
Lebih daripada 250 juadah bakal dihidangkan kepada pelanggan yang membeli baucar berbuka puasa di WTCKL.

Dengan kehebatan pasukan kulinari WTCKL yang diketuai oleh Cef Suzaini Mohamed Salih, setiap hidangan yang disajikan diutamakan dengan kualiti dan cita rasa yang unggul, memastikan setiap hidangan enak dijamu kepada pelanggan.

Hidangan bufet ini juga menyediakan 5 rotation menu seperti:
- Gulai Udang
- Ikan patin tempoyak
- Kambing goreng berempah
- Daging rendang Minang
- Ketam masak Kam Heong

- Gulai kawah daging
- Lala & kerang masak sambal
- Kupang goreng lada hitam
- Sotong sambal petai
Pastinya juadah paling popular yang sentiasa dinanti-nantikan oleh pelanggan WTCKL ialah Bubur lambuk istimewa.

16 gerai menghidangkan aneka juadah berbuka puasa merangkumi pelbagai jenis sup dan kerabu.

Juga disajikan masakan Western, kambing panggang, rojak, apam balik, kudap-kudapan dan banyak lagi.

Atas permintaan ramai, WTCKL menampilkan Nasi Kandar Saddam yang sememangnya popular, di kalangan pengunjung, akan menghidangkan menu istimewa Ramadan seperti Ayam Goreng Bawang dan Daging Masak Hitam, dihidangkan bersama telur rebus serta sayur pilihan. Restoran Mandy Al Yemen pula akan menghidangkan juadah Nasi Mandy beserta aneka Kunafa.

Pelbagai jenis buah-buahan tempatan turut disajikan.
Pakej Bufet Ramadan
1. Early Bird:
-RM118 nett/pax
-Baucar boleh dibeli secara langsung dari Restoran Riverside atau hubungi nombor: 2614 6701/6702 atau kilk: https://riverside.wtckl.com/
2.Harga asal: RM148 nett/pax, Warga emas & kanak-kanak: RM85 nett/pax
Pakej berbuka puasa Korporat
-Di Dewan Banquet dengan harga RM158 nett/ minimum 200 pax
-Termasuk penggunaan dewan, bilik VIP, tempat letak kereta VIP, pentas, PA sistem dan skrin LED
Kemudahan lain yang disediakan kepada pelanggan adalah:
-Ruang solat yang besar dan selesa di Surau Ar-Rahman, caj parkir kenderaan selepas pukul 5 petang pada kadar rata RM5 nett
Eksklusif untuk Ramadan, WTCKL menawarkan ‘Tiffin Carrier’ yang boleh didapati pada harga RM59 dengan saiz dimensi 12cm manakala dimensi 16cm berharga RM79, manakala Edisi Terhad bersaiz 12cm dijual pada harga RM69.
Terdapat TIGA jenis pilihan corak iaitu Generic Series, Ramadan series dan Batik series.

Leave a comment