
Sebagai sebuah pusat beli-belah yang berpaksikan komuniti, Alamanda kekal komited dalam menyediakan persekitaran yang selamat, mesra dengan tumpuan kepada aktiviti riang yang sihat serta penglibatan bermakna buat seluruh keluarga. Karnival tahunan ini berfungsi sebagai platform utama untuk menyatukan ibu bapa dan anak-anak, melalui tawaran pelbagai aktiviti bermanfaat yang menggalakkan interaksi aktif di samping membina memori indah bersama.

“Karnival VIKids dianjurkan khusus untuk memberikan nilai yang bermakna, pendidikan kreatif, serta kegembiraan tanpa had kepada komuniti kami sepanjang musim cuti sekolah ini. Sama ada melalui tenaga neon karnival Alamanda yang memukau dan penuh nostalgia, mahupun bengkel kreatif amali di Mesra Mall, fokus kami kekal untuk menyediakan pengalaman berteraskan keluarga yang luar biasa demi membina kenangan percutian yang abadi.” kata Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan CEO Suria KLCC Sdn Bhd.

Tahun ini, ruang Centre Court telah diubah suai menjadi satu karnival retro-futuristik penuh meriah, mengambil inspirasi daripada estetika zaman neon 1980-an variasi warna-warni, dengan lantai bercorak catur hitam putih yang klasik, dikelilingi hiasan lampu neon ikonik yang menggamit nostalgia seperti pita kaset, boombox, dan pohon kelapa.

Karnival ini turut menampilkan 4 buah stesen yang menyediakan permainan pesta ria tradisional.

Turut disediakan adalah zon arked yang menarik, serta bengkel seni & kraf kreatif yang dibuka kepada orang ramai.

Bagi memeriahkan lagi suasana karnival in, pelbagai aktiviti disediakan. Keluarga boleh menyaksikan tiga pertunjukan harian, dan hujung minggu seperti persembahan Tarian Neon yang bertenaga tinggi, Pertunjukan Silap Mata, serta aksi Badut Belon yang menghiburkan.
Di bawah Program Ganjaran Pembeli (Shoppers Rewards Programme), ahli VIKids yang berbelanja RM300 dan ke atas dalam maksimum dua resit di mana-mana kedai pakar boleh menebus dua Pas Karnival percuma. Bagi bukan ahli, mereka juga boleh menikmati keistimewaan eksklusif ini dengan berbelanja RM500 dan ke atas dalam maksimum dua resit. Setiap Pas Karnival akan memberikan akses percuma untuk permainan dan aktiviti terpilih, sekaligus memberikan pengalaman percutian yang menyeronokkan dan bermakna buat si kecil.
MESRA MALL MEMUPUK KREATIVITI MELALUI AKTIVITI BERTEMAKAN ALAT TULIS
Sementara itu, Mesra Mall Kemaman turut menganjurkan edisi Karnival VIKids tersendiri dari 22 hingga 26 Mei 2026. Ia menawarkan pengalaman amali (hands-on) yang unik, direka khas untuk menarik kunjungan orang ramai dan memberi ganjaran kepada para keluarga sepanjang cuti sekolah ini.
Bertemakan dunia alat tulis yang menarik, acara ini menampilkan ruang bergambar interaktif, lengkap dengan bingkai swafoto gergasi yang dihiasi indah dengan rekaan alat tulis. Bagi merangsang imaginasi kreatif kanak-kanak, pusat beli-belah ini akan mengadakan siri bengkel kraf DIY keperluan sekolah setiap hari dari jam 2:00 petang hingga 6:00 petang.
Melalui bengkel ini, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun boleh menghasilkan sendiri barangan sekolah termasuk Jadual Waktu Sekolah, Bekas Alat Tulis, Hiasan Pensel (Pencil Toppers), dan penanda buku.
Program Ganjaran Pembeli di Mesra Mall memastikan bahawa pembelian bernilai RM50 dan ke atas dalam satu resit di mana-mana kedai pakar melayakkan ahli VIKids menerima dua tiket masuk percuma ke bengkel kraf tersebut. Selain itu, pendaftaran ahli baharu VIKids dengan perbelanjaan minimum RM100 dalam satu resit akan menerima dua tiket bengkel beserta Beg Hadiah Set Alat Tulis tambahan buat 300 ahli baharu yang pertama.
Untuk info lanjut, layari:
i. Alamanda – http://www.alamanda.com.my / http://www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
ii. Mesra Mall – http://www.mesramall.com / http://www.facebook.com/MyMesraMall

Leave a comment