
Sempena edisi keempatnya tahun ini, City of TSUBAKI 4.0 bekerjasama dengan GUNG untuk mengetengahkan peranan gaya peribadi dalam membina keyakinan wanita. Kerjasama ini menonjolkan cara wanita menjaga rambut dan memilih barang kemas untuk menyerlahkan keperibadian mereka. Kedua-dua jenama meraikan cita rasa tersendiri yang menjadikan penampilan setiap wanita unik, daripada rambut yang licin dan terurai indah hinggalah aksesori kegemaran.

“Pelancaran rangkaian TSUBAKI Premium EX Dandruff Care & Repair menandakan langkah baharu dalam usaha kami untuk membolehkan lebih ramai pengguna menikmati ‘Japan Salon Quality Hair at Home’. Dengan rangkaian produk yang kini memenuhi pelbagai keperluan rambut dan kulit kepala, kami kini dapat menawarkan penjagaan yang lebih menyeluruh, daripada menyerlahkan kilauan dan melicinkan rambut hinggalah membantu memulihkan kerosakan serta menjaga keselesaan kulit kepala. Ini merupakan satu langkah penting dalam komitmen kami untuk membantu setiap wanita mendapatkan penjagaan yang sesuai, agar mereka dapat menikmati rambut yang cantik dan berasa yakin setiap hari.” kata Frederick Ng, Pengurus Besar dan Wakil Negara FineToday bagi Malaysia dan Indonesia. “

Dengan TSUBAKI Oil Force dan ShineLock Technology yang membantu mengekalkan kilauan sehingga 72 jam untuk rambut yang licin dan anjal, TSUBAKI membawakan manfaat penjagaan rambut yang berkekalan dalam rutin harian. Bagi wanita yang mengimbangi kerjaya, komitmen peribadi dan masa untuk diri sendiri, ini bermakna mereka boleh mendapat penjagaan rambut yang berkesan, menyenangkan dan mudah diamalkan, selari dengan gaya hidup serta penampilan yang mereka inginkan.
“Apabila produk berkualiti daripada jenama yang dipercayai mudah didapati, pelanggan dapat membuat pilihan produk kecantikan dengan lebih yakin. Rangkaian TSUBAKI memberi pelanggan kami lebih banyak pilihan untuk menjaga rambut dan kulit kepala mengikut keperluan mereka. Melalui City of TSUBAKI 4.0, kami berbesar hati dapat mendekatkan jenama ini kepada pengguna, memberi mereka peluang untuk mencuba rangkaian produknya dan meneroka bagaimana penjagaan rambut boleh melengkapkan gaya peribadi mereka.” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Serantau bagi Kesihatan dan Kecantikan Asia, Kumpulan AS Watson dan Pengarah Eksklusif Serantau bagi Watsons International.
TSUBAKI PREMIUM MOIST & REPAIR (SYAMPU / PERAPI)
- Harga runcit disyorkan (HRD): RM50.00 setiap satu
- Diperkaya dengan Asid Hialuronik dan Moist & Rich Complex
- Membantu mengawal masalah rambut kusut, mengembalikan kelembutan dan memberikan hidrasi mendalam sehingga 72 jam.
TSUBAKI PREMIUM EX HAIR FALL CARE & REPAIR (SYAMPU / PERAPI)
- Harga runcit disyorkan (HRD): RM55.00 setiap satu
- Dilengkapi dengan Bond Restore Technology untuk mengurangkan geseran pada kutikel dan menguatkan rambut dari dalam.
- Scalp Care Complex dengan ekstrak kulit limau citrus unshiu untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit kepala.
- Terbukti secara klinikal membantu mengurangkan keguguran rambut sehingga 5 kali ganda dalam tempoh 10 hari.
TSUBAKI PREMIUM COOL & REPAIR (SYAMPU / PERAPI)
- Harga runcit disyorkan (HRD): RM50.00 setiap satu
- Memberikan sensasi dingin yang menyegarkan kulit kepala serta-merta.
- Pilihan popular untuk melegakan kulit kepala dalam cuaca Malaysia yang lembap.
TSUBAKI PREMIUM VOLUME & REPAIR (SYAMPU / PERAPI)
- Harga runcit disyorkan (HRD): RM50.00 setiap satu
- Membantu menjadikan rambut lebih kuat dan bervolum sehingga 100 jam.
- Meningkatkan volum rambut serta-merta sebanyak 128% selepas satu penggunaan.
TSUBAKI PREMIUM EX DAMAGE CARE & REPAIR (SYAMPU / PERAPI)
- Harga runcit disyorkan (HRD): RM55.00 setiap satu
- Dirumus dengan Ionic-EX Repairing Ingredients dan teknologi pemulihan 3D.
- Membantu melicinkan kutikel rambut, memberikan khasiat secara mendalam dan penjagaan sehingga 72 jam.
- Terbukti secara klinikal membantu mengurangkan kerosakan rambut sejak penggunaan pertama.
TSUBAKI PREMIUM EX DANDRUFF CARE & REPAIR (SYAMPU / RAWATAN)
- Harga runcit disyorkan (HRD): RM55.00 (Syampu) / RM43.00 (Rawatan)
- Menggabungkan Advanced CleanScalp Technology dengan Japanese Scalp Spa Formula untuk penjagaan kulit kepala yang mudah berkelemumur.
- Membantu melegakan kegatalan dan memberikan perlindungan daripada serpihan kelemumur selama 72 jam*.
- Membantu mengimbangkan tahap kelembapan dan sebum pada kulit kepala dalam tempoh 28 hari.
*Berdasarkan ujian klinikal yang melibatkan 20 responden di China pada Mei 2025.
TSUBAKI PREMIUM EX REPAIR MASK
- Harga runcit disyorkan (HRD): RM65.00 setiap satu
- Diperkaya dengan Minyak Kamelia, Jeli Raja (Royal Jelly) dan Bahan Pemulihan Ionik.
- Keberkesanannya terbukti secara klinikal, dengan 96% pengguna melaporkan bahawa keadaan rambut rosak mereka bertambah baik.
Rangkaian lengkap produk TSUBAKI untuk pelbagai keperluan rambut dan kulit kepala kini boleh didapati dengan lebih mudah oleh pengguna di Malaysia melalui Watsons Malaysia serta peruncit farmasi sah yang lain.
Pengguna boleh mendapatkan rangkaian penjagaan rambut TSUBAKI di Watsons Malaysia, sama ada secara dalam talian mahupun di cawangan fizikal, melalui kedai e-dagang rasmi TSUBAKI serta peruncit farmasi sah yang lain. Bagi memastikan ketulenan produk, pengguna digalakkan untuk membuat pembelian hanya melalui kedai rasmi jenama dan peruncit yang sah.
Untuk maklumat lanjut, ikuti TSUBAKI Malaysia di Facebook menerusi www.facebook.com/TSUBAKI.my dan Instagram di @TSUBAKI_malaysia.

Leave a Reply