IRAMA LANCAR TABUNG BANTUAN BANJIR, SINGLE LAGU & MOU

IRAMA, dengan Kerjasama Persatuan Reformis Ulung, Persatuan Megah Muafakat dan Stesen Radio Bapakku Fm serta syarikat rakaman mengambil inisiatif menggerakkan Misi Bantuan Banjir bagi membantu mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir di Kelantan serta Terengganu.

Presiden IRAMA, Ayob Abdul Majid berkata, mereka kini sedang menguruskan Pusat Pengumpulan Barang-Barang yang menjadi pusat menerima sumbangan daripada orang ramai.

“Misi ini bertujuan untuk membantu mangsa banjir yang terkesan dengan menyediakan keperluan harian yang amat diperlukan. Masyarakat sekitar Kuala Lumpur khususnya serta rakyat Malaysia amnya diberi peluang untuk menyumbangkan barangan keperluan dan membantu meringankan beban mangsa banjir. Beberapa lokasi telah dikenal pasti untuk tujuan ini iaitu Kafe Narateawhat Sungai Buloh, Bukit Indah Ampang, Shah Alam dan juga Bangi serta di Pejabat Radio Bapakku Fm Gombak. Jika anda ingin membantu,
bolehlah menghubungi nombor 019 3682548 atau WhatsApp 014 812 9763″

Pusat Pengumpulan Barang-Barang mengalu-alukan sumbangan pelbagai pihak merangkumi pelbagai bentuk dan cara antaranya:-

  1. Makanan
  2. Peralatan pembersihan rumah
  3. Water jet
  4. Peralatan kebersihan diri
  5. Kain batik, kain pelikat, telekung
  6. Pakaian dalam, tuala wanita
  7. Selimut, toto, tikar
  8. Air mineral
  9. Lampin pakai buang

Antara artis yang menyatakan persetujuan untuk terbabit dalam misi ini ialah Datuk Nash.

“Saya rasa sangat sedih dan terpanggil untuk membantu apabila lihat paparan-paparan video kesukaran, kesusahan dan penderitaan mangsa banjir menerusi pelbagai medium. Ada yang sudah berusaha pelbagai cara untuk mengelakkan menjadi mangsa antaranya meninggikan tapak rumah dan memastikan haiwan dalam keadaan selamat tapi kehendak Allah tidak boleh dilawan. Jadi saya menyeru kepada semua penggiat seni agar bersatu hati membantu mereka yang terkesan. Inilah tanda solidariti golongan artis kepada masyarakat. InsyaAllah kebaikan kita akan mendapat ganjaran Allah nanti,”

Antara yang hadir dalam majlis pelancaran itu dalah Profesor Zahariman Ariffin, Pengerusi Persatuan Reformis Ulung, ahli Persatuan Megah Muafakat, ahli Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Ampang, ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Cempedak, tetamu kehormat, artis dan badan-badan NGO yang terlibat dalam misi bantuan banjir.

Dalam masa sama, IRAMA memperkenalkan Album Single Amir Pearl berjudul “Teristimewa”, hasil ciptaan Adi Priyo Sambodo. Lirik dihasilkan oleh Amir bersama-sama Adi.

“Lagu Teristimewa sebenarnya sudah lama dirakamkan di Al-Pamalo Studio milik Datuk Awie di mana mereka yang terbabit terdiri daripada barisan pemuzik hebat iaitu Nasir Search sebagai penyusun muzik, manakala barisan pemuzik rakaman terdiri daripada Kid Search (gitar), Pae (drum) dan Firdaus (keyboard).

Asal tajuk lagu Teristimewa ini saya buat khas untuk isteri saya. Namun, lirik dan lagu ini juga adalah untuk semua orang dan ditujukan pada yang istimea dalam hidup masing-masing”

Satu MOU turut diadakan antara pelakon senior terkenal, Liza Abdullah dan Datuk Ziela Jalil bersama syarikat rakaman Loonaq Records. Mereka akan menghasilkan album berunsur ketuhanan yang sesuai untuk semua generasi masa kini.

Leave a comment