KEMPEN #ANTABERSAMAANDA SUMBANG KASUT PRE-LOVED KEPADA GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN

Mulai 20 Mac hingga 5 April, ANTA akan mengumpul kasut-kasut terpakai di lokasi penghantaran yang ditetapkan di Lembah Klang, iaitu di:

  • The Exchange TRX
  • 1 Utama Shopping Centre
  • Sunway Pyramid
  • The Mall, Mid Valley Southkey di Johor Bahru

ANTA menyasarkan sasaran untuk mengumpul sekurang-kurangnya 200 pasang kasut, dan kemudiannya didermakan serta diedarkan kepada komuniti kurang berkemampuan yang tersenarai di bawah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Teach for Malaysia dan Women of Will. Selain itu, ANTA akan turut menyediakan kasut dan pakaian baharu kepada penerima sumbangan supaya mereka mempunyai kelengkapan untuk meraikan Syawal.

Pang Sook Fong, Pengurus Negara ANTA Malaysia, berkata, beliau percaya bahawa inisiatif ini bukan sahaja dapat memberi nafas baharu kepada kasut lama, ia juga dapat mengurangkan jejak karbon.

“ANTA sangat teruja untuk menerajui kempen yang sangat bermakna ini dengan menjalinkan usaha kemampanan dengan tanggungjawab sosial. Sumbangan kasut pre-loved kepada golongan yang memerlukan, terutamanya kanak-kanak dan wanita, dapat memperkasakan mereka dan mendatangkan perubahan kepada kehidupan mereka untuk masa depan yang lebih cerah.”

Sebagai tanda penghargaan, setiap pelanggan yang menyumbang sepasang kasut akan menerima diskaun eksklusif untuk produk kasut ANTA terpilih (tertakluk pada terma dan syarat).

“ANTA kekal teguh dalam komitmen kami untuk memacu perubahan positif dalam komuniti melalui inisiatif yang mampan. Kami mengutamakan penyediaan produk sukan berkualiti tinggi kerana kami percaya bahawa ia mampu menaikkan semangat kita untuk terus ke hadapan dengan penuh yakin,”

Untuk menyempurnakan lagi kempen #ANTABersamaAnda, ANTA akan menganjurkan beberapa siri acara dalam kedai mulai 15 Mac 2024. Pelanggan boleh mengunjungi kedai ANTA atau layari my.anta.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran dan acara menarik yang tersedia.

Di samping itu, pelari dan peminat acara larian yang berminat boleh menyertai Run-Madan dengan ANTA Running Team (ART) bersama kelab larian tempatan di Lembah Klang. Pelari boleh mendapatkan kemas kini butiran acara ini di platform media sosial ANTA.

Bukan itu sahaja! Pada April 2024, ANTA akan memperkenalkan ANTA KAI 1, keluaran pertama daripada koleksi kasut bola keranjang Kyrie Irving, ke pasaran Malaysia. Berikutan permintaan yang menggalakkan di seluruh dunia, ANTA KAI 1 menjanjikan gabungan fungsi dan estetika untuk menyampaikan prestasi luar biasa khas bagi peminat dan pemain bola keranjang.

Untuk maklumat lanjut tentang ANTA, kempen sumbangan kasut #ANTABersamaAnda, dan pelancaran ANTA KAI 1, sila layari:

Leave a comment