
Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, berkata:
“Perayaan Deepavali di Malaysia mengetengahkan amalan rumah terbuka – pintu yang terbuka, hidangan tersedia di atas meja dan suasana yang mengalu-alukan. Itulah suasana yang ingin kami bawa ke pusat membeli-belah kami. Sebuah persada istana merupakan tempat para tetamu disambut, jadi kami membina suasana tersebut untuk para pelanggan dan pengunjung – sebuah ruang untuk menikmati persembahan tarian tradisional, menghias tart kolam atau mengambil foto keluarga, sebelum menikmati hidangan di salah satu daripada pelbagai restoran dan kafe kami atau pulang untuk meraikan Deepavali bersama keluarga. Sama ada anda bersama kami di Suria KLCC, Alamanda atau Mesra Mall, kami mahu setiap pengunjung berasa seperti tetamu kehormat.”

Bermula dari 23 Oktober hingga 11 November 2026, Centre Court Suria KLCC ‘bertukar’ menjadi Persada Istana India yang mempesonakan, penuh warna-warni, diinspirasikan daripada seni bina tradisional istana diraja India, memberikan para pengunjung pengalaman seolah-olah melangkah masuk ke sebuah istana megah, apatah lagi kehadiran kolam dengan skrin LED, terasa seperti kolam ‘hidup’ yang menyerikan perkarangan istana.

Kehadiran sepasang burung merak setinggi 10 kaki dengan rona ceria menghiasi pintu gerbang utama, seakan-akan menjadi pengapit kepada istana. Di tengah-tengah perkarangan ini tersergam sebuah pavilion yang menggabungkan motif seni bina tradisional dengan ukiran kekisi keemasan yang terperinci serta sentuhan sutera berwarna-warni. Menampilkan keagungan sebuah istana diraja, ruang ini menjadi latar yang sempurna untuk para pengunjung merakam detik-detik bermakna bersama keluarga dan insan tersayang.
Bagi pengalaman yang lebih interaktif, Bengkel Menghias Tart Kolam oleh Flaaah pada 31 Oktober serta 1, 8 dan 9 November 2026 mengajak para peserta menghias Tart Kastard Masala Chai edisi terhad Flaaah dengan corak berwarna-warni berinspirasikan kolam. Para peserta kemudiannya boleh berkunjung ke cawangan Flaaah untuk menikmati diskaun eksklusif sebanyak 20% bagi pembelian satu kotak penuh tart.

Persada ini dimeriahkan dengan persembahan tarian tradisional pada 1, 7 dan 8 November 2026, Bengkel Gubahan Bunga Kertas Pleines Natures oleh Yves Rocher pada 31 Oktober serta 1, 7 dan 8 November 2026, pengunjung boleh mencuba untuk menghasilkan gubahan bunga daripada kad kertas sendiri, sebelum melengkapkannya dengan semburan wangian terbaharu Yves Rocher daripada koleksi Pleines Natures – satu pengalaman yang menyeronokkan, interaktif dan penuh deria untuk mengenali rangkaian wangian terbaharu daripada jenama tersebut.
Ganjaran Deepavali:
- Pelanggan yang berbelanja RM1,000 dan ke atas dalam dua resit akan menerima e-Voucher Membeli-belah Suria KLCC bernilai RM50, terhad kepada 300 penebusan pertama.
- Pelanggan yang membeli e-Voucher Membeli-belah Suria KLCC bernilai RM1,000 akan menerima e-Voucher tambahan bernilai RM100, terhad kepada 20 pelanggan pertama.
ALAMANDA SHOPPING CENTRE
Bermula 23 Oktober sehingga 9 November 2026, Alamanda Shopping Centre akan dihiasi dengan kolam berwarna-warni yang diterangi oleh lampu tradisional serta dilengkapi gerbang perayaan. Ini mewujudkan suasana meriah untuk para pelanggan menghayati semangat Festival Cahaya.
Sepanjang kempen berlangsung, jualan Green Ribbon Pin akan terus menyokong inisiatif kesedaran kesihatan mental oleh Kumpulan Suria KLCC. Dengan dana setiap pin berharga RM10 disalurkan secara langsung kepada NGO kesihatan mental – satu sumbangan kecil yang mencerminkan semangat sebenar perayaan.
Ganjaran Deepavali:
- Berbelanja RM500 dan ke atas dalam sehingga dua resit untuk menerima e-Voucher Alamanda bernilai RM30 dan dua batang lilin wangi.
- Berbelanja RM1,500 dan ke atas dalam sehingga dua resit untuk menerima e-Voucher Alamanda bernilai RM80 dan sepasang lilin wangi.
MESRA MALL
Mesra Mall di Kemasik, Terengganu akan meraikan Deepavali dari 1 hingga 10 November 2026, dengan kawasan kaunter Concierge dihiasi dalam suasana berinspirasikan Persada Istana India. Elemen elegan berunsurkan istana, motif tradisional, susunan bunga, warna-warna yang menceriakan serta cahaya hangat digabungkan untuk mewujudkan suasana yang mesra dan kaya dengan unsur budaya buat para pelanggan.
Sebagai sebahagian daripada Program Ganjaran Pelanggan Mesra Mall, 100 pelanggan pertama yang berbelanja RM350 dan ke atas dalam dua resit boleh menebus Baucar Membeli-belah Mesra Mall bernilai RM30.
Untuk Maklumat lanjut dan perkembangan terikini, layari:
⦁ Suria KLCC – ⦁ www.suriaklcc.com.my⦁ / ⦁ www.facebook.com/SuriaKLCCmall
⦁ Alamanda – ⦁ www.alamanda.com.my⦁ / ⦁ www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
⦁ Mesra Mall -⦁ ⦁ www.mesramall.com / ⦁ www.facebook.com/MyMesraMall

Leave a Reply