CABARAN LAMBASSADOR PAMER ANEKA MENU MODEN BERASASKAN KAMBING AUSTRALIA

Juara Cabaran Lambassador ialah Kolej Komuniti Chenderoh, Perak yang disertai oleh pelajar kulinari Muhammad Fikri Kamaruzaman dan Muhammad Nazhan Noor Hisham. Mereka dibimbing oleh Duta Lambassador, Cef Khairul Ashikhin. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan sijil.

Penyertaan kemenangan mereka ialah Aussie Lamb Stroganoff Gaya Asia (Australian Chilled Lamb Racks) dan Duo Beef Buttermilk dan Aussie Dendeng (Australian Chilled Beef Striploin).

Naib juara pertama adalah pasukan dari Universiti Wollongong Malaysia (UOWM) yang disertai oleh pelajar kulinari Leong Tze Jian dan Caleb Chin Kai Zheng. Mereka dibimbing oleh Duta Lambassador Cef Eric Siew, membawa pulang hadiah wang tunai RM800 dan sijil.

Kambing Salai Masak Lemak Cili Api (Australian Lamb Flap) dan Kerutuk Kebabas (Australian Chilled Beef Striploin) adalah penyertaan mereka.

Naib johan kedua disandang oleh Kolej Antarabangsa RichTalents, dengan pelajar kulinari Nur Annatasya Saffiya Azizul dan Nurul Nusratina Zulkifli. Mereka dibimbing oleh Duta Lambassador Cef Mohd Ridzwan Rasit. Pasukan itu dianugerahkan wang tunai RM500 dan sijil.

Mereka menyediakan Kambing Aussie Bakar yang dihidangkan dengan Sambal Kicap Strawberi diiringi Kari Kentang Putar dan Sayur Tumis (Chilled Australian Lamb Leg Bone-in); dan Daging Lembu Aussie Botok-Botok Melayu Klasik dengan Pastri Puff menggunakan Chilled Australian (Chilled Australian Beef Rump Cap).

Setiap pasukan ditugaskan untuk mencipta hidangan unik daging merah yang mencerminkan trend masakan kontemporari sambil menghormati rasa tradisional Ramadan dan Hari Raya dengan hanya mengguna sehingga 12 bahan untuk menyediakan kambing Australia sebagai hidangan tumpuan dalam pinggan perkongsian, disertai dengan makanan sampingan seperti daging lembu Australia, sayur-sayuran, nasi, mi, dan sebagainya.

Tema pertandingan adalah gabungan teknik memasak tradisional dan moden, dengan tumpuan kepada kualiti dan kelestarian. Mengikut garis panduan ini, pasukan dijangka menghasilkan resipi baharu, mudah dan praktikal dengan potongan kambing dan daging lembu Australia dengan kambing sebagai hidangan utama dalam hidangan sedulang untuk sekeluarga.

Cabaran Lambassador menjemput pasukan dari institusi kulinari berprestij untuk menyediakan, memasak, dan memasarkan hidangan inovatif yang meraikan rasa yang kaya dengan daging kambing dan lembu Australia.

Peserta berpeluang dibimbing oleh Duta Cef Lambassador dalam penyediaan dan memasak kambing dan daging lembu Australia, selain dapat mempamerkan kemahiran memasak, mempelajari teknik memasak yang berharga, mise en place, perancangan dan strategi untuk mencapai formula kemenangan semasa bekerja dengan duta Cef Lambassador.

Para hakim, termasuk duta Cef Lambassador yang dihormati, pemimpin pendapat utama dan pemimpin industri makanan, menilai pasukan berdasarkan kreativiti, persembahan, rasa, praktikal dan keberkesanan strategi pemasaran mereka.

“Kami sangat teruja menganjurkan Cabaran Lambassador dengan kerjasama Universiti Wollongong, yang bukan sahaja menonjolkan kualiti luar biasa kambing dan daging lembu Australia tetapi juga memupuk kreativiti dan inovasi dalam kalangan chef generasi akan datang. Acara ini adalah sambutan inovasi masakan dan penghargaan budaya, tepat pada masanya untuk Ramadan dan Hari Raya.” kata Valeska, Pengurus Serantau untuk Asia Tenggara, Daging dan Ternakan Australia (MLA).

Sebagai tambahan kepada pertandingan masakan ini, peserta berpeluang mempelajari penyembelihan daging, memasak dan merasai pelbagai potongan kambing dan daging lembu Australia dalam kelas induk (masterclass) tiga minggu sebelum pertandingan daripada Jurusembelih Sarjana Australia di bawah Program Akademi Daging Australia.

Mengikut trend masa kini, Cef juga belajar memasarkan masakan mereka selain menunjukkan kemahiran masakan mereka di media sosial. Oleh itu, satu komponen pasukan dinilai bagaimana mereka mempamerkan hidangan mereka di media sosial. Semasa pertandingan kulinari ini, sesi penyediaan telah dirakam melalui media sosial dan akan disiarkan dalam media sosial sebelum dan semasa Ramadan dan Hari Raya untuk meningkatkan kesedaran mengenai ketersediaan produk kambing dan daging lembu Australia.

Resipi yang menarik dan praktikal oleh pasukan sekolah kulinari akan membantu dalam memacu jualan kambing dan daging lembu Australia semasa tempoh perayaan. Pasukan yang mendapat komen dan suka terbanyak daripada orang ramai akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai dan sijil.

Cabaran Lambassador bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kualiti dan serba boleh kambing dan daging lembu Australia, mempromosikan bahan-bahan ini sebagai komponen penting dalam majlis makan semasa Ramadan dan Hari Raya. Resipi-resipi yang dibangunkan akan menyumbang kepada perayaan makanan, budaya dan komuniti yang meriah.

Leave a comment