BENGKEL MSSCC BINA KEMAHIRAN MEMASAK DI KALANGAN PELAJAR

Chef Naem, yang turut hadir di acara tersebut untuk berkongsi keterujaan beliau dalam menyertai bengkel MAGGI® buat kali pertama:

“Acara ini merupakan peluang berharga untuk berkongsi ilmu dan memberi inspirasi kepada anak-anak muda Malaysia. Menerusi aktiviti amali, kami bukan sahaja mengajar kemahiran dapur, keselamatan dan kebersihan, tetapi juga membantu murid-murid membina keyakinan dan memahami betapa pentingnya memasak makanan seimbang. Apabila kita memupuk amalan ini sejak dari usia muda, kita membantu generasi akan datang untuk menghargai pemakanan yang lebih sihat dan peka tentang pemakanan.”

Chef Sharifah, yang menyokong usaha memupuk amalan memasak secara sihat sejak dari usia muda lagi berkongsi:

“Bengkel ini membantu pelajar mengamalkan nilai-nilai yang dipelajari daripada MSSCC dalam kehidupan sebenar. Pemakanan seimbang tidak semestinya rumit atau mahal. Menerusi kreativiti dan asas yang kukuh, setiap anak muda Malaysia boleh memasak dan menyediakan makanan yang lazat, seimbang dan pada kos berpatutan. Dengan membawakan pengalaman MSSCC ke luar pentas pertandingan, MAGGI® memastikan bahawa murid-murid terus belajar, mengamalkan dan mengguna pakai prinsip memasak secara seimbang dalam kehidupan sebenar.”

Bengkel ini menghimpunkan lima pasukan pemenang daripada MSSCC 2025, Cef profesional dan pakar pemakanan Nestlé bagi menjayakan acara demonstrasi memasak amali dan sesi penglibatan pelajar selama satu hari, membolehkan pelajar menimba ilmu dan mengasah kemahiran praktikal untuk menyediakan makanan yang seimbang.

Hasil pembelajaran daripada bengkel termasuk:

  • Memudahkan pemakanan seimbang: Pakar Pemakanan Nestlé Leong Ven Luan menangkis tanggapan yang salah tentang pemakanan sihat dan berkongsi petua yang sesuai untuk membuat pilihan pemakanan, menekankan tumpuan kepada pendidikan teras MSSCC.
  • Cepat, lazat & seimbang: Chef Sharifah Hamidah, Chef Residen MAGGI®, menunjukkan resipi mudah, membuktikan kepada para pelajar prinsip MSSCC boleh dipraktikkan dalam masakan harian di rumah.
  • Menguasai kemahiran asas di dapur: Chef Profesional, Chef Naem Ramli yang menekankan kemahiran asas di dapur, bagi membantu murid-murid mengukuhkan ilmu yang dipelajari di MSSCC dan membina keyakinan untuk melalui perjalanan kulinari mereka sendiri.
  • Inspirasi daripada juara MSSCC 2016: Chef Ariff, bekas juara MSSCC, berkongsi bagaimana pertandingan ini dan pembelajaran berterusan yang berputik dari situ telah menjadi titik permulaan perjalanannya daripada tukang masak pelajar kepada chef profesional.
  • Mempromosikan pemakanan dan masakan dan juga memupuk generasi anak muda Malaysia yang lebih sihat menjadi tumpuan utama bengkel. Lebih-lebih lagi, golongan remaja menghadapi cabaran dalam mengekalkan pengambilan sajian seimbang dengan gaya hidup yang sibuk dan jadual yang padat.

“Kami amat menghargai usaha MAGGI® meneruskan pengalaman MSSCC melalui bengkel memasak ini. Peluang untuk belajar secara terus daripada chef profesional dan pakar pemakanan dalam sesi praktikal seperti ini memang membuka mata kami. Kami mempelajari teknik penting seperti cara pengendalian pisau dengan betul, menyediakan hidangan seimbang, serta pengetahuan tentang pemakanan dan tabiat memasak seimbang. MSSCC telah memberi kesan yang positif kepada kami, dan keseluruhan pengalaman tahun ini benar-benar mendorong kami untuk mengamalkan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian.” ujar Muhammad Amsyar Haikal Abdullah, pelajar dari SMK Belara, Kuala Terengganu.

Menerusi ushaha berterusan semperti MSSCC, MAGGI® menekankan komitmennya untuk melahirkan tukang masak harian generasi masa depan yang maklum, peka dan berkemahiran sebagai tukang masak harian, memastikan nilai-nilai pemakanan seimbang dan memasak secara praktikal dapat dibawa ke rumah kediaman, keluarga dan komuniti di seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai MAGGI® MSSCC 2025, sila layari:

https://www.maggi.my/ms/memupuk-generasi-muda/

Leave a comment