
Turut hadir adalah Shairan Huzaini Husain, Pengarah Urusan, Shell Malaysia Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn Bhd.; Dr Alfian Abu Talib, Ketua Operasi, Shell Malaysia; Jason Loo, Juara Kejohanan Barista Malaysia Empat Kali; Shaun Liew, Juara Kejohanan Brewers Cup Malaysia Dua Kali; Loh Siyan, Head of Food Service & Partnerships, Mobility & Convenience, Shell Malaysia.

Zairi Dzuljastri, Pengurus Besar, Shell Mobility & Convenience, Malaysia berkata,
“Apabila orang ramai memikirkan Shell Café, mereka mungkin terbayangkan secawan kopi yang dibeli dalam perjalanan ke tempat kerja atau ketika singgah sebentar di stesen kami. Namun, di sebalik setiap cawan kopi ialah seorang barista yang berbangga dengan hasil kerjanya. Dengan usaha memperkasa potensi para barista, kami juga dapat terus meningkatkan mutu pengalaman yang kami tawarkan kepada para pelanggan setiap hari.”

Selepas berlangsungnya beberapa siri cabaran, seramai lima peserta terbaik berjaya mara ke peringkat akhir. Muhammad Al Syamil Muhammad Nasir (Shell LPT R&R Paka Arah KT) berjaya merangkul gelaran Juara Sulung Shell Café Barista Cup Malaysia, manakala Muhammad Haziq Mohd Yusoff (Shell Bukit Jalil TPM) dan Nurul Salfika Mohd Abijurini (Shell NSE Tanjung Malim) masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Pertandingan ini telah menjadi platform kepada barista Shell Café untuk melangkah keluar dari sebalik kaunter dan mempamerkan bakat serta kemahiran mereka, di samping menerima pengiktirafan atas kepakaran dan ketelitian dalam menyediakan setiap cawan kopi. Sebagai Rakan Kopi Rasmi Urbanscapes 2026, Shell Café turut mengetengahkan kisah di sebalik setiap cawan kopi mereka kepada khayalak yang lebih luas menerusi acara yang meraikan kreativiti, budaya dan semangat komuniti ini.
Daripada penyediaan espreso yang sempurna hinggalah penghasilan minuman istimewa ciptaan sendiri, para barista membuktikan keupayaan mereka dalam menghasilkan kopi berkualiti tinggi.
Memartabatkan Bakat Barista
Bagi Shell Café, pembangunan bakat dan kemahiran baristanya merupakan antara aspek penting dalam memastikan pelanggan menikmati pengalaman kopi yang berkualiti. Penganjuran Barista Cup mencerminkan komitmen ini dengan memberi pengiktirafan kepada para barista serta membuka ruang untuk mereka melangkaui tugas harian, menyerlahkan kebolehan dan terus mengasah kepakaran dalam seni penyediaan kopi.
Bagi Muhammad Al Syamil Muhammad Nasir, yang memulakan kerjayanya dalam bidang kopi sebagai barista junior di Shell Café dua tahun lalu, pertandingan ini menjadi satu pencapaian signifikan dalam perjalanan kerjayanya. Setelah menimba pengalaman praktikal dan menjalani latihan di Shell Café, Syamil kini memegang jawatan sebagai Penyelia Barista dan berpeluang menguji kemahirannya buat kali pertama dalam pertandingan barista. Minuman istimewa ciptaannya yang berjaya meraih kemenangan, ‘Jingle Zest’, diinspirasikan oleh hasratnya untuk menghasilkan minuman yang boleh dinikmati oleh semua.
“Kemenangan ini amat bermakna buat saya, lebih-lebih lagi kerana saya berjaya membanggakan keluarga saya, stesen Shell tempat saya bertugas serta pasukan Shell Café saya. “Ini kali pertama saya menyertai pertandingan barista, dan saya berharap dapat terus meningkatkan kemahiran serta berusaha lebih gigih untuk pertandingan seterusnya. Saya mahu terus mencabar diri dan berharap dapat meraih lebih banyak kemenangan pada masa hadapan,” kata Muhammad Al Syamil.
Meraikan Kreativiti Tempatan Menerusi Setiap Cawan Kopi
Sebagai Rakan Kopi Rasmi Urbanscapes 2026, Shell Café turut bekerjasama dengan dua artis tempatan, ThatDania dan Graphnin, bagi menghasilkan empat rekaan cawan edisi terhad yang berinspirasikan elemen bandar. Menerusi kolaborasi ini, kedua-dua artis mengetengahkan gaya seni tersendiri, sekali gus menjadikan cawan kopi harian sebagai kanvas untuk menampilkan kreativiti tempatan.
Cawan edisi terhad ini boleh didapati di trak pop-up Shell Café, bersama pelbagai pilihan kopi dan barangan eksklusif yang ditawarkan sempena festival ini. Melalui kolaborasi dan trak pop-up ini, Shell Café membawa pengalaman menikmati kopi harian lebih dekat kepada pengunjung Urbanscapes, di samping membuka ruang untuk mereka mengenali hasil seni dan bakat kreativiti tempatan.
Pelbagai Lagi Menanti di Urbanscapes 2026
Pengalaman Shell Café diteruskan sepanjang hujung minggu Urbanscapes 2026 yang akan datang, dengan trak pop-up Shell Café turut memeriahkan festival di APW Bangsar pada 7 November serta TRX Market Lane pada 14 dan 15 November. Para pengunjung boleh menikmati pelbagai pilihan kopi Shell Café, dapatkan cawan edisi terhad serta barangan eksklusif sempena festival ini sambil berehat seketika antara aktiviti yang berlangsung.
Untuk maklumat lanjut mengenai Shell Café dan penyertaannya dalam Urbanscapes 2026, sila layari https://www.instagram.com/shell_malaysia/.

Leave a Reply