
Bayangkan pesona kafe Paris dengan gaya Malaysia yang tersendiri: ruang yang lapang dan diterangi cahaya semula jadi, sudut santai untuk janji temu kopi, meja komuniti yang meriah untuk sajian lewat pagi di hujung minggu atau mesyuarat santai, serta tempat duduk tepi tingkap yang sesuai untuk menikmati suasana sambil memerhati dunia di luar.

Diterajui oleh visi inovatif Cef Victor Yap, apricot diwujudkan bagi membawa keindahan dan keaslian gaya hidup kafe Eropah lebih dekat kepada komuniti pelbagai budaya di Malaysia, apricot by Peaches and Cream melengkapkan keluarga Peaches and Cream sebagai kafe yang dinamik dan inklusif untuk semua, dengan pensijilan halal sedang dalam proses bagi memastikan setiap pengunjung berasa selesa untuk menikmati sajian di kafe ini

“apricot merupakan interpretasi saya tentang sebuah kafe Eropah yang sebenar, tempat di mana hidangan yang enak menghadirkan rasa gembira secara semula jadi. Sama ada anda pertama kali mencuba cita rasa Eropah atau mencari sesuatu yang pernah dirasai, setiap hidangan dihasilkan untuk memberi keselesaan, menyegarkan jiwa dan memuaskan selera tanpa sebarang kesusahan atau formaliti. Saya mahu setiap tetamu yang melangkah masuk berasa seperti berada di tempat sendiri — datang sebagai orang asing, tetapi pulang seperti telah menemui kafe kegemaran mereka, di mana makanan Eropah yang hebat menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian, bukan sekadar untuk majlis istimewa,”
Dengan suasana yang segar dan ceria, apricot menjadi tempat pertemuan ideal untuk keluarga, rakan-rakan dan pencinta makanan menikmati pesona budaya kafe pada bila-bila masa sepanjang minggu.

Nama apricot sudah cukup menggambarkan segalanya. Seperti buah yang menjadi inspirasinya, apricot menyerlah dengan kehangatan, keceriaan dan kelembutan rasa, kesinambungan semula jadi kepada perjalanan Chef Victor Yap yang berasaskan buah-buahan selepas kejayaan Peaches and Cream, namun tampil dengan sentuhan segar tersendiri.

Menu terbaharu ini menandakan lembaran baharu yang menarik buat jenama tersebut apabila apricot memperkenalkan pizzeria hasil ciptaan sendiri pertamanya — disertai dengan sajian-sajian istimewa yang direka untuk memberikan keselesaan dan keseronokan kepada setiap pengunjung.
Antara tarikan utama adalah:
- Chicken Nduja Pasta, yang menggunakan sosej ayam halal buatan sendiri dengan rasa yang kaya dan memikat, manakala piza pencuci mulut yang inovatif pula menambah sentuhan manis yang mengujakan.
- Dessert Tree — pusat tumpuan yang menggabungkan keindahan dan keseronokan, di mana tetamu boleh memilih pencuci mulut mereka daripada susunan yang artistik sebelum disempurnakan dengan kastard pekat yang dituangkan terus di meja. Di sini, pencuci mulut bukan sekadar hidangan — ia adalah pertunjukan, mengujakan, dan kenangan yang dicipta bersama.

Dengan kapasiti 114 tempat duduk, apricot beralih dengan mudah daripada ruang santai yang tenang kepada pusat sosial yang meriah, menjadikan budaya kafe Eropah sebahagian daripada gaya hidup harian.
Bagi meraikan pembukaan rasminya, apricot menjemput semua untuk menikmati promosi eksklusif “First Taste”, di mana para pengunjung boleh menikmati sebarang pencuci mulut daripada Dessert Tree yang penuh keunikan hanya pada harga RM1.90++ sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Lebih daripada sekadar tawaran menarik, ia merupakan jemputan terbuka untuk merasai bagaimana apricot mentakrif semula budaya kafe — dengan gabungan rasa yang mengujakan, suasana penuh keriangan, serta sentuhan keramahan Malaysia yang tulus.
Marilah terokai menu yang meraikan keenakan sajian harian dengan cara baharu, atau ikuti apricot secara dalam talian melalui website, Instagram dan Facebook.

Leave a comment