Ia juga meningkatkan kepercayaan pengguna dan mengesahkan komitmen BLACKMORES terhadap ketelusan, kecemerlangan dan kemampanan dalam setiap aspek perniagaannya.

Sijil rasmi Halal disampaikan pada majlis yang diadakan di Connexion Conference & Event Centre, Bangsar South. Dhaliff Anuar, Ketua Perundingan & Penasihat Halal dari Halal Development Corporation Berhad (HDC) menyerahkan sijil Halal tersebut kepada Kumaran Chandrasergaran, Pengurus Negara BLACKMORES bagi Malaysia & Singapura. Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Danielle Heinecke, turut hadir bagi menyaksikan detik bersejarah ini.

“Bagi kami, pensijilan Halal ini bukan sekadar soal pematuhan; ia mencerminkan komitmen kami terhadap ketelusan, penyumberan beretika dan integriti dalam setiap aspek perniagaan kami, daripada ramuan hingga ke pembungkusan,” kata Kumaran Chandrasergaran, Pengurus Negara BLACKMORES bagi Malaysia & Singapura.
“Mendapatkan pensijilan Halal adalah langkah penting dalam memperkukuh kepercayaan pengguna. Bagi pelanggan kami yang beragama Islam, pensijilan ini meningkatkan keyakinan mereka untuk menggunakan produk keluaran BLACKMORES yang selari dengan pegangan mereka. Manakala untuk semua pengguna, ini adalah janji BLACKMORES terhadap kualiti dan keselamatan,” menurut Kumaran Chandrasergaran, Pengurus Negara BLACKMORES bagi Malaysia & Singapura.
Selain memenuhi keperluan Halal, pensijilan ini membuktikan dedikasi BLACKMORES terhadap piawaian keselamatan yang ketat, sumber bahan yang telus dan pembuatan yang mampan. Ia juga menyerlahkan fokus jenama itu terhadap amalan buruh beretika, kemampanan alam sekitar dan kebajikan haiwan bagi memastikan produknya memenuhi piawaian global tertinggi.
Dengan permintaan yang semakin meningkat untuk produk yang diperakui Halal di Malaysia, pensijilan ini membuka peluang pertumbuhan yang lebih besar untuk BLACKMORES. Ia bukan sahaja meningkatkan keyakinan pengguna tetapi juga mengukuhkan kedudukan jenama itu dalam pasaran kesihatan Malaysia. BLACKMORES kekal komited untuk memenuhi keperluan pengguna yang berubah-ubah dengan menyediakan penyelesaian kesihatan holistik yang menyumbang kepada kesejahteraan keseluruhan mereka.
“Pencapaian ini mencerminkan hubungan erat antara Australia-Malaysia, sekali gus menyerlahkan bagaimana inovasi dan komitmen Australia terhadap kualiti sejajar dengan nilai dan piawaian Malaysia. Pencapaian BLACKMORES dalam memperoleh pensijilan Halal JAKIM menjadi bukti jalinan kerjasama yang semakin kukuh antara kedua-dua negara, yang memberi manfaat kepada perniagaan dan pengguna,” kata Danielle Heinecke, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia.
“Pensijilan Halal BLACKMORES menjadi contoh terbaik kepada piawaian global dan amalan beretika dalam industri kesihatan. Kami berbesar hati dapat menyokong dedikasi BLACKMORES terhadap kecemerlangan dan kebolehpercayaan dalam memenuhi keperluan pengguna Muslim,” kata Dhaliff Anuar, Ketua Perundingan & Penasihat Halal di Halal Development Corporation Berhad.
Ketika BLACKMORES meluaskan kehadirannya di Malaysia, syarikat itu kekal teguh dalam misinya untuk mematuhi standard etika tertinggi dan menyampaikan kualiti, keselamatan dan ketelusan yang dipercayai oleh pengguna Malaysia. BLACKMORES juga berbangga atas pengiktirafan Anugerah Platinum bagi Anugerah Jenama Paling Dipercayai, setelah memenangi anugerah berprestij itu selama 10 tahun berturut-turut melalui undian oleh pengguna Malaysia.
Untuk maklumat lanjut tentang produk penjagaan kesihatan semulajadi BLACKMORES, pelanggan boleh melayari: blackmores.com.my.

Leave a comment