UNION BISTROT: LAYANAN TIMUR BERGABUNG KREATIVITI BARAT

Union Bistrot merasmikan pembukaannya pada 9 Mei 2024 di pusat beli-belah Tun Razak Exchange (TRX), menandakan penambahan penting kepada landskap kulinari di Kuala Lumpur.

Pembukaan restoran ini menjadi ciri kecemerlangan gastronomi dan santapan mewah.

Menurut En. Tham, pemilik Union Bistrot,

“TRX akan menjadi aspirasi Malaysia sebagai penaung institusi sumber kewangan global terkemuka. Oleh itu, Union Bistrot berusaha untuk menyatukan warisan gastronomi Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian masakan global disamping mencipta citarasa dominan dengan keunikannya yang tersendiri.”

Hiasan dalaman Union Bistrot memfokuskan gaya elegan dan keselesaan, memberikan latar belakang mewah seterusnya melengkapkan eleman sofistikated mereka.

Tiga zon berbeza, iaitu ‘Alfresco’, ‘Main Dining’ & ‘Orchid Conservatory’, telah direka bentuk berdasarkan konsep “Fresh in the Air”, mencapai keseimbangan antara persekitaran perbandaran dan semula jadi. Menyediakan ruang tempat duduk untuk 58 tetamu pada setiap acara, ruangan ini menawarkan suasana selesa dan tenang sesuai dengan penerokaan masakan gourmet untuk tujuan berbeza.

Visi Union Bistrot melangkaui hidangan tradisional dengan sasaran untuk memberikan pengalaman yang sukar dilupakan disamping mahu memikat dan memberi inspirasi kepada tetamu. Permulaan visi ini, Union Bistrot memperkenalkan konsep “Curiosity Dining” sebagai satu identiti. Ia menggunakan emoji pada menu bagi mewakili hidangan istimewa yang menggambarkan intipati visi masakannya yang inovatif. Maklumat lanjut berkenaan menu tersebut, ia dibuka kepada umum, khas, dari 9 hingga 27 Mei.

Union Bistrot turut bersedia untuk menerima tempahan bagi pelbagai konsep majlis seperti mesyuarat perniagaan, perhimpunan dan pelbagai majlis khas. Tawaran termasuk set majlis ‘High Tea’ dan pengalaman merasa makanan terus dari menu meja tukang masak.

Butiran lanjut tentang Union Bistrot atau ingin menempah pengalaman anda, sila lawati:

Leave a comment