Encik Ng Hock Guan, Pengurus Serantau Gentle Supreme Sdn. Bhd, berkata,
“Isi rumah di Malaysia memerlukan produk yang bukan sahaja memberikan pakaian yang bersih, juga memberi nilai tambahan di dalam setiap cucian. Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender adalah jawapannya. Formula 2X Kuasa Membersih menghapuskan kotoran degil, manakala campuran pelembut dan pewangi lavender akan membuatkan pakaian lembut dan berbau segar—tanpa perlu menambah pelembut atau pewangi lagi. Ia juga memberikan 99.9% perlindungan antibakteria dan pakaian tetap berbau wangi walaupun dijemur di dalam rumah”.

Dikuasakan dengan Teknologi Smart IONTM, Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender memastikan cucian yang menyeluruh dengan menghalang kotoran melekat pada pakaian. Formulasi ini memberikan prestasi cucian yang luar biasa tanpa perlu merendam atau memberus, malah turut memelihara kesejahteraan kulit dan fabrik.
Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender baharu kini dilancarkan di Malaysia oleh usahawan dan personaliti media terkenal, Neelofa, yang kini dilantik sebagai Duta Jenama rangkaian produk Daia.

“Sebagai seorang usahawan dan ibu yang sentiasa sibuk, saya sentiasa berusaha mencari jalan untuk memudahkan kerja harian saya namun kualiti tetap menjadi keutamaan. Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender benar-benar mengubah rutin mencuci pakaian saya. Saya tidak perlu lagi mengasingkan detergen, pelembut, atau pewangi. Ia bukan sekadar mencuci dan melembutkan malah menjadikan pakaian kami sekeluarga berbau harum dengan pewangi lavender yang mewah dan kekal lama. Perlindungan antibakterianya pula memberikan saya ketenangan minda, kerana saya tahu pakaian kami dan anak-anak selamat dan bersih. Ia adalah penyelesaian untuk setiap isi rumah,” kata Neelofa, Duta Jenama rangkaian produk Daia.
Untuk berkongsi pengalaman menyeronokkan menggunakan Daia Softergent Lavender, Neelofa akan bertemu dengan peminat-peminatnya semasa sesi meet & greet.
Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender adalah pilihan yang lebih bijak, serta mudah untuk menghasilkan cucian yang bersih secara menyeluruh, haruman mewah lavender, dan memberi 99.9% perlindungan antibakteria—solusi ideal untuk setiap isi rumah. Nikmati kuasa mencuci berganda, Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender, yang kini boleh didapati di kedai-kedai di seluruh Malaysia.
Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender dihasilkan dalam bentuk cecair dan serbuk. Harga runcit yang disyorkan untuk cecair detergen Daia Smart adalah RM26.90 untuk botol 3.6kg dan RM11.90 untuk pek lembut 1.5kg. Sabun serbuk Daia boleh didapati dalam pek 2.1kg, dengan harga RM15.90. Kesemua ini boleh didapati di semua cawangan kedai di seluruh negara.

Leave a comment