GV RIDE: SOLUSI TEMPAHAN E-HAILING TERBAHARU MESRA BAJET DI LEMBAH KLANG

Pelanggan juga mempunyai kebebasan untuk memilih pemandu yang menawarkan harga mengikut bajet mereka, ataupun memilih jenis kereta yang ingin dinaiki, menjejaki lokasi pemandu dalam masa sama mendapat anggaran masa ketibaan.

Menurut Pengarah Urusan GV Car Ventures Sdn Bhd., Ir. Vincent Chew Hian Sern,(dua dari kiri), GV Ride direka untuk memenuhi keperluan pemandu dan penumpang. Memandangkan terdapat peningkatan dalam penggunaan tempahan e-Hailing di Malaysia, GV Ride direka untuk memenuhi keperluan rakyat yang semakin ramai mengguna perkhidmatan e-Hailing.

Kadar pemandu minima bermula dari RM1.25/km. Sistem bidaan digunakan oleh penumpang kepada pemandu, dan hasil persetujuan kedua-dua pihak, maka tempahan diterima dan perjalanan dapat dimulakan. Bagi pemandu yang menerima tempahan pelanggan lebih dari 5km jauh, mereka akan menerima bonus. Kadar komisen yang dikenakan lebih rendah berbanding syarikat e-Hailing sedia ada.

Penumpang perlu memuat turun aplikasi GV Ride melalui Play Store dan membuat pendaftaran. Aplikasi GV Ride adalah penyelesaian white-label yang disesuaikan dengan pemandu dan pelanggan di Malaysia. Ia diuruskan secara tempatan dan pengoperasian sistem IT selama 24 jam.

Menurut Pengarah Jualan, Alan Chew Hian Wee,syarikat telah membuat penambaikan kepada aplikasi dengan penambahan fungsi AI yang mana dapat mengurangkan isu pemandu tidak dapat penumpang atau tiada pemandu sewaktu penempahan.

Sistem GV Ride telah melalui proses Q&A selama beberapa bulan agar tidak timbul masalah atau isu berkaitan pada aplikasi, malah dapat memberi ketenangan kepada pemandu agar dapat memberi fokus kepada penjanaan pendapatan.

Pelbagai promo bakal ditawarkan kepada pengguna yang menempah e-Hailing GV Ride. Pemberian baucar juga akan disediakan kepada pelanggan.

Buat masa kini, tempahan hanya boleh dilakukan di sekitar Lembah Klang. Namun, GV Car Ventures mensasarkan kira-kira 10,000 pemandu GV Ride yang dapat memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia. Akhir tahun 2024 pula, syarikat ini merancang untuk memperkenalkan penggunaan kereta elektrik bagi individu, pemandu serta penumpang.

Leave a comment