RASAI WARISAN KULINARI ITALIA DI B. I. G. PUBLIKA

Pengunjung turut disajikan dengan pelbagai sampel hidangan Itali yang ikonik termasuklah pasta buatan sendiri, salad segar yang rangup, dan Tiramisù klasik. Kopi illy serta gelato Fabbri juga diberi secara percuma sebagai pelengkap kembara gastronomi yang diperbuat daripada bahan-bahan “Made in Italy” yang enak, berkualiti tinggi dan autentik ini.


“Warisan kulinari dan produk berkualiti dari Itali yang luar biasa ini adalah kebanggaan seluruh rakyat Itali. Pergumpulan kita di sini menggambarkan komitmen kami untuk meningkatkan pengetahuan tentang produk makanan Itali yang asli dan kualiti yang tiada tandingan. Saya berharap semua orang dapat mengambil peluang ini untuk merasai sendiri pengalaman menikmati kulinari tradisi Itali.” kata Dr. Angela Donvito, Pesuruhjaya Perdagangan, Agensi Perdagangan Itali, di Kuala Lumpur.

Manakala Ivan Tan, Pengarah Eksekutif Kumpulan The Food Purveyor Retail Sdn Bhd berkata,

“Bekerjasama dengan Agensi Perdagangan Itali membolehkan kami memberi pelanggan kami lebih daripada sekadar produk sahaja. Kami berkongsi cerita, budaya dan pengalaman yang bermakna. Di The Food Purveyor, falsafah kami adalah makanan merupakan tali penghubung penting kepada warisan, tradisi, dan komuniti. Melalui kolaborasi ini, kami berasa teruja untuk berkongsi budaya sajian Itali dengan pelanggan-pelanggan kami, di samping memberikan mereka produk premium yang amat menitik beratkan kualiti serta kelazatan rasanya.”

Kerjasama istimewa antara ‘The Food Purveyor’ dan Agensi Perdagangan Itali ini bertujuan untuk mempromosikan warisan berharga dan hasil kulinari yang cemerlang menggunakan produk asli Itali di Malaysia.
Bergandingan, mereka memupuk penghargaan terhadap rasa yang autentik, mengekalkan tradisi, dan berkongsi kisah unik yang memberi makna sebenar, ‘Made in Italy’.

Pelbagai pilihan eksklusif produk asli Itali kini boleh didapati di Village Grocer, Ben’s Independent Grocer, The Food Merchant, dan BSC Fine Foods—untuk memberikan keaslian rasa Itali terus ke rumah anda.

Untuk maklumat lanjut tentang Make It Authentically, Make It Italian, sila layari https://villagegrocer.com.my/, https://big.com.my/ dan http://www.bscfinefoods.com

Leave a comment