.1 di Malaysia yang membekalkan produk kesihatan dan kecantikan yang kini memiliki lebih daripada 700 cawangan di seluruh Malaysia. Watsons Malaysia juga merupakan rakan kongsi jualan dalam kolaborasi bersama Good Virtues Co.

“Watsons Malaysia berbesar hati dapat menjadi rakan kongsi jualan Good Virtues Co. dan terlibat dalam kolaborasi menarik ini bersama pereka terkenal, Rico Rinaldi. Komitmen Good Virtues Co. dalam mempromosikan kecantikan dalaman dan luaran adalah sejajar dengan misi kami iaitu “Do Good, Look Good & Feel Great!”. Kami gembira dapat menjadi sebahagian daripadanya dan mengharapkan impak positif buat industri serta para pelanggan yang kami hargai”
Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Pengarah Eksklusif Serantau Watsons International.
Koleksi Rico Rinaldi akan berada di halamannya sehingga Januari 2024.
Untuk maklumat lanjut tentang Good Virtues Co., kunjungi:
- Instagram @goodvirtuesco
- Facebook GoodVirtuesCo.MY

Leave a comment