PENUH DENGAN TEKSTUR RANGUP, CLOUD 9 CRISPYKRUNCH BAWA KECERIAAN

Direka khas untuk generasi baharu penggemar snek yang mendambakan sajian bertekstur pelbagai, setiap Cloud 9 CrispyKrunch yang kaya dan memuaskan anda, ia juga lembut serta berkrim di bahagian luar, dengan kejutan rangup di dalamnya.

Tersedia dalam DUA varian penuh rasa, setiap Pretzel CrispyKrunch dan Hazelnut CrispyKrunch menampilkan inti mousse coklat yang lazat, dilapisi dengan Pretzel rangup, Biskut, atau Kacang Hazel, semuanya dibalut kemas dalam lapisan coklat yang halus.

Cloud 9 CrispyKrunch merupakan gabungan sempurna antara Pretzel Rangup, Biskut, atau Kacang Hazel, yakni memberikan pengalaman tekstur yang seimbang, memuaskan serta memikat selera. Sama ada dinikmati sebagai snek ringan atau untuk menaikkan semangat sepanjang hari, CrispyKrunch ialah pilihan coklat yang ideal untuk anda.

Bermula Jun ini, Cloud 9 CrispyKrunch yang baharu akan tersedia di seluruh negara menerusi rangkaian pasar raya dan pasar raya besar utama. Ia ditawarkan pada harga pengguna yang disyorkan (RCP) iaitu RM8.90 untuk pek pelbagai 12g x 12 unit dan RM2.60 bagi bar tunggal 32g. Coklat ini sesuai untuk dinikmati secara individu atau dikongsi – mencipta momen manis yang menggembirakan.

Untuk maklumat lanjut, sila:

Leave a comment