Sempena dengan kempen ini, Centre Court Alamanda telah bertukar menjadi persekitaran stadium yang penuh dengan aktiviti menarik yang ditujukan kepada komuniti sekitar Putrajaya.

Centre Court Alamanda kini menjadi sebuah arena bertemakan bola sepak yang penuh dengan warna-warna yang meriah, direka khas untuk menggabungkan TIGA elemen iaitu sukan, hiburan beserta ganjaran yang menarik.

“Kempen kami berdedikasi untuk memberikan pengalaman yang bermakna, kreatif, serta egembiraan tanpa sempadan kepada komuniti kami sepanjang musim bola sepak yang meriah ini, sama ada melalui cabaran sukan yang aktif dan elemen VIKids yang berpaksi kan keluarga di Alamanda, mahupun cabaran cabutan misteri The Golden Ticket di Mesra Mall, fokus kami kekal pada penyediaan pengalaman berorientasikan keluarga untuk para pengunjung kami.” kata Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan CEO Suria KLCC Sdn Bhd.

Selain itu, pengunjung boleh menerokai ruang kreatif yang menampilkan pengalaman interaktif fizikal
dan digital, termasuklah PUMA Dribble Challenge, E-Football Arena, Shoot! Goal!, dan Bench
Battle manakala ruang stan 360° Celebration Cam pula membolehkan pengunjung merakam aksi sambutan gol terbaik mereka dalam bentuk video slow-motion yang dinamik.

Bagi menyemarakkan lagi suasana kekeluargaan yang meriah, kempen ini memberi penekanan kepada aspek mesra keluarga, terutamanya menerusi aktiviti bola sepak mini VIKids yang dikhususkan. Pengisian istimewa ini meletakkan Alamanda sebagai premis utama di mana seisi keluarga boleh menikmati musim bola sepak bersama-sama.

Memandangkan kedua-dua pusat beli-belah ini berpaksikan komuniti, maka ia kekal komited dalam
menyediakan persekitaran yang selamat dan mesra dengan tumpuan kepada aktiviti sihat serta
penglibatan bermakna buat seisi keluarga. Kempen tahunan ini turut berfungsi sebagai platform utama
dalam menyatukan ibu bapa, anak-anak, dan peminat bola sepak menerusi aktiviti-aktiviti sihat yang
mendorong interaksi aktif dan membina kenangan percutian yang berkekalan.
Menerusi Alamanda’s Shoppers Rewards Programme, pengunjung yang berbelanja minimum RM50 dalam satu resit di mana-mana kedai terpilih akan menerima satu (1) Pas “Bola Bola Experience”.
Bagi pengunjung yang berbelanja lebih tinggi, iaitu pembelian minimum sebanyak RM500 merentasi maksimum dua resit, mereka akan menerima dua (2) Pas “Bola Bola Experience”, kelayakan menyertai Peraduan “Teka Bola Bola” untuk memenangi e-baucar, serta peluang memutar mesin Gashapon khas untuk membawa pulang jersi bola sepak atau e-Baucar Alamanda.
MESRA MALL MENYEMARAKKAN KEHANGATAN BOLA SEPAK DENGAN ‘THE GOLDEN TICKET’
Sementara itu, Mesra Mall Kemaman turut menganjurkan edisi sambutan bola sepak secara
tersendiri menerusi kempen utamanya, ‘The Golden Ticket’ di Centre Court bermula dari 4 hingga 19 Julai
2026.
Kempen selama 16 hari ini kembali dengan konsep Piala Dunia yang serbaharu dan mengujakan untuk merangsang kunjungan orang ramai serta menawarkan hiburan interaktif kepada seisi keluarga.
Berpusatkan konsep Piala Dunia, Centre Court Mesra Mall menampilkan 40 Kotak Misteri (Mystery
Boxes) yang dihiasi dengan reka bentuk bendera negara Piala Dunia sebagai gimik penebusan
harian.
Pengunjung juga boleh menantikan kolaborasi menarik dengan Al-Ikhsan untuk cabaran Penalty Shootout Challenge yang berlangsung pada 10–11 dan 17–18 Julai 2026. Terbuka kepada semua pengunjung dan terhad kepada 100 peserta setiap hari, setiap pemain akan diberikan tiga kali percubaan sepakan penalti pada gol mudah alih. Peserta yang berjaya menjaringkan gol dalam tempoh tiga percubaan tersebut akan membawa pulang Baucar Belibelah Al-Ikhsan bernilai RM10.
Mesra Mall’s Shoppers Rewards Programme memastikan pengunjung yang berbelanja RM300 ke atas dalam maksimum dua resit di mana-mana kedai terpilih, layak untuk menyertai penebusan ini. Dengan mendaftar di Concierge Counter, pengunjung boleh memilih kotak misteri untuk menentukan kategori hadiah mereka secara serta-merta. Kempen ini menawarkan hadiah harian sebanyak 40 unit terdiri daripada Tiket Biru (baucar RM30), Tiket Perak (baucar RM500), atau Tiket Emas (Golden Ticket) utama yang bernilai RM1,000 dalam bentuk Baucar Beli-belah Mesra Mall.
Untuk maklumat lanjut dan maklumat terkini, sila layari:
i. Alamanda – www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
ii. Mesra Mall – www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall

Leave a comment