CAMEL ACTIVE BUKA KEDAI PERDANA PERTAMA DI LALAPORT BBCC

Kedai yang berorientasikan konsep terkini dan moden itu dibuka seiring dengan kemunculan koleksi baru C by camel active yang menyasarkan golongan muda bandar, lelaki dan wanita.

Perkembangan mengujakan ini menjadi penanda aras kepada camel active dalam menampilkan produk tersendiri yang lasak, tahan lama dan serba boleh dengan kualiti premium kepada pelanggan setianya di seluruh Malaysia.

Kedai perdana camel active yang menawarkan koleksi bary C by camel active itu terletak di lokasi strategik yang menjanjikan destinasi wajib singgah di kalangan warga bandar yang menghargai jenama antarabangsa yang dikenali kerana rekaan khusus untuk pengembaraan harian.

Muncul sebagai yang pertama di Asia Tenggara, kedai tersebut memiliki ruang niaga yang luas iaitu 2,400 kaki persegi. Kedai ini menawarkan koleksi baru C by camel active, sekali gus melonjakkan persekitaran kontemporari yang ada hubung kait dengan alam semula jadi. Segalanya disusun dengan teliti bagi mempamerkan koleksi pakaian, kasut, beg dan aksesori terkini daripada camel active.

Pengarah Urusan CLT Asia Sdn. Bhd., Encik Jason Tan yang mewakili jenama camel active di Asia Tenggara berkata:

“Kami berasa gembira mengumumkan pembukaan kedai camel active di LaLaport BBCC Kuala Lumpur. Ia adalah sebuah pusat beli-belah yang sentiasa bersemangat menampilkan gaya hidup dinamik, selain kerap mengadakan aktiviti dalam dan luar yang diselaraskan dengan sempurna bersama semangat camel active apatah lagi camel active memiliki kekayaan warisan yang diadun bersama urbanisasi dan aktiviti luar. Selain itu, kedai baharu ini merupakan wasiat kami terhadap komitmen dalam menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik kepada pelanggan menerusi pelbagai rangkaian produk yang mempamerkan keunikan jenama ini”.

Dalam pada itu, pelanggan boleh menikmati pengalaman mengasyikkan yang menampilkan persediaan glamping, eksklusif di bengkel kedai dan peluang meneroka koleksi camel active dan C by camel active dari dekat.

Kedai ini turut mempamerkan komitmen jenama untuk melestarikan kehidupan bersama kualiti kerja tangan, hasil dedikasi camel active dan koleksi C by camel active dalam melahirkan produk tahan ujian sepanjang masa.

Matlamat koleksi C by camel active adalah untuk menggalakkan kehidupan lestari dengan mempromosi usaha pemuliharaan alam semula jadi.

Menerusi usaha yang eksklusif, edisi ‘Save the Forest, Adopt a Tree’ daripada koleksi C by camel active diharap dapat menyokong kerja-kerja pemuliharaan Taman Tugu. Sebanyak 10 peratus daripada hasil jualan edisi terhad itu akan didedikasikan kepada inisiatif yang diterajui Amanah Warisan Negara (AWAN).

Alamat kedai dan maklumat lanjut:

  • G 24 & 25, Lalaport Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur
  • Layari camelactive.my
  • ikut kami di media sosial di:
  • Facebook: camel active Malaysia
  • Instagram: cbycamelactive

KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2024
Diinspirasikan daripada Alam Semula jadi, Dicipta untuk Pengembaraan.

Koleksi Musim Bunga/Panas 2024 menonjolkan inspirasi daripada pelbagai landskap dan getaran rona yang ditemukan dalam alam semula jadi. Setiap helaian pakaian mencerminkan kehebatan jenama dan komitmen dalam menyediakan koleksi yang mudah alih, daripada landskap urban kepada aktiviti luar. Menghayati semangat penerokaan, camel active memperkenalkan rangkaian yang dihasilkan dengan teliti dan mampu ‘berbicara’ dengan pengembara moden.

Terokai koleksi Musim Bunga/Panas 2024 daripada camel acrive. Koleksi ini mempamerkan pilihan pakaian kerja kasual yang didorong helaian demi helaian dengan elemen terpenting rekaan bagi melancarkan peralihan gaya, dari siang ke malam. Tona warna yang ‘senyap’ dengan warna memikat, kedua-duanya adalah untuk melayan kehendak penggemar elemen klasik dan pemilik personaliti berani, selain mencerminkan kepelbagaian gaya individu. Koleksi ini bersepadu dengan alam semula jadi dan berakhir dengan pelbagai pengalaman kehidupan harian. Permintaan tinggi terhadap pakaian aktiviti luar dengan mudah menterjemahkan lonjakan gaya harian, menjadikan inspirasi alam semula jadi dan simbolik pakaian kepada asas kualiti dan gaya. Ketika meningkatnya pencarian orang ramai terhadap pelbagai fungsi pakaian, koleksi camel active Musim Bunga/Panas 2024 ini muncul sebagai satu ‘wasiat’ kepada praktikaliti serta pilihan gaya pakaian untuk ciri gaya hidup dinamik dan kontemporari.

C by camel active

Memperkenalkan koleksi Musim Bunga/Panas 2024 daripada C by camel active, satu lambang yang fokus kepada fesyen moden dan pakaian jalanan yang diinspirasikan daripada ilham jahitan dan rekaan terunggul.
Koleksi ini mempamerkan kepelbagaian rangkaian modular dengan struktur warna cerah seiring dengan seluar kargo ringan dengan potongan moden.
Dengan ciri urban, helaian baju yang ditawarkan nampak lebih bergaya berinspirasi daripada gaya hidup dinamik dalam kalangan anak muda bandar. Selain itu, setiap perincian diselaraskan dan diutamakan bagi memenuhi kehendak anak muda yang aktif dalam mengharungi era fesyen masa hadapan.
Intipati koleksi C by camel active menekankan kepada putaran gaya hidup yang dikelilingi persahabatan, mencipta detik-detik yang tidak dapat dilupakan serta usaha berterusan untuk keseronokan terbaru, dan dalam masa sama mengekalkan gaya estetik.
Getaran jenama ini bergema bersama stail anak muda hari ini yang aktif, sekali gus mewujudkan semangat penerokaan dan pemerkasaan.

Ketersediaan:
Koleksi Musim Bunga/Panas 2024 daripada camel active dan C by camel active tersedia di kedai perdana camel active di LaLaport BBCC dan pusat beli-belah terpilih seperti Parkson, AEON, SOGO, Metrojaya, Pacific, Billion, Giant dan kedai rasmi dalam talian di camelactive.my termasuk Lazada dan Shopee.

Leave a comment