PROMOSI SEBULAN “KEMPEN RAYA SAKAN 2024” JAKEL TAWAR HARGA PAKAIAN RAYA LEBIH MURAH

Memandangkan tahun ini, hampir kesemua harga barangan meningkat naik, barangan yang terlibat dalam penghasilan tekstil juga terkena ‘tempias’, termasuk upah menjahit turut terkesan, maka Jakel telah membuat keputusan untuk menawarkan koleksi pakaian siap kepada pelanggan.

Antara artis yang terlibat dalam Sketsa Raya 2024 mengenakan pakaian raya dari Jakel

Dengan adanya koleksi pakaian siap daripada Jakel ini, pelanggan dapat membeli pakaian raya seisi keluarga tanpa perlu terbeban dengan kos upah menjahit dan harga kain ela atau pasang yang kian mahal.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, kesemua koleksi pakaian siap tahun ini bagi lelaki, wanita dan kanak-kanak yang ditawarkan oleh Jakel adalah berteraskan trend terkini, hasil sentuhan pereka dalaman Jakel sekali gus diyakini mampu memenuhi cita rasa pelanggan masa kini.

“Sempena promosi Raya Sakan Bersama Jakel tahun ini, harga baju Melayu yang sebelum ini ditawarkan pada tahun lalu iaitu pada RM180 kini diturunkan kepada RM150 sahaja sepasang, selain pelanggan berpeluang memilih salah satu hadiah percuma di antara kurta atau samping berkualiti berteraskan kain eksklusif bernilai RM89 bagi setiap pembelian baju Melayu tahun ini. Malah bagi koleksi perempuan sedia dipakai ditawarkan pada harga serendah RM99 sahaja sepasang dengan ratusan corak dan warna terkini 2024,” katanya sempena pelancaran kempen Raya Sakan Bersama Jakel 2024 di Jakel Mall, pada 8 Mac 2024.

Menurut beliau lagi, bagi memenuhi permintaan dan keperluan pelanggan sepanjang promosi sebulan itu, Jakel telahpun menyediakan stok baju Melayu sebanyak 3 juta pasang di seluruh Malaysia, jauh lebih banyak berbanding tahun sebelumnya.

Turut hadir pada majlis pelancaran kempen terbaharu Jakel adalah pelakon, pengacara yang juga Duta jenama iaitu Ahmad Nabil Ahmad yang juga dikenali dengan nama Nabil, pelakon-pelakon yang terlibat dalam Sketsa Raya 2024 terbitan Jakel seperti Halim Othman, Rosnah Mat Aris, Zila Bakarin dan ramai lagi.

“Tidak ketinggalan, bagi penggemar pakaian sedondon, Jakel turut menyediakan koleksi KOMBO sedondon khusus bagi keluarga dan pasangan. Tahun ini juga Jakel menawarkan pelbagai pilihan baju kanak-kanak perempuan dan lelaki bermula dari peringkat bayi hingga ke usia 14 tahun pada harga amat berpatutan bermula pada RM49 sepasang. Bukan itu sahaja, selain koleksi pakaian, Jakel turut menawarkan diskaun sehingga 85% bagi kelengkapan lain seperti permaidani, langsir, sejadah, kain pelikat dan lain-lain di gedung kami yang sudah popular sebagai pusat sehenti.”

Selain promosi baju Melayu Raya Sakan, pelanggan turut berpeluang mendapatkan pelbagai jenis Kurta pada harga serendah RM39, kemeja lelaki serendah RM59 serta baju kanak-kanak serendah RM29.

“Pelanggan tidak perlu risau tentang parkir di Jakel Mall, kerana kami menyediakan lebih 2000 ruang, selain surau dan tandas khusus untuk kemudahan dan keselesaan pelanggan. Apapun Ingat raya ingat Jakel, singgah Jakel barulah raya,”

Jualan promosi Raya Sakan membabitkan cawangan Jakel seluruh negara bermula 9 Mac hingga malam Raya.

Jom beramai-ramai memeriahkan kempen Raya Sakan Jakel ini dan dapatkan pakaian raya anda serta keluarga, pada harga yang lebih rendah berbanding di tempat lain.

Leave a comment