LOACKER SEABAD DENGAN KELAZATAN WAFER MODEN

Sambutan Gaya Malaysia

Melissa Tan, Timbalan Pengurus Besar GBA Corporation Sdn. Bhd. berkata,

“Ulang tahun ke-100 Loacker bukan sekadar meraikan sejarah kami, tetapi juga penegasan janji untuk terus menyampaikan kebaikan semula jadi kepada generasi akan datang. Melalui kempen ini, kami ingin membawa kegembiraan dan kelazatan berkualiti kepada keluarga Malaysia sambil kekal setia dengan warisan kami di pergunungan Alps Itali.

Sambutan ulang tahun ke-100 Loacker diraikan melalui acara fizikal di 1Utama Shopping Centre yang menampilkan pelbagai aktiviti interaktif, produk eksklusif dan premium menarik.

Pengunjung boleh mencuba pengalaman menarik seperti stesen poskad WePostWeCare— di mana anda boleh menghantar mesej peribadi ke seluruh dunia secara percuma — serta menyertai permainan seperti Memory Flip, Interactive Hopscotch, dan Puzzle Challenge khas untuk kanak-kanak. Latar belakang bertemakan 2D Dolomites turut disediakan untuk bergambar. Peminat juga boleh menikmati produk eksklusif edisi acara seperti Napolitaner Crispy Spread, coklat Loackini dan Quadratini Matcha.

Antara ganjaran istimewa termasuk Loacker premium socks untuk pembelian minimum RM18, dan bagasi kabin Loacker edisi terhad untuk pembelian RM200 ke atas. Pengunjung juga boleh mencuba nasib di Gashapon & Handwind Chamber bagi memenangi hadiah menarik seperti bantal, botol air dan puzzle. Kerjasama istimewa bersama HWC Coffee turut memeriahkan acara ini, di mana pembelian melebihi RM80 akan menerima kopi percuma*.

Dengan adanya kempen ini diharapkan dapat terus mengukuhkan hubungan mesra Loacker bersama pengguna Malaysia dalam meraikan 100 tahun penuh kebaikan semula jadi dengan cara yang ceria dan penuh bermakna, sama seperti wafernya.

Sempena detik bersejarah ini, Loacker Malaysia teruja untuk melancarkan kempen nasional bertemakan “Celebrating a Century of Pure Goodness”, yang akan disertai pelbagai aktiviti strategik bagi mengukuhkan kedudukan Loacker sebagai jenama wafer premium di negara ini. Kempen ini bukan sahaja meraikan warisan jenama yang kukuh, malah menegaskan komitmen Loacker terhadap kualiti, kelestarian, dan inovasi.
Warisan Dari Pergunungan Alps

Sejak 1925, Loacker kekal setia kepada asal-usulnya — menghasilkan wafer dan coklat istimewa menggunakan 100% bahan semula jadi tanpa sebarang perisa tiruan, pewarna, bahan pengawet atau lemak terhidrogenasi. Setiap gigitan mencerminkan ketulusan yang diwarisi turun-temurun, dengan hanya memilih bahan-bahan terbaik: kacang hazel dari ladang sendiri di Itali, susu Alpine tanpa GMO dari South Tyrol, vanila Bourbon dari Madagascar, dan koko dari Ecuador serta Côte d’Ivoire.

Juan Pablo Carriquiry, Pengarah Perniagaan APAC Loacker Italy berkata,

“Ketika kami meraikan ulang tahun ke-100 Loacker, kami amat berterima kasih atas sokongan serta kasih sayang berterusan daripada para peminat kami di Malaysia. Negara yang indah ini bukan sahaja menerima wafer kami sebagai snek, malah sebagai sebahagian daripada detik kegembiraan yang dikongsi bersama keluarga dan rakan. Malaysia benar-benar mencerminkan nilai-nilai yang kami junjung — kekeluargaan, kualiti dan keaslian. Menjelang abad seterusnya, kami kekal komited untuk menyampaikan kebaikan semula jadi yang dihasilkan dengan teliti serta mengukuhkan hubungan antara akar umbi Alpine kami dengan hati di seluruh dunia.”

Kelazatan Bertanggungjawab Kini dan Selamanya

Sambutan ulang tahun ke-100 Loacker juga mencerminkan visi jenama untuk masa depan. Loacker terus melabur dalam sumber bahan lestari, pembungkusan mesra alam dan amalan pertanian beretika — demi memastikan pilihan kebaikan yang boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia dari generasi ke generasi.

Untuk infomasi terkini, berita produk, dan promosi eksklusif, ikuti Loacker Malaysia di: Instagram (@loacker_malaysia), Facebook (Loacker Malaysia), atau layari laman web rasmi http://www.loacker.com.

Leave a comment