
Bermula dari 28 hingga 31 Ogos 2025, Raintree Plaza di The Exchange TRX menjadi lokasi himpunan peminat MAGGI® Kari terbesar pernah diadakan di Malaysia.
“Yang istimewanya karnival ini adalah peluang untuk kita berkumpul, makan bersama, berkongsi cerita dan mencuba cara-cara baharu menikmati rasa yang kita semua suka. Datanglah bersama keluarga dan rakan-rakan! Cipta mangkuk versi anda sendiri, belajar tip baharu, dan raikan makna MAGGI® Kari dalam kehidupan orang Malaysia hari ini.” kata Ivy Tan Link Cheh, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI® Malaysia & Singapura.

Tumpuan utama karnival pastinya Makan Makan Food Village, yang menampilkan betapa versatilnya MAGGI® Kari, daripada hidangan klasik yang membangkitkan nostalgia hinggalah ciptaan moden yang penuh gaya.

Cef selebriti yang sering muncul di FYP anda bergabung dengan restoran kegemaran ramai untuk menghasilkan menu eksklusif.
Antaranya:
- Chef Fikree
- Chef Amir Gani
- Chef Jia Le Woh
- Murni Discovery
- NZ Curry House
- Serai
- Mamak Spices Corner
- Pokok by Brickhouse

Selain menu khas ini, pengunjung juga boleh menikmati semula sajian gaya mamak kegemaran ramai, atau menuju ke Bistro MAGGI® Kita untuk mencipta mangkuk kari mengikut citarasa sendiri.

Nikmati juga zon permainan interaktif yang diinspirasikan daripada rasa, aroma dan tekstur MAGGI® Kari, di mana mereka dapat merasai sendiri maksud sebenar MAGGI® Kari.
Kemeriahan bertambah apabila pentas utama dihidupkan dengan demo masakan secara langsung, permainan interaktif bersama penonton dan persembahan bertenaga. Artis seperti Bil Musa, Yonnyboii, Asyraf Nasir, dan Aisha Retno, bersama pencipta kandungan popular termasuk Squigglymack dan Hungry Sam, memeriahkan suasana yang mana semuanya bersatu dengan satu cinta: mangkuk MAGGI® Kari yang tiada tandingan.
Seruan sudah bergema: Peminat MAGGI® Kari, inilah detik anda — perhimpunan terbesar negara untuk kegemaran ikonik ini.
MAGGI® Kari-Lah Karnival ini juga sebahagian daripada siri sambutan di seluruh negara yang sedang berlangsung. Beberapa minggu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah memeriahkan jelajah di Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang, dengan zon interaktif, pek mi gergasi dan hadiah eksklusif — meraikan warisan serta masa depan MAGGI® Kari. Perjalanan ini diteruskan ke Pantai Timur dan Johor Bahru. Sama ada anda datang untuk makan, bergambar atau berkongsi cerita, masih ada masa untuk turut serta dalam kemeriahan ini.
Kerana bila bercakap tentang soal rasa, kebersamaan dan keselesaan — MAGGI® Kari Tiada Ganti.

Leave a comment