ADAPTIS PENUHI KEPERLUAN PERNIAGAAN MODEN

Rangkaian perkhidmatan di ADAPTIS termasuklah lima jenis bahagian utama yang direka untuk memperkukuhkan lagi sesebuah perniagaan dengan servis yang lebih fleksibel dan cekap:

  • ADAPTIS In-Store untuk melancarkan transaksi jual beli runcit
  • ADAPTIS e-Commerce untuk keselamatan bayaran atas talian
  • ADAPTIS Financing bagi menyokong perkembangan perniagaan
  • ADAPTIS Enterprise untuk infrastruktur bayaran berskala besar
  • ADAPTIS VAS (Perkhidmatan Tambahan) untuk mengoptimumkan operasi perniagaan pelanggan kami

“ADAPTIS adalah jawapan kami untuk memenuhi permintaan yang semakin berkembang dalam ekonomi digital,” “Sepanjang berkhidmat untuk Malaysia, Thailand, dan Filipina selama beberapa dekad, dan dengan lebih 500,000 pusat pembayaran di seluruh negara, kami memahami apa yang diperlukan oleh sesebuah perniagaan. ADAPTIS dicipta dengan fleksibiliti, setempat dan bersedia menghadapi masa depan, seterusnya membantu perniagaan meluaskan skalanya dengan cekap di samping memberi kemudahan pembayaran yang lancar untuk pelanggan” kata Sean Hesh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Eksekutif NTT DATA Payment Services.

Kemuncak acara adalah kehadiran ahli-ahli panel perbincangan yang menampilkan:

  • Shinichiro Nishikawa – Ketua Bahagian Bayaran dan Perkhidmatan Global, NTT DATA Jepun
  • Sean Hesh – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan NTT DATA Payment Services
  • Enoch Chhabra – Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan Bayaran dan e-pay), NTT DATA Payment Services
  • Yuichiro Sato – Ketua Pegawai Eksekutif (e-Commerce Solutions), NTT DATA Payment Services
  • Jeremy Low – Ketua Bahagian Operasi Kumpulan, NTT DATA Payment Services dan Ketua Pegawai Operasi, Paysys

Mereka berkumpul untuk membincangkan tentang: “Masa Depan Perdagangan: Daripada Persaingan kepada kolaborasi.

”Sesi perbincangan tersebut merungkai bagaimana NTT DATA Payment Services berjaya mengintegrasikan jenama yang sebelum ini bersaing namun kini saling bekerjasama dalam sebuah ekosistem bersepadu, mencipta sebuah sinergi dan inovasi yang berskala besar dalam era pembayaran global. Masa depan pembayaran bukanlah hanya sekadar transaksi, ia berkait dengan ekosistem. Dengan mengumpulkan peneraju industri pembayaran Asia di bawah payung NTT DATA Payment Services, kami sebenarnya sedang membina infrastruktur perdagangan serantau yang saling berhubung, bijak dan berdaya tahan. ADAPTIS mencerminkan komitmen kami terhadap integrasi yang lancar, penyelesaian setempat dan inovasi berskala besar yang memperkasakan perniagaan di seluruh dunia.” Shinichiro Nishikawa, Ketua Bahagian Bayaran dan Perkhidmatan Global, NTT DATA Jepun

Pelancaran ADAPTIS muncul selepas pemerolehan GHL Systems Bhd oleh NTT DATA Jepun pada tahun 2024, menjadikannya anak syarikat milik penuh salah sebuah daripada sepuluh perkhidmatan IT global terbaik dunia.
Seiring dengan transformasi strategik ini, syarikat secara rasminya telah dijenamakan semula sebagai NTT DATA Payment Services Sdn. Bhd pada 13 November 2024, selaras dengan visi baharunya di samping mengekalkan taraf perkhidmatan yang tinggi seperti yang diharapkan oleh para usahawan dan perniagaan.
Selepas penampilan pertamanya di Malaysia, rangkaian ADAPTIS akan diperkenalkan di Thailand dan Filipina pada akhir tahun ini, bagi mengukuhkan lagi komitmen NTT DATA Payment Services untuk menyediakan platform pembayaran termaju di rantau ini.

Untuk maklumat lanjut tentang ADAPTIS, layari www.nttdatapay.com

Leave a comment