Pesta ini akan menghimpunkan pelbagai aktiviti permainan, penerokaan, muzik, haiwan peliharaan dan beli-belah di bawah satu bumbung, bersempena dengan cuti sekolah akhir tahun serta persiapan kembali ke sekolah.

“Setiap kali menjelang hujung tahun, keluarga di Malaysia sering tertanya-tanya ke mana hendak pergi semasa cuti sekolah. Ibu bapa mahukan aktiviti yang menyeronokkan, bermanfaat dan boleh dinikmati oleh seisi keluarga tanpa membebankan perbelanjaan. Riang Ria Fest menawarkan pilihan tersebut — sebuah destinasi untuk keluarga dan orang ramai berseronok, belajar, membeli-belah dan meluangkan masa bersama.
Selepas bertahun-tahun berpengalaman dalam penganjuran pameran perdagangan, acara perniagaan dan persidangan, Riang Ria merupakan pesta pertama yang dianjurkan oleh Qube khusus untuk keluarga dan orang ramai. Ungkapan All Got Lah! mencerminkan konsep pesta ini. Kami berharap setiap pengunjung, tanpa mengira minat, akan menemui sesuatu yang mereka gemari, dengan harga yang berpatutan untuk dinikmati oleh seisi keluarga,” kata Pengarah Urusan Qube Integrated Malaysia, Puan Jessie Tan.

Majlis pelancaran awal itu dihadiri oleh Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Encik Faizal bin Mahmod; Pengarah Urusan Qube Integrated Malaysia, Puan Jessie Tan; Pengerusi Yayasan Amanah Industri Kreatif Kebangsaan (YAIKK), Datuk Zulkifli Ishak; Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Encik Khairil Faizal Hj. Othman; Timbalan Pengarah Urusan Qube Integrated Malaysia, Puan Alicia Thong; Ketua Pegawai Eksekutif MITEC, Puan Mala Dorasamy; wakil penganjur KeciMeow Market, Encik Kok Wai Hien; serta Pengurus Pembangunan Perniagaan Biolyn, Encik Shawn Lim. Turut hadir ialah Timbalan Presiden Perhimpunan Cina Malaysia (MCAH), Encik Hong See, penaja, wakil komuniti, pencipta kandungan dan pengamal media.

Antara tarikan utama pesta selama tiga hari ini termasuk Bazar Haiwan Peliharaan, petting zoo yang menampilkan hampir 20 jenis haiwan, bengkel muzik dan persembahan bakat muda Malaysia, aktiviti menarik bersama Menara Kuala Lumpur, bengkel kanak-kanak serta tawaran beli-belah hujung tahun. Pesta ini dijangka menarik ribuan pengunjung.
Menurut Jessie lagi, pesta ini turut bertujuan menyokong pelancongan domestik dan merancakkan ekonomi tempatan.
“Kuala Lumpur menerima lebih 23 juta pengunjung tahun lalu, manakala penghujung tahun merupakan tempoh apabila ramai keluarga merancang percutian mereka. Kami berharap Riang Ria Fest dapat memberikan satu lagi sebab kepada penduduk Lembah Klang dan pengunjung dari negeri-negeri lain untuk berkunjung ke Kuala Lumpur, sekali gus menyokong sektor perhotelan, premis makanan, pengusaha pengangkutan dan perniagaan tempatan.
Riang Ria Fest turut mengutamakan semangat kemasyarakatan. Kami telah mendekati komuniti perumahan di seluruh Lembah Klang. Kami juga berbangga dapat menyokong inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Gift of Joy oleh MITEC, yang menggalakkan orang ramai menyumbangkan mainan baharu atau terpakai yang masih elok untuk kanak-kanak dari rumah kebajikan terpilih. Kanak-kanak ini juga akan turut memeriahkan pesta pada Disember nanti.
Lebih banyak rakan kerjasama, pempamer dan aktiviti akan diumumkan dalam beberapa minggu akan datang. Ini baru permulaan. Riang Ria Fest dirancang untuk diadakan setiap tahun dan, dengan sokongan rakan kerjasama serta masyarakat, kami yakin pesta ini akan berkembang menjadi acara hujung tahun yang dinanti-nantikan ramai”
Rakan Kerjasama Pertama Riang Ria Fest 2026
Yayasan Amanah Industri Kreatif Kebangsaan (YAIKK) – Rakan Rasmi Pesta Muzik
YAIKK, sebuah yayasan kebangsaan yang menyokong industri kreatif, merupakan penganjur Asian Music Games Kuala Lumpur 2026 yang menghimpunkan kira-kira 6,000 pemuzik muda dari sembilan negara.
Di Riang Ria Fest, YAIKK akan mengendalikan bengkel muzik untuk pemuzik muda, merangkumi alat muzik brass dan alat tiupan, drumline dan perkusi serta colour guard. Pengunjung juga berpeluang menyaksikan beberapa persembahan terpilih.
MITEC – Rakan Lokasi Strategik
Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) berbesar hati menyokong Riang Ria Fest 2026 sebagai Rakan Lokasi Strategik dengan menjadikan pusat pameran itu destinasi yang meriah untuk aktiviti keluarga, hiburan dan penglibatan komuniti.
Bagi memperkukuh komitmennya terhadap impak sosial yang positif, MITEC turut bekerjasama dengan Riang Ria Fest untuk memperkenalkan Gift of Joy, sebuah inisiatif CSR di bawah program kelestarian #myWorld. Inisiatif ini menggalakkan orang ramai menyumbangkan mainan baharu atau terpakai yang masih elok bagi menceriakan kanak-kanak kurang bernasib baik sempena musim perayaan.
Menara Kuala Lumpur – Sahabat Riang Ria
Sebagai salah satu mercu tanda ikonik Malaysia, Menara Kuala Lumpur akan membawakan pelbagai aktiviti menarik, cenderamata dan maskotnya untuk memberikan gambaran kepada pengunjung tentang pengalaman yang boleh diterokai di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur.
KeciMeow Market – Rakan Rasmi Bazar Haiwan Peliharaan
Sebagai penggerak Bazar Haiwan Peliharaan dan petting zoo di pesta ini, KeciMeow Market akan menghimpunkan pencinta haiwan serta penyedia produk dan perkhidmatan berkaitan haiwan peliharaan, di samping mempromosikan kebajikan haiwan.
Biolyn – Rakan Sokongan
Ditubuhkan pada tahun 2002, Biolyn merupakan jenama penjagaan rambut, penjagaan diri dan kesihatan. Pengunjung berpeluang menebus hadiah istimewa di reruai Biolyn, tertakluk pada kuantiti terhad setiap hari.
Antara Tarikan yang Menanti Pengunjung Riang Ria Fest
- Bazar Haiwan Peliharaan bersama KeciMeow Market (10 pagi–8 malam): Pelbagai makanan dan produk haiwan peliharaan, perkhidmatan dandanan, hotel haiwan, pusat perlindungan haiwan serta kemudahan mesra haiwan peliharaan.
- Petting Zoo (12 tengah hari–8 malam): Pengunjung berpeluang melihat hampir 20 jenis haiwan domestik, burung dan reptilia, termasuk arnab, burung kakak tua, landak, meerkat, prairie dog dan naga berjanggut. Aktiviti ini berteraskan semangat “kenali, pelajari dan sayangi”.
- Muzik dan bakat muda bersama YAIKK: Bengkel alat muzik brass dan alat tiupan, drumline dan perkusi serta colour guard, di samping persembahan terpilih.
- Menara Kuala Lumpur: Pengunjung boleh menikmati tiket berdiskaun untuk menyaksikan panorama Kuala Lumpur 360 darjah, merasai pengalaman menjamu selera di ORBIT Revolving Dining serta bertemu maskot Kay Elle dan Tawa.
- Aktiviti kanak-kanak: Bengkel dan aktiviti praktikal yang merangkumi seni dan kraf, sains serta muzik.
- Beli-belah dan tawaran istimewa: Pelbagai pilihan membeli-belah sempena hujung tahun, selain makanan, minuman, persembahan pentas dan hiburan.
- Penebusan hadiah Biolyn: Hadiah istimewa tersedia dalam kuantiti terhad setiap hari. Pengunjung digalakkan datang lebih awal.
- Maklumat acara:Acara Riang Ria Fest 2026 – All Got Lah!
- Tarikh:4–6 Disember 2026 (Jumaat–Ahad)
- Masa:10 pagi–8 malam setiap hari (Petting Zoo: 12 tengah hari–8 malam)
- Lokasi:MITEC, Kuala Lumpur
- Tiket:RM5 bagi pengunjung berumur 13 tahun ke atas. Masuk percuma bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. Tiket boleh dibeli di pintu masuk atau secara dalam talian di riangria.my.‘Petting Zoo’ di Bazar Haiwan Perliharaan: RM5 seorang.
- Laman web:riangria.my
- Media sosial:@riangriafest (Instagram, Facebook); @riang.ria.fest (TikTok)
- Pertanyaan rakan kerjasama dan pempamer: partner@riangria.my

Leave a Reply