KOLABORASI KYOCHON1991 & KTO TAWAR PERCUTIAN KE KOREA

Kempen ini juga memberi pemenang merasai gaya hidup rakyat Korea hari ini — daripada menikmati kopi di kafe-kafe ‘trendy’ di setiap sudut, hingga berkongsi ayam goreng Korea bersama rakan sekerja selepas bekerja.

Ia adalah jemputan kepada rakyat Malaysia untuk merasai sendiri keajaiban sebenar Korea!

Cara Menyertai:

Langkah 1: Tonton video [Free the Rhythm of Korea] Koreans’ Korea: K-Experience: https://www.youtube.com/c/imagineyourkorea.

Langkah 2: Like, komen, kongsi video, langgan saluran YouTube “Imagine Your Korea”, dan
ambil tangkapan skrin.

Langkah 3: Hantar penyertaan: https://bit.ly/KoreansKoreaEvent.

Bagi meraikan kerjasama ini, KyoChon 1991 Malaysia menawarkan sampel percuma Wingettes & Drumettes istimewa mereka di kedai terpilih di Lembah Klang dan Johor setiap hujung minggu sehingga 4 November 2024.

Kempen ini akan bermula di Kampus Lakeside Taylor’s, Subang Jaya, di mana pelajar dan pengunjung boleh menikmati rasa percuma dan mempelajari lebih lanjut mengenai peraduan ini dari 17 hingga 18 Oktober 2024, 11 pagi – 2 petang.

Jangan lepaskan peluang lazat ini untuk menikmati rasa asli Korea dan mengetahui mengapa KyoChon 1991 merupakan jenama ayam goreng #1 kegemaran di Korea Selatan.

Leave a comment