
Antara hidangan air tangan bonda Cef Kak Yam yang pasti membangkitkan selera di bufet Ramadan AnCasa Hotel adalah AnCasa Briyani yang kaya dengan rempah dan aroma, dipadankan bersama Kambing Gulai Kawah serta Daging Kandar yang lembut, penuh rasa, menjanjikan pengalaman rasa enak.

Ayam Kuzi yang empuk pula menyempurnakan sajian dengan rempahnya yang kaya dan menyegarkan.

Tidak ketinggalan, Ikan Patin Masak Asam Tempoyak, yang memikat dengan rasa tempoyak berkrim. Udang Goreng Kunyit pula rangup dan berperisa turut menjadi pilihan sempurna.

Selain itu, Jantung Pisang Lemak Cili Padi yang berkrim serta Acar Rampai yang segar, Sup Gear Box Kambing yang kaya dengan rempah, Apam Balik AnCasa, Sotong Kangkung, Pasembor dan Aneka kerabu, aneka laksa, aneka jenis sambal tradisi dan aneka sushi pastinya memenuhu cita rasa mereka yang membeli pakej bufet Ramadan di AnCasa Hotel.

Pelbagai hidangan pencuci mulut seperti kuih-muih tradisional.

Terdapat juga agar-agar, puding, kek dan pancuran coklat pastinya memberi keunikan rasa.

Harga Bufet AnCasa Hotel
- Dewasa (RM98)
- Warga emas (RM78)
- Kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun (RM58)
- Tempahan melalui 03-2026 6060 sambungan 7703/ 011-31794121

Leave a comment