“Tujuan kami memperkenalkan Fariz pada waktu kini adalah kerana beliau akan ditampilkan sebagai pemegang watak utama dalam satu siri drama pendek TikTok yang mempunyai 30 episod yang kami hasilkan sendiri. Episod TikTok berdurasi 4 minit akan difilemkan oleh videografer berpengalaman iaitu Mohd Basri Mohd Ibrahim, dan saya percaya Fariz akan memimpin yang sesuai dalam produksi unik ini” jelas Joe.

Fariz yang berusia 26 tahun telah menjadi model dengan syarikat Mahardika selama hampir dua tahun. Beliau mempunyai pendidikan Diploma Pengurusan Sukan dari kolej KPTM,Bangi dan merupakan atlet badminton yang pernah mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.
Sidang media ini turut dihadiri oleh penaja utama dan rakan projek Ismadi Ismail, Miss Asia Malaysia 2023, Ella anak Apit dan Miss Ikon Malaysia 2023, Nur Damia Norzaimee.

Dalam sidang media itu juga, Joe yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Mahardika Butik, Pengurus Besar re Kitchen Malaysia, pengasas Fashion In Frame , pengasas Supermodel Cilik Malaysia,pengarah nasional WIP Ibizza Romania, pengarah nasional Miss & Mrs Glam World Malaysia dan pengarah nasional Miss Asia Malaysia turut melancarkan rangkaian Sambal bilis Pedas yang mana Fariz telah dilantik sebagai duta produk untuk Sambal Bilis Pedas. Imej Fariz boleh didapati pada pek pembungkusan Sambal Kurang Pedas yang merupakan pilihan beliau.
Rangkaian produk Sambal Bilis ini datang dalam lima rasa yang berbeza iaitu Pedas, Blackpepper, Tom Yam, Cili Padi dan Kurang Pedas.
Turut dilantik sebagai duta produk adalah Nur Damia yang imejnya boleh didapati pada pembungkusan Sambal Cili Padi. Baru berusia 14 tahun, Nur Damia yang berasal dari Seremban juga adalah model remaja, pelakon dan penari.
Manakala model, atlet dan pelakon Vivi Havira menjadi ikon pada Sambal Pedas, model dan penghibur Cik My ikon kepada Sambal Tom Yam dan Lucky Joe sendiri menjadi imej di pek pembungkusan Sambal Blackpepper. Semua produk ini disahkan halal dan bebas gula, dan boleh dimakan terus.

Selain sambal, Mahardika juga telah memperkenalkan rangkaian gel mandi Premium Mahardika yang mengandungi Pro Vitamin B5. Setiap rangakain mandian ini mengandungi ekstrak terbaik atau minyak pati seperti dari alpukat, aloevera, madu, bidara dan minyak argan. Ia membersihkan, menyegarkan, melembapkan dan meremajakan kulit dengan faedah semulajadi oleh ekstrak dan minyak halus ini.Bau yang menyegarkan setiap cucian dari kepala ke kaki juga diilhamkan oleh jenama minyak wangi yang popular dan terdapat dalam tiub 150 ml. Ia sesuai untuk semua peringkat umur, jantina dan jenis kulit.
“Sambal Bilis ranggup akan dijual pada harga RM 15.00 manakala Luxury Bath akan dijual pada harga RM 16.00. Produk yang dihasilkan dalam jumlah terhad pada mulanya akan dijual melalui media sosial terutamanya TikTok, dan akan dihasilkan dalam jumlah yang lebih besar dan tersedia melalui saluran runcit lain sekiranya mendapat sambutan pasaran yang baik,” jelas Joe.

Leave a comment