SERLAHKAN PENAMPILAN DI HARI RAYA DENGAN WANGIAN DARI KOLEKSI’ CHASING FIREFLIES’

Semuanya kerana Bath & Body Works percaya kepada kuasa semburan wangian mampu mencipta kenangan, membangkitkan emosi, dan memperkayakan kehidupan semua.

Dengan kedatangan Aidil Fitri tidak lama lagi, tingkatkan nostalgia sambutan Hari Raya yang penuh istimewa bersama kehangatan daripada ‘Chasing Fireflies’

Wangian ‘Chasing Fireflies’ dihasilkan daripada campuran unik buah-buahan dan bunga-bungaan, ditambah dengan sedikit sihir personaan. Bauan yang dihasilkan daripada campuran buah pir emas, kuntuman segar bunga melati, dan sinaran cahaya dari kayuan, menambah semangat sambutan perayaan Hari Raya.

Hasil usaha oleh Dave Apel dan Carlos Vinals, Peneraju Pewangian berjaya menghasilkan wangian hebat meskipun daripada bahan-bahan berbeza namun bersatu sehingga menjadi aroma harmoni yang dapat ‘menghidupkan’ esen ‘Chasing Fireflies’.

Ini adalah kerana visi mereka adalah untuk menghasilkan satu wangian yang sangat kontras namun dalam masa sama menyerlahkan – satu ciptaan yang dapat mengatasi bauan kuat yang terhasil daripada kasturi serta kayu. Manakala esen jus buah pir digunakan untuk membangkitkan lagi pencahayaaan daripada kunang-kunang yang menari di malam hari. Kehalusan kualiti daripada bunga jasmin menampilkan sudut elegan dan tekstur.

Hakikatnya, koleksi ‘Chasing Fireflies’ bukan sekadar wangian, ia adalah jambatan yang menguhubungkan masa lalu dengan perayaan detik-detik waktu kini.

‘Chasing Fireflies’ direka untuk menghargai kenangan sambutan Hari Raya, mengingatkan tentang kegembiraan, kehangatan, dan perasaan kasih sayang yang dikongsi bersama keluarga, mengingatkan bahawa setiap saat perlu diingati dan dihargai.

Oleh itu, Bath & Body Works sangat berbangga dapat menawarkan koleksi ‘Chasing Fireflies’ ini dalam rangkaian 18 produk yang direka setiap satu dengan keistimewaan tersendiri, bermula pada harga RM40 hingga RM320.

Maklumat lanjut, layari:

  • bathandbodyworks.com
  • Instagram : @bathandbodyworks.my
  • Facebook-Bath And Body Works Malaysia
  • TikTok

Leave a comment