“SAJIAN WARISAN NUSANTARA” KONSEP RAMADAN BUFET DI THE PEARL KL

Bermula dari 14 Mac hingga 7 April 2024, The Pearl Hotel menawarkan peluang keemasan bagi mereka yang membuat pembelian awal Bufet Ramadan “Sajian Warisan Nusantara” dengan harga istimewa.

Malah menawarkan Bufet Ramadan percuma kepada seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dengan setiap pembelian baucar untuk seorang dewasa pada harga biasa.

HARGA ISTIMEWA dari 14 Mac – 24 Mac 2024

  • Dewasa : RM108+
  • Kanak-kanak : RM68+
  • Warga Emas atau OKU : RM88+

HARGA BIASA dari 25 Mac – 7 April 2024

  • PEMBELIAN 1 Dewasa dan PERCUMA 1 KANAK-KANAK 12 TAHUN ke bawah
  • Dewasa : RM128+
  • Kanak-kanak : RM78+
  • Warga Emas atau OKU : RM98+

Uniknya tahun ini, Ramadan Bufet di The Pearl KL turut menyajikan pelbagai Gerai Ramadan yang pastinya memberikan anda suasana seolah-olah berada di Bazar Ramadan.

Antara gerai yang disediakan ialah Gerai BBQ, Gerai Satay Kajang, Gerai Kawah, Gerai Sup Berapi, Gerai Aneka Goreng, Gerai Sup Penang, Gerai Lemang Tok Wan, Gerai Bakar, Gerai Murtabak, Roti John & Roti Canai serta Gerai Jagung Kukus Sekinchan.

Selain Gerai Ramadan, Cef di sini turut tampil dengan sambal istimewa iaitu Sambal Hijau, Sambal Belacan dan Sambal Tumis yang dijual dengan harga RM15 sebotol.

Antara menu istimewa lain yang dijual ialah Daging Tok Rendang (RM28), Ayam Masak Merah (RM18) dan Kupang Masak Hijau (RM28).

Pasukan Cef berbakat akan menghasilkan lebih dari 100 pilihan masakan tempatan yang istimewa dan pastinya memikat selera.

Di samping hidangan Resipi Klasik Melayu, cef-cef akan turut menyajikan Resipi Sajian Eropah, Resipi Sajian Klasik India, Resipi Sajian Arab & Mediterranean serta Resipi Sajian Klasik Cina.

Sudah pastinya kemuncak bufet adalah Kambing Panggang yang lembut dan diperap dengan baik.

Terdapat juga juadah asli seperti Daging Rendang Tok, Nasi Briyani Ayam, Nasi Briyani Kambing, Sup Tulang Rawan, Shawarma Ayam, Bubur Lambuk Ayam, Bubur Lambuk Daging dan tidak lupa pencuci mulut yang menarik seperti Gerai Apam Balik Special, Waffle, Gerai ABC dan Cendol berpulut, Aneka Biskut Nostalgia serta Gerai pencuci mulut dan buah-buahan juga disediakan.

Di The Pearl Kuala Lumpur, kebanyakan hidangan yang disediakan diinspirasikan daripada resipi klasik turun- temurun dari zaman berzaman. Setiap hidangan disajikan dengan penuh kasih sayang dan yang pastinya ingin memberikan pengunjung merasai nostalgia Sajian Warisan dengan resipi istimewa daripada Cef.

Di samping keenakan juadah Ramadan yang menambat selera anda, The Pearl KL juga akan memberikan pelbagai baucar beli-belah yang terdiri daripada pelbagai jenis jenama dan perkhidmatan yang terdapat di Pearl Shopping Gallery dan Pearl Point Shopping Mall seperti Jaya Grocer, Watsons, Nando’s, Old Town, Home’s Harmony, Tealive, Gong cha, HWC Coffee, Breadstory, BeauMedic, Eye Cube, Signature Optical, Anytime Aroma, La Gourmet, Hope Salon, Sen Space dan Fat Cat Cafe. Kesemua baucar ini akan diberikan secara rambang kepada pelanggan sepanjang bulan Ramadan.

Namun, acara kemuncak pastinya adalah sesi cabutan.

Bagi setiap pembelian baucar Ramadan, anda layak untuk tersenarai bagi acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik dengan hadiah utama iaitu RM5000 tunai!

  • Hadiah Utama : RM5000 tunai
  • Hadiah Kedua : RM3000 tunai
  • Hadiah Ketiga : RM1000 tunai
  • 3 Hadiah penginapan percuma bagi 2 hari 1 malam di bilik Premier
  • 5 Hadiah penginapan percuma bagi 2 hari 1 malam di bilik Deluxe

Pengumuman cabutan bertuah akan dilakukan pada 8 April 2024!

Status Halal merupakan keutamaan khususnya bagi masyarakat Muslim untuk menjamu selera di mana-mana Restoran, Dapur Restoran telah pun disahkan Halal mengikut konsep Shariah Islam oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Surau juga disediakan di tingkat 8 dan di sepanjang bulan Ramadan nanti, pihak hotel telah menjemput imam bagi mengetuai Solat Tarawih.

Terletak di Aras 5, tetamu boleh memilih untuk menjamu selera di dalam atau di luar sambil menikmati hidangan lazat di Melo Café & Deli yang mempunyai kapasiti tempat duduk sehingga 200 orang manakala Ballroom pula dapat memuatkan sehingga 1,000 orang pada satu-satu masa dan pastinya ia merupakan lokasi berbuka puasa yang tepat untuk menghargai detik-detik bersama keluarga, rakan dan insan yang tersayang.

Jangan lupa untuk nikmati masakan Ramadan yang terbaik hanya di The Pearl Kuala Lumpur!

Untuk Tempahan :

Leave a comment