NIKMATI SAJIAN ‘ANUGERAH WARISAN’ RAMADAN DI INTERCONTINENTAL KL

Menjelang Bulan Ramadan, InterContinental Kuala Lumpur memperkenalkan pengalaman makan bufet, pakej ‘Dinner, Bed & Breakfast’ dan juga pakej acara sosial yang kaya dengan unsur-unsur klasik warisan tempatan.

Kepakaran Cef bersama sajian pilihan

Chef de Cuisine, Cef Hafizi membawakan citarasa asli Melaka Bandaraya Bersejarah ke meja bersama Asam Pedas Kepala Ikan Merah , Ikan Bakar arang ala Parameswara Melaka dan Nyonya Curry Laksa yang diilhamkan daripada resipi asal ibu beliau.

Untuk hidangan ekstravaganza yang lazat, Cef Sous Chef Nadzirah pula mempersembahkan Kaki Lembu 18KG direneh dengan sos BBQ yang diasinkan dalam campuran kaya 10 herba & rempah-rempah kemudian dipanggang perlahan selama 8 jam, serta Siput Sedut Masak Lemak dan Daging Dendeng Berlado, diilhamkan oleh mentornya, Cef Wan.

Siput Sedut Masak Lemak

Tetamu boleh merasai Lemang Pulut beserta Ketupat Palas dengan Rendang Tok, Rendang Ayam Minang dan Rendang Itik Cili Padi, yang diilhamkan oleh nenek Chef de Partie, Cef Syukur yang berasal dari Klang.

Gulai Pucuk Ubi Ikan Bilis

Cef Balqis pula mempersembahkan Sup Kawah Meletup Kambing Gearbox & Tulang Rawan dan Gulai Pucuk Ubi Ikan Bilis, diinspirasikan daripada masakan ibunya semasa membesar di Sarawak Bumi Kenyalang.

Berasal dari negeri Kelantan Darul Naim, Cef Fatihah memperkenalkan pilihan Kerabu yang berperisa, termasuk Kerabu Sotong Kering, Kerabu Daging Bakar, Kerabu Kaki Ayam Cili Api dan Kerabu Mangga Muda klasik, semuanya hasil resipi Tok Wan di kampung yang terdiri daripada gabungan sayur-sayuran tempatan dengan cili giling.

Buffet Iftar Anugerah Warisan

Bufet buka puasa di Serena Brasserie menampilkan pelbagai hidangan tempatan yang popular serta juadah dari Timur Tengah yang unik dengan pengaruh Mesir, Morocco dan Lebanon.

Ia bermula dengan pelbagai hidangan pembuka selera serta sup, bersama lapan jenis sambal termasuk Sambal Tempoyak, enam jenis Jeruk, Bubur Lambuk klasik yang terkenal dari Kampung Baru dan pelbagai lagi.

Selain itu, masakan kegemaran Arab termasuk Salad Fattoush, Salad Tabbouleh, Hummus, dan Baba Ghanoush juga disediakan di dalam hidangan bufet. Tidak ketinggalan, pilihan-pilihan sup termasuk Sup Harira Morocco yang lazat.

Pembakar Tandoor InterContinental Kuala Lumpur turut menawarkan Shish Tawook, Kebab Kambing, Moussaka Terung, Shakshuka Daging Lembu, Aloo Masala, Kofta, Kambing Ouzi Arab, Kambing Kabsa Arab & Madghout Kambing, sementara Pembakar Shawarma Autentik InterContinental menampilkan Shawarma Ayam & Daging Lembu Lebanon yang menggiurkan.

Serena Brasserie membawa tetamu melayari ke Selat Melaka dan Laut Borneo dengan pilihan hidangan laut yang menggoda selera, termasuk udang harimau rebus, kerang hitam, kerang scallop merah jambu, ketam dan ‘slipper lobster’.

Telusuri perjalanan nostaljik dengan hidangan Malaysia yang penuh kenangan seperti Gulai Masak Lemak Labu, Gulai Daging Salai, Satay Daging & Ayam, Otak-otak, Asam Pedas Ikan Pari, Ketam Masak Kham Heong, dan juga hidangan Ramadan seperti Lemang Pulut dan Ketupat Palas – yang disajikan dengan Serunding daging atau ayam.

Nikmati selera manis di kaunter pencuci mulut dengan Onde-onde Panna Cotta serta 15 jenis kuih Melayu yang beraneka, antara lain Apam Balik, Aiskrim Potong, Ais Kacang & Cendol, puding kurma.

Terdapat juga stesen yang menghidangkan Coconut Milkshake secara langsung, serta manisan Timur Tengah yang berupa empat jenis Baklava & Sweet Kunafa yang tentunya akan membuat anda rambang mata.

‘Anugerah Warisan’

  • RM278nett untuk dewasa
  • RM168nett untuk kanak-kanak *Kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah diberi makan secara percuma
  • Harga eksklusif early bird menanti anda apabila anda tempah sebelum 11hb Mac 2024
  • Tarikh mula : 13hb hingga 18hb Mac & 2hb hingga 9hb April 2024
  • Tawaran Early Bird: RM195nett untuk dewasa dan RM117nett untuk kanak-kanak
  • Tarikh mula: 19hb Mac hingga 1hb April
  • Tawaran Early Bird: RM208nett untuk dewasa dan RM125nett untuk kanak-kanak
  • Sepanjang tempoh Ramadan, anda juga boleh menikmati diskaun sebanyak 30% untuk kumpulan 50 orang ke atas.

Tao Chinese Cuisine: Buffet Yum Cha Dim Sum
Nikmatilah jamuan dim sum yang bercita rasa oriental di Tao Chinese Cuisine – pemenang Restoran Cina Mesra Muslim Terbaik oleh Anugerah Industri Pelancongan Malaysia 2022 – InterContinental Kuala Lumpur menjemput semua tetamu untuk menikmati pelbagai jenis dim sum yang dikukus dan digoreng, dengan hidangan istimewa seperti Itik Panggang gaya Hong Kong, Kulit Ikan Ranggup dengan Telur Masin, Ketam Kulit Lembut dan pelbagai lagi.

Tao Yum Cha Weekdays

  • RM128+ untuk dewasa
  • RM64+ untuk kanak-kanak

Tao Yum Cha Weekends

  • RM158+ untuk dewasa
  • RM79+ untuk kanak-kanak *Kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah makan secara percuma

Tatsu Japanese Cuisine: Buffet Makan Malam Anugerah Warisan

Bermula 18hb hingga 29hb Mac, pelbagai jenis hidangan kegemaran Malaysia akan ditawarkan di Tatsu Japanese Cuisine, InterContinental Kuala Lumpur. Terdapat pula pelbagai hidangan yang menggoda selera anda serta banyak pilihan pelbagai makanan tempatan. Pengalaman makan ini berharga RM238nett untuk dewasa dan RM142nett untuk kanak-kanak, di mana kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah diberi makan secara percuma.

  • Harga eksklusif early bird menanti anda apabila anda tempah sebelum 11hb Mac 2024
  • Tempoh Makan: 18hb – 29hb Mac 2024
  • Tawaran Early Bird: RM178nett untuk dewasa dan RM106nett untuk kanak-kanak
  • Nikmatilah diskaun sebanyak 30% untuk kumpulan 50 orang ke atas.

IHG One Rewards Points Ramadan Giveaway

Sepanjang bulan Ramadan antara 13hb Mac hingga 9hb April 2024, para tetamu berpeluang untuk memenangi 5,000 IHG One Rewards points, dengan sekurang-kurangnya 6 dewasa yang membayar dalam satu resit untuk mana-mana pengalaman makan malam Anugerah Warisan.

Hadiah Raya
Dibuat dengan tangan mahir para juru masak patisserie InterContinental Kuala Lumpur, nikmatilah versi moden Kuih Raya untuk diberikan sebagai hadiah atau dinikmati di keselesaan rumah anda.

⦁ Almond London RM 29nett
⦁ Macadamia Cookies RM 29nett
⦁ Chocolate Sable Cookies RM 29nett
⦁ Peanut Cookies RM 29nett

Hamper Warisan
Untuk hadiah sempena perayaan, Hamper Warisan disertakan dengan pelbagai jenis 4 bekas Kuih Raya, dodol kegemaran semua rakyat Malaysia, sebotol jus berbuih, kuih lapis, sambal oelek berjenama, dan kurma Tunisia. Hamper ini berharga RM188+ setiap unit.

  • Untuk membeli sebarang tawaran makanan dan minuman sempena bulan Ramadan ini, sila layari intercontinentalklshop.com
  • Untuk sebarang pertanyaan berkaitan dengan tempahan makanan, sila hubungi pasukan F&B InterContinental Kuala Lumpur di fnb.admin@ickualalumpur.com.my atau 016 202 4623.

Pakej Penginapan Makan Malam, Tidur & Sarapan Ramadan

Pada bulan Ramadan ini, dengan hanya RM950++ untuk setiap bilik setiap malam, mulakan percutian anda di bandar dan rehatkan diri dalam keanggunan klasik InterContinental Kuala Lumpur dengan pakej penginapan yang lengkap, termasuk sarapan/sahur dan buffet iftar Anugerah Warisan.

Untuk membuat tempahan penginapan, sila layari: intercontinentalkl.com/Ramadan2024Stays

Perhimpunan Buka Puasa Ramadan dan banyak lagi!
InterContinental Kuala Lumpur juga menawarkan pelbagai pakej acara Ramadan di ruang acara tanpa tiang yang serbaguna serta menawan. Acara majlis Buka Puasa bermula dari:

RM218.80nett seorang

Manakala pakej acara majlis Hari Raya Open House bermula dari RM238.80nett seorang, dengan ganjaran istimewa seperti bilik percuma, baucar, dan 2X mata ganjaran IHG Business Rewards dengan perbelanjaan minimum setiap acara.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan dengan acara perhimpunan, sila hubungi: salesmarketing@ickualalumpur.com.my

Hubungi InterContinental KL melalui:

Leave a comment