OPTIMAL PREMIUM MOTOR & PRIME X SIGNATURE BEKERJASAMA BUKA PUSAT PERINCIAN KERETA

TAHNIAH atas pembukaan OPM & PrimeX Signature pada 24 September lalu!

IMG20220924130105

Majlis perasmian pembukaan OPM & PrimeX Signature ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker.

1664090781996428-0 (2)

Credit: m3g4tzreview.blogspot.com

“Selama bertahun-tahun, Malaysia telah menarik minat pengeluar automotif global dan tempatan, menjadikan kita negara ketiga tertinggi dalam permintaan industri automotif di Asia Tenggara. Dengan pelancaran fasiliti ini, OPM, PrimeX dan TOC bukan sahaja menunjukkan perkembangan industri automotif Malaysia, tetapi juga menyediakan peluang kerjaya dan latihan kemahiran kepada para belia dengan melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan yang berguna untuk masa yang akan datang.”.

IMG20220924143017 (2)

Kerjasama kedua-dua pihak itu menyaksikan pembinaan fasiliti seluas 43,000 kaki persegi di Malaysia menjelang 2025. Ia dilengkapi dengan bilik pameran, pusat pemulihan kereta, perincian kereta, aksesori, pusat jual beli dan banyak lagi, yang bakal menjadi mercu tanda di Malaysia.

Dalam majlis itu juga turut diumumkan kerjasama bersama TOC Automotive College (TOC) yang bernilai RM10 juta yang mana akan digunakan untuk membina fasiliti industri bersepadu kereta lumba dan akademi automotif.

Selain itu, satu akademi automotif bernama Auto Detailing Academy (ADA) turut dibangunkan untuk mereka yang ingin menjadikan bidang automotif sebagai kerjaya. Pelbagai kursus ditawarkan di akademi tersebut antaranya teknologi automotif, kejuruteraan, pemulihan kereta, perincian kereta dan banyak lagi.

Encik Simpson Tan, pengasas Optimal Premium Motors berkata,

1664090549259121-2 (2)

“OPM, PrimeX dan TOC akan melabur sebanyak RM10 juta untuk membangunkan fasiliti baru ini sebagai platform pendidikan automotif kepada belia dan mencipta lebih 600peluang pekerjaan. Ini termasuk latihan teknikal yang menyeluruh, lengkap dengan maklumat industri terkini sebagai pemangkin populasi pekerja mahir di negara kita.”

IMG20220924135759 (2)

“Kami percaya ini merupakan batu loncatan untuk kami berjaya di mana kepakaran dan pengalaman peneraju-peneraju industri automotif digabungkan. Usahasama ini pasti mencipta permintaan yang tinggi terhadap fasiliti kereta bersepadu lumba di seluruh rantau ini dan membawa industri automotif Malaysia ke peringkat yang seterusnya” -Pengarah PrimeX Signature Sdn. Bhd., Chris Lee Sheng Hong.

IMG20220924140144 (2)

Dengan semangat untuk menggalakkan belia mencapai kecemerlangan, Ketua Pegawai Operasi (COO) TOC Automotive College (TOC), Alfred Foo turut menyatakan, usaha sama ini akan membolehkan mereka untuk melangkaui jangkauan mereka dalam menyampaikan pengalaman pembelajaran automotif dalam pasaran dan lebih penting lagi, menyediakan sokongan berterusan.

Bukan itu sahaja, OPM dan PrimeX turut menyumbang RM10,000 kepada pertubuhan bukan kerajaan, Kelab Harmoni Malaysia sebagai usaha untuk mempromosikan perpaduan melalui pendidikan dan menyemai belia-belia di Malaysia. OPM, PrimeX dan TOC teruja untuk berkongsi usahasama terbaru mereka dengan masyarakat dan akan terus menonjolkan apa yang ditawarkan oleh industri automotif Malaysia kepada dunia.

ALIBABA EKSPRES & SCANIA PERKENAL KOC BAS MEWAH MAMPU MILIK

Berita menarik untuk mereka yang selalu menaiki bas ke Pantai Timur!

Photo 2

Kini, anda boleh pulang ke kampung beraya dengan selesa menaiki bas mewah Alibaba Ekspress.

Dilengkapi dengan kemudahan terkini beserta sistem keselamatan yang berkualiti tinggi, anda tidak perlu risau apabila menaiki koc mewah dua tingkat ini.

Photo 4 (2)

Koc mewah mampu milik ini adalah hasil kerjasama antara Alibaba Ekspress bersama Scania yang telahpun menandatangani Memorandum Persefahaman pada 3 Mac lalu. Majlis menandatangan Memorandum Persefahaman tersebut telah diserikan oleh YB Dato’ Henry Sun Agong, Timbalan Menteri Pengangkutan di Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur.

IMG20220303105325 (2)

Alibaba menjadikan pengalaman perjalanan dengan koc-koc mewah mampu milik ini nyata, dengan pengeluaran pertama koc dua tingkat, yang memulakan perkhidmatannya di daerah sebelah barat dan pantai timur Malaysia bermula dengan 14 koc mewah pada bulan Februari 2022.

Photo 6 (2)

Encik Md Fauzi bin Abd Halim, Ketua Eksekutif Operasi Alibaba Ekspres:

“Kami sangat teruja untuk memulakan perkhidmatan dan juga menggunakan laluan ini. Melalui Memorandum Persefahaman ini, kami telah memberikan komitmen kepada rakan kongsi asing, Scania, untuk meningkatkan jumlah koc-koc seperti ini di Malaysia, untuk membolehkan semua rakyat Malaysia mampu mengalami perjalanan yang mewah dan selesa dalam koc-koc kami. Koc-koc kami telah direka untuk memberi pengalaman yang sangat mewah dan selesa kepada setiap pelanggan. Perkhidmatan makanan, sistem pembersihan udara berjenama dan tandas ada disediakan di setiap koc mewah kami. Ini membolehkan para pelanggan mengalami perjalanan yang selamat dan selesa tanpa perlu berhenti di mana-mana kawasan rehat. ”

Alibaba telah menggunakan perhidmatan dua pembina koc terkenal, SHL Coach dan Tact Coach.
Kedua-dua syarikat ini telah mempunyai pengalaman yang berdekad lamanya dalam mereka dan membina koc-koc yang berkualiti tinggi. Kedua-dua syarikat ini akan membekalkan kesemua 30 buah koc-koc Alibaba.

Siri The Ark, sebuah model A-20HD telah direka dan dikeluarkan khas oleh SHL Coach, manakala siri TX-7 pula telah direka dan dikeluarkan oleh Tact Coach. Semua koc-koc ini telah dibina atas model terkini Scania Chassis, yang pertama dan terungul di Malaysia.

IMG20220303105504 (2)

Koc-koc Alibaba yang telah dibina oleh SHL Coach dan Tach Coach merupakan jenis pertama di Malaysia yang mempunyai penghawa dingin dwi fungsi di dalam kedua-dua lantai koc tersebut. Lantai bahagian bawah koc boleh memuatkan sebuah pantri, tandas, ruang rehat serta tempat simpanan kargo.

Ini akan membolehkan setiap pengusaha untuk memilih sama ada untuk memberi perkhidmatan koc perjalanan mewah tanpa henti atau menggunakan koc tersebut sebagai khidmat pengangkutan hari yang sama.

Tatarajah terkini untuk koc Alibaba ialah sebuah koc mewah yang memuatkan 24 buah tempat duduk yang dilengkapi dengan alat hiburan peribadi seperti kerusi urut, serta sistem matlumat hibur untuk permainan dalam talian, menonton filem dan pelayaran internet.

Lebih lagi, SHL Coach telah bekerjasama dengan jurutera-jurutera Scania, dengan meluangkan masa yang panjang dalam bidang penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan struktur keselamatan dan ketegaran. Ini akan memastikan koc tersebut mempunyai stuktur yang boleh dipercayai dan tahan lama.

Ketegaran struktur koc ini telah diiktirafkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan ia juga memenuhi keperluan ujian UN-ECE R66.

SHL Coach juga telah melaburkan lebih RM500,000 dalam bidang penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan unit pencahayaan mereka tersendiri – The Ark A20HD. Unit “The Ark Day Time Running Light” ini akan menghasilkan isyarat kesan air mengalir.

“Unit tersendiri kami, The Art Tail Lamp, telah direka khas untuk memastikan fungsi keselamatan yang tegar, dan kesan visual dan pengunjuran bahagian tepi kenderaan yang lebih baik,” jelas Encik Bernard Ng Chong Yan, Sin Hock Leong Coach Works Sdn Bhd.

Orang ramai juga boleh yakin yang mereka akan mendapat mutu udara yang sangat baik sepanjang perjalanan mereka di dalam The Ark A20HD.

“Koc-koc kami akan dilengkapkan dengan sistem pembersih udara teknologinano yang mampu menyahkuman dan menyahbau udara dalam kenderaan. Pembersih udara akan menyebabkan virus dan bakteria menjadi tidak aktif, justeru itu mengurangkan penyebaran jangkitan udara di dalam kenderaan,” Mr Bernard Ng Chong Yan dari Sin Hock Leong Coach Works (SHL) Sdn Bhd meyakinkan orang ramai.

SMI Cars Buka Ruang Pameran Kenderaan Terbaharu

TAHNIAH SMI Cars atas pembukaan ruang pameran baharu!

WhatsApp Image 2020-07-18 at 13.59.31

Dahulu dikenali dengan nama Superbike Motortrade International Sdn Bhd, SMI Cars telah melancarkan ruang pameran kenderaan yang pertama di Jalan Ampang pada 18 Julai 2020.

Diterajui oleh ahli pengurusan yang berpengalaman lebih 30 tahun bersama seorang pengarah muda, SMI Cars menawarkan pelbagai model kenderaan mewah dan kenderaan impot kepada rakyat Malaysia, terutamanya warga Kuala Lumpur dan juga Lembah Kelang. Sebagai ahli PEKEMA, SMI Cars komited untuk menjadi pengimpot yang menawarkan inovasi terkini dan perkhidmatan peribadi yang tersendiri.

Terletak strategik di tengah-tengah Kuala Lumpur, bangunan satu tingkat yang menempatkan ruang pameran kenderaan ini telah direka oleh seorang bakal arkitek muda yang baru berumur 19 tahun, Asyraaf Khan. Reka bentuk bangunan ini menampilkan seni bina moden dengan suasana mesra untuk memastikan keselesaan pelanggan diberi keutamaan.

51f638d6-c5f3-41c3-a454-5fc79d02716d

Mempamerkan hampir 150 variasi kenderaan berkualiti tertinggi, antara kenderaan yang memenuhi ruang pameran SMI Cars adalah:

  • Mustang
  • Lamborghini
  • Maserati
  • Range Rovers
  • Mercedes
  • BMW
  • Audi
  • Lexus
  • Mini Cooper

Selain itu, terdapat juga koleksi kenderaan serba guna (MPV) dari jenama Toyota antaranya:

  • Toyota Vellfire
  • Toyota Alphard
  • Toyota Estima

Bagi meraikan pembukaan ruang pameran baharu ini, SMI Cars telah menganjurkan satu upacara perasmian ‘normal baharu’ dengan kehadiran peminat-peminat automotif, wakil media dan juga persembahan daripada artis-artis tempatan seperti NICO G dan Jamal Abdillah.

Pengunjung yang hadir juga berpeluang untuk meneliti pilihan yang ada sebelum membuat keputusan malah diberi kesempatan untuk memandu-uji kenderaan yang mereka sukai. Untuk tidak menimbulkan sebarang kerisauan dan keraguan tentang soal kesihatan, SMI Cars komited memastikan bahagian luar dan dalam kenderaan disanitasi setiap kali selepas dipandu-uji.

Selain menawarkan potongan cukai jualan sebanyak 50 peratus seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di bawah rancangan pemulihan ekonomi jangka pendek bagi membantu sektor automotif yang dikenali sebagai Penjana; SMI Cars turut membuat tawaran khas Merdeka*.

(*Tertakluk kepada terma dan syarat).

Pengarah SMI Cars, Dato’ SM Zulkifli berkata,

“Kami amat teruja dengan perusahaan ini dan tidak sabar untuk berkhidmat kepada pelanggan-pelanggan. Mungkin ada yang mengatakan kami masih muda, tetapi di SMI Cars kami menerima pembaharuan dengan sepenuh hati, sebab itu kami berbangga dengan Irene Deanna sebagai salah seorang ahli pengurusan syarikat ini. SMI Cars percaya mereka mempunya masa hadapan yang cerah dengan kehadiran orang muda dalam pengurusan atasan syarikat kerana ianya dapat menggalakkan inovasi dan pemikiran yang maju ke hadapan. Inilah keunikkan SMI Cars kerana kami menghargai kepimpinan belia dan yakin golongan ini berperanan penting dalam industri ini pada masa akan datang.”

WhatsApp Image 2020-07-18 at 21.58.15

Sebagai Pengarah muda di SMI Cars, Irene Deanna menambah,

“Kami tahu bahawa untuk dikenali kami harus bersikap dinamik. SMI Cars bersedia untuk menuju ke arah inovasi yang akan mengganggu norma industri dan kami berbesar hati untuk kongsikan rancangan kami apabila tiba waktunya. Matlamat kami adalah untuk menawarkan pelanggan-pelanggan kami dengan pelbagai pilihan yang luar biasa dan pengalaman baharu yang mengagumkan sepanjang proses pembelian kereta impian mereka. “

Apa pun SMI Cars berharap dengan penurunan kos memiliki kenderaan import, pelanggan akan teruja untuk membeli secara tak langsung meningkatkan ekonomi negara.

Bagi mereka yang sedang mencari kenderaan baharu atau ingin menaik-taraf kenderaan yang sedia-ada, sekarang adalah peluang terbaik untuk membeli kenderaan impian anda dengan harga yang lebih rendah di SMI Cars.

Ketahui lebih lanjut mengenai SMI Cars melalui platfom media sosial berikut: Facebook: @SMI Cars | Instagram: @SMI_Cars

 

BMW Eksport Kereta MINI Cooper S Countryman Buat Pertama Kalinya ke Thailand

Kelompok pertama MINI Cooper S Countryman dan MINI Cooper S Countryman Hightrim dihantar ke Thailand dari kilang rakan kerjasama BMW Group Malaysia, iaitu INOKOM Corporation yang terletak di Kulim, Kedah.

MINI Countryman (9)

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata,

“Kilang INOKOM Corporation di Kulim, Kedah, yang dizahirkan melalui kerjasama antara Sime Darby Berhad dan BMW Group Malaysia adalah antara 30 tapak produksi yang terdapat dalam 14 buah negara di seluruh dunia yang berfungsi bagi pihak BMW Group, dan ia merupakan titik sentuh yang penting bagi kami di rantau Asia Tenggara.”

Keupayaan untuk menawarkan sokongan dan khidmat bagi pasaran dalam rantau ini merupakan sebuah pencapaian yang mustahak – bukan sahaja untuk BMW Group, malah untuk Malaysia juga. Kami membangunkan fasiliti pemasangan domestik di sini bersama dengan rakan kerjasama kami di peringkat tempatan, iaitu Sime Darby Berhad serta dengan jaringan pembekal tempatan kami yang lain atas matlamat untuk memberi sokongan kepada rantau ini dan pada hari ini, kami telah mengorak satu langkah yang penting ke hadapan.”

Inisiatif eksport yang diperkenalkan oleh BMW Group Malaysia di rantau Asia Tenggara mencontohi kejayaan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA).

ATIGA menggalakkan perdagangan intra-ASEAN dan memastikan aliran bebas bagi barangan di ASEAN direalisasikan dan ia juga membantu BMW Group untuk memanfaatkan kilangnya di ASEAN dengan lebih efisien – lantas memberikan fleksibiliti kepada syarikat pengeluar kenderaan premium ini untuk memenuhi permintaan pasaran di peringkat domestik dan bagi tujuan eksport dengan lebih berkesan.
MINI Cooper S Countryman

  • Harga: THB 2,299,000, bersamaan ~RM 259,557.00 (Termasuk cukai nilai tambah (VAT) dengan Pakej Standard MSI)
  • Hadir dengan penuh keyakinan melalui keterampilan serba lasak serta siluetnya yang jelas, jentera MINI Cooper S Countryman melambangkan keharmonian antara karakter yang unik, tulen dan klasik
  • Lampu depan kenderaan ini dikelilingi oleh lampu pemanduan waktu siang LED yang membulat, ia menampilkan gelungan iluminasi sebagai elemen signatur bagi jentera ini – menjadikan kontur pada lampu hadapan lebih menonjol dan boleh dilihat pada waktu siang serta malam.

    Lampu kabus LED juga dilengkapkan pada lampu depan dan lampu belakang untuk tujuan keselamatan, sementara Bantuan Parkir (Parking Assistant) pula dapat membantu pemandu untuk mencari ruangan parkir yang sesuai dan memudahkan tugasan pemarkiran selari (parallel parking)

  • dikuasakan oleh enjin petrol 2 liter, 4 silinder dengan teknologi TwinPower Turbo yang mampu menjana kuasa setinggi 141 kW/192 kk (kuasa kuda) dan mencecah tork maksimum 280 Nm pada tahap 1,350 – 4,600 rpm. Penggunaan bahan bakar gabungan ialah 15.9 km/liter dan emisi CO2 gabungan ialah 142 g/km
  • Transmisi automatik Steptronic 8 kelajuan, stereng sport bersulam kulit dengan pengawal multifungsi serta pengendalian Servotronic melengkapi pemandu dengan kelebihan untuk mengatasi segala cabaran. Kenderaan ini juga didatangkan dengan set roda aloi Pair Spoke bersaiz 18 inci dalam warna perak
  • menawarkan ruangan yang lebih luas dan menempatkan lima tempat duduk, ia juga dilengkapi dengan fungsi lipatan pada penyandar belakang. Jentera tersebut mempunyai nisbah pembahagian 40:20:40 untuk menawarkan keselesaan dan kefungsian tambahan
  • Saiz ruang dan kepraktikalan disinambungkan dengan kemasan warna hitam (Piano Black) dan tempat duduk sport berkulit (Leather Cross Punch Carbon Black) yang memberikan kenderaan ini keterampilan serba sporty. Untuk menambahkan lagi ciri kemudahan, kenderaan ini juga dilengkapi dengan teknologi pembuka bonet belakang automatik – ruang but kereta ini yang luas dapat diakses melalui sensor pergerakan yang boleh diaktifkan menggunakan kaki; sensor tersebut terletak di bawah bampar belakang
  • Skrin sentuh 6.5 inci yang terletak di instrumen pusat jentera MINI Cooper S Countryman ini memaparkan informasi mengenai navigasi, data kenderaan yang penting, dan menawarkan kefungsian hiburan. Ia juga merupakan portal kepada MINI Connected, pembantu peribadi yang akan memberikan bantuan sepanjang perjalanan anda dengan membekalkan informasi dan navigasi melalui sambungan ke telefon pintar, untuk memastikan anda terhubung dan termaklum sepanjang perjalanan.

MINI Cooper S Countryman Hightrim

  • Harga: THB 2,499,000, bersamaan ~RM 282,137.00 (Termasuk cukai nilai tambah (VAT) dengan Pakej Standard MSI)
  • memperkayakan keterampilan sporty dan serba klasik dari jentera standard MINI Countryman melalui sorotan ‘Chrome Line’ sepanjang ruangan luaran dan dalaman kenderaan ini yang menambahkan lagi sentuhan kemewahan
  • Kamera pandangan belakang yang dilengkapi dengan kefungsian sistem ‘Parking Assistant’ memudahkan lagi tugasan memarkir, manakala cermin pandangan belakang dengan fungsi ‘anti-dazzle’ automatik menawarkan tahap keselamatan yang lebih tinggi
  • Dikuasakan oleh enjin petrol 2 liter, 4 silinder yang sama seperti MINI Cooper S Countryman, varian Hightrim ini mampu menjana kuasa setinggi 141 kW/192 kk dan mencapai tork maksimum 280 Nm pada tahap 1,350 – 4,600 rpm. Pemanduan menyeronokkan lagi bergaya dijamin dengan transmisi automatik Steptronic 8 kelajuan yang bersertakan padel penukar gear, stereng sport ‘MINI Yours’ tiga spoke yang bersulam kulit dengan pengawal multifungsi, dan set roda aloi Edged Spoke bersaiz 19 inci dalam warna perak
  • Ruangan dalaman kenderaan ini digayakan dengan warna hitam (MINI Yours Piano Black Illuminated) yang berseri dan memberikan jiwa kepada kenderaan ini pada waktu malam dengan ambien yang lebih sempurna dan bersifat energetik, sementara sistem bunyi Harman Kardon HiFi yang canggih pula akan mengujakan anda sepanjang perjalanan
  • Diinspirasikan oleh kokpit kapal terbang jet, paparan Head-Up MINI menyampaikan informasi pemanduan yang penting seperti kelajuan kenderaan dan pemandu boleh melihat paparan ini dengan baik tanpa menjejaskan penglihatan dan perhatian mereka terhadap jalan raya. Skrin sentuh bersaiz 8.8 inci ini yang terletak pada instrumen pusat MINI Cooper S Hightrim juga dilengkapi dengan ciri MINI Connected, iaitu pembantu peribadi anda yang akan memberikan bantuan sepanjang perjalanan dengan membekalkan informasi dan navigasi melalui sambungan ke telefon pintar – memberikan kemudahan tambahan kepada para pemandu sepanjang perjalanan mereka.

Website: www.bmwgroup.com or  www.bmw.com.my 
Facebook: http://www.facebook.com/BMWGroup OR  http://www.facebook.com/BMW.Malaysia

Instagram: http://www.instagram.com/bmwmalaysia
Twitter: http://twitter.com/BMWGroup
YouTube: http://www.youtube.com/BMWGroupview or http://www.youtube.com/bmwMYS
Google+: http://googleplus.bmwgroup.com