
Tahukah anda?

ReadyCare Signature adalah jenama Malaysia PERTAMA seumpamanya yang telah memperoleh persijilan berasaskan bio daripada Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA), dan barisan produk Baby Care berkenaan, sama seperti rangkaiannya yang lain, turut mempunyai sijil Halal serta diperakui mesra vegan oleh Persatuan Vegan UK.

Satu majlis pelancaran telah diadakan di Petaling Jaya dan dihadiri oleh Pengasas yang juga Pengarah Urusan ReadyCare, Yeoh Eng Foo, Pengarah Urusan Unifood, Loh Jwee Poh, rakan-rakan niaga ASIAN antaranya Auttakorn Sirirogejanaporn, Green Solution Retail Co. (Thailand), Andy dari OMB Industries (Filipina), Tux Wuan Luen Tak dari Matahri Sdn Bhd (Malaysia) dan Dato Mohd Nizam Haji Mohd Hassan, Pengerusi ReadyCare Malaysia Sdn Bhd., tetamu jemputan khas serta wakil media.
Pelancaran ini juga diadakan untuk menangani kebimbangan yang semakin meningkat di kalangan ibu bapa terdapat pendedahan bahan kimia kepada kanak-kanak, dengan menawarkan alternatif yang lebih selamat bagi melindungi anak-anak mereka dan alam sekitar.

Pengasas dan Pengarah Urusan ReadyCare, Yeoh Eng Foo berkata,
“Menurut garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kanak-kanak yang lebih terdedah kepada pendedahan bahan kimia kerana organ dan sistem imun mereka masih belum berkembang sepenuhnya. Rangkaian produk Baby Care kami direka dengan mengambil kira kebimbangan ini, memberikan pengalaman yang berkesan, sihat dan lembut, yang boleh dipercayai oleh ibu bapa.”

Dalam masayang sama, ReadyCare Signature telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Unifood International Pte Ltd bagi mengedarkan produknya di Singapura. Kerjasama strategik ini akan membantu ReadyCare Signature memperluaskan jangkauannya dan menyediakan penyelesaian pembersihan mesra alam kepada lebih banyak ramai lagi pengguna di seluruh rantau ini.
“Kerjasama dengan Unifood, sebuah syarikat yang berakar umbi dalam segmen perniagaan makanan bernutrisi ‘on-the-go’, mewujudkan sinergi yang mantap dan selari dengan falsafah kami di ReadyCare Signature. Kepakaran dan rangkaian mereka di Singapura akan membantu kami memperluaskan penyelesaian pembersihan mesra alam kepada lebih banyak keluarga, mengukuhkan lagi peranan kami sebagai Teman Kehidupan Bersih yang dipercayai,” tambah Yeoh.
Anda inginkan yang terbaik untuk anak-anak anda?
Dapatkan produk-produk Baby Care ReadyCare Signature di kedai-kedai terpilih dan dalam talian menerusi rcsignature.com.my, di mana anda juga boleh memilih model langganan untuk menerima produk kegemaran.
Untuk maklumat selanjutnya, sila layari:

Leave a comment